NUFFNANG

Tuesday 7 April 2015

[PANASSS!!!] ... PERTEMUAN DS NAJIB RAZAK & TUN DR MAHATHIR.

[PANASSS!!!] ... PERTEMUAN DS NAJIB RAZAK & TUN DR MAHATHIR.

Kita mendapat khabaran bahawa DS Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersemuka secara ‘one-to-one’ bagi menjelaskan pelbagai isu dan kritikan yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri. Perkara ini telah dilaporkan di dalam media.
Beberapa wakil rakyat parti UMNO juga dikatakan telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir tentang isu berbangkit yang masih panas dibincangkan hingga ke hari. Di antara kenyataan wakil BNBCC :
"Kami sendiri sudah bersemuka dengan Tun Mahathir malah Perdana Menteri sendiri sudah berbuat demikian. 
“Saya pernah tanya Perdana Menteri (hasil pertemuan), beliau kata Tun Mahathir hot and cold,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
MiM yakin ada jawapan dan penyelesaian kepada segala isu berbangkit ini. Caranya ialah dengan mengadakan perjumpaan dan musyawarah muafakat untuk mencapai konsensus di atas perkara-perkara yang menjadi tanda tanya.

Inilah harapan MiM.
 
Dan cukuplah dengan segala tohmahan, buka pekong serta adegan menuding jari oleh pihak-pihak yang dilihat begitu seronok mahu memporak-perandakan lagi isu ini dan mereka ini didakwa adalah pro-UMNO. 

Sebelum ini MiM telah menulis satu artikel tentang isu ini dan telah mendapat komentar yang paling banyak dalam blog ini. BACA


source : dr mim

No comments: