NUFFNANG

Saturday 4 April 2015

[DAKWAAN SIRUL : TUN MAHATHIR, INI JAWAPAN KPN KEPADA SOALAN TUN MAHATHIR] ... Dakwaan Sirul Azhar sudah disiasat - KPN

[DAKWAAN SIRUL : TUN MAHATHIR, INI JAWAPAN KPN KEPADA SOALAN TUN MAHATHIR] ... Dakwaan Sirul Azhar sudah disiasat - KPN

Polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaharu dibangkitkan Sirul Azhar Umar dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan menyarankan agar dakwaan Sirul Azhar diberi perhatian, mungkin tidak mengetahui tindakan dan siasatan dijalankan polis.
Khalid berkata, polis telah bertemu Sirul Azhar yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.
"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr. Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.
"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya mengulas saranan Dr Mahathir supaya kenyataan Sirul Azhar disiasat oleh polis.
Khalid ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bas daripada AirAsia kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di klia2 di sini hari ini.
Sumbangan bas berkenaan membantu memudahkan pergerakan jadual penugasan 106 anggota yang bertugas di lapangan terbang tersebut.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, apa yang dibangkitkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas itu sebenarnya meliputi perkara diketahui polis sejak dahulu.
Sementara itu, Khalid berkata, pihaknya menerima tujuh laporan di seluruh negara membabitkan aduan kenaikan harga ekoran pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), Rabu lepas.
Katanya kebanyakan laporan tersebut mengenai caj GST sebanyak enam peratus terhadap kad tambah nilai prabayar yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.
Source : agenda daily

No comments: