NUFFNANG

Wednesday 15 April 2015

[SOKONG MEMBAWA REBAH...KITA LIHAT SEJAUH MANA PENJILAT AKAN BERSAMA NAJIB BILA NAJIB UNDUR MASA TERDEKAT INI?]... JANGAN SAMPAI KE TAHAP NAJIB DIBOGELKAN DI HADAPAN RAKYAT

[SOKONG MEMBAWA REBAH...KITA LIHAT SEJAUH MANA PENJILAT AKAN BERSAMA NAJIB BILA NAJIB UNDUR MASA TERDEKAT INI?]... JANGAN SAMPAI KE TAHAP NAJIB DIBOGELKAN DI HADAPAN RAKYAT


Nampaknya Mahathir sedang mengatur langkah demi langkah dalam tempoh 2 tahun sebelum PRU untuk habiskan pukulan mautnya terhadap Najib.

Ini penting supaya calun Presiden dan PM yang akan datang bukan Najib. Dalam tempoh itu UMNO masih mempunyai masa membuat persediaan menentukan siapa calun selepas Najib.

Gelombang pertama atau libasan pertama sudah dipalu oleh Mahathir. Dan Najib sudah menjawab dalam TV3. Tetapi Mahathir tidak puas hati katanya itu bukan jawapan yang beliau mahu. Kalau tak puas hati nampaknya Mahathir akan hentam lagi.

Ramai rakyat yakin Mahathir mempunyai banyak rahsia tersembunyi perihal Najib hanya menunggu ketika dan masa yang sesuai. 

Ini semua banyak bergantung kepada Najib. Lagi kuat Najib lambung lagi kuat Mahathir libas sehinggalah tidak mustahil episode ini akan berakhir Najib dan Rosmah dibogelkan di khalayak.

Sama-sama lah kita berdoa supaya ia tidak berakhir dengan episode ke tahap Najib dan Rosmah dibogelkan. Bagi mengelakkan insiden ini berlaku adalah lebih baik Najib mengumumkan perletakan jawatan. 

Umum sahaja dahulu supaya Mahathir reda dan sejuk sedikit mungkin lagi 2 tahun baru Najib letak jawatan. Dan dalam tempoh itu Najib boleh membuat persediaan dan merancang 'retirement plan'.
Apa pun kita tunggu dan lihat episode seterusnya.

1 comment:

Unknown said...

Klu betul lah Dr Mahathir ada pegang rahsia Najib yg rakyat tidak tahu, sila dedahkan di dikhalayak umum..biar Najib dan Rosmah dibogelkan asal kebenaran dpt kita ketahui...dan knp pula perlu mengatakan rahsia tidak akan dibongkar klu Najib letak jwtn??..bukan kah matlamat utama dr Mahathir menimbulkan persoalan kpd Najib agar rakyat tahu kebenarannya?..tak gitu??