NUFFNANG

Wednesday 8 April 2015

[PENYOKONG TEGAR PAKATAN UCAP TAHNIAH KEPADA AHLI PARLIMEN PAKATAN!] ... TAHNIAH ! PAKATAN PEMBANGKANG DIPUJI KERANA POTA 2015

[PENYOKONG TEGAR PAKATAN UCAP TAHNIAH KEPADA AHLI PARLIMEN PAKATAN!] ... TAHNIAH ! PAKATAN PEMBANGKANG DIPUJI KERANA POTA 2015

Pensyarah Universiti Malaya Dr Azmi Sharom semalam mempersendakan Pakatan Rakyat (PR) dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membenarkan undang-undang kontroversi Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) diluluskan di Parlimen awal pagi semalam.
Azmi, yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 tahun lepas, sebenarnya marah terhadap pakatan pembangkang itu, yang tewas dengan hanya 19 undi pada persidangan Dewan Rakyat di mana mereka menentang undang-undang baharu itu, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

"Mari kita berikan tepukan yang gemuruh untuk ahli Parlimen PR yang Tuhan saja tahu di mana mereka, ketika mereka sepatutnya mengundi menentang Pota. terima kasih banyak.

"Anda di mana? Anda sepatutnya boleh menewaskan undang-undang itu sebab anda pun tahu di mana biasanya rakan BN anda pada jam 2 pagi. Anda sepatutnya berada di sana untuk menewaskan undang-undang itu.

"Saya marah sangat, menyebabkan saya sekarang menjadi sangat tidak sederhana," katanya, mengundang ketawa daripada kira-kira 150 hadirin pada forum yang membincangkan mengenai kesederhanaan bertajuk "What is a Moderate Malaysia for Malaysians?" di Kuala Lumpur, malam tadi.

Rang undang-undang Pota diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada kira-kira jam 2.25 pagi Selasa, selepas dibahaskan hampir 14 jam.

Terdahulu, undian belah bahagian yang terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju meluluskan dan 60 tidak bersetuju.

PR memenangi 89 kerusi dalam pilihan raya umum lalu tetapi kini mempunyai 86 ahli Parlimen selepas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, DAP kalah dalam pilihan raya kecil Teluk Intan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan. seterusnya
Mereka cuba menepis ketidakhadiran mereka dengan pelbagai helah dan alasan. Tetapi inilah sikap ahli-ahli parlimen Pakatan Pembangkang yang hanya pandai buat bising dan berdemo sahaja tetapi gagal membuktikan kredibiliti mereka sebagai ahli parlimen dan menggunakan saluran sah dalam parlimen. Sungguh memalukan.

Dalam masa yang sama, Pakatan pembangkang terbukti hanya pandai mengkritik sahaja sesuka hati tanpa berfikir apabila RUU yang dibentangkan mempunyai klaus yang sebenarnya baik untuk mereka sendiri. Lagipun mereka memang terkenal dengan tabiat menghasut.

Anda baca : 

Perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila pindaan ke atas akta itu diluluskan. 

Perkara itu antara yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka dan dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan satu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab di Malaysia.

Rang undang-undang itu juga bertujuan memotong perenggan 3(1)(c) akta sama untuk menjadikan perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia juga tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut, dan dengan itu tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah akta itu kelak.
 
Bagaimanapun, bagi melindungi kesucian agama yang dianuti masyarakat berbilang kaum di negara ini, kerajaan mencadangkan mana-mana individu yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana-mana orang atau kumpulan atas alasan agama, dianggap melakukan kesalahan di bawah akta itu.

Bagi mengelak kekeliruan, berhubung dengan agama Islam, agama merujuk kepada hukum syarak sebagaimana yang termaktub di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan tidaklah termasuk apa-apa ajaran sesat.

Pindaan juga bertujuan meminda subseksyen 3(3) akta itu untuk meluaskan pemakaian peruntukan itu untuk merangkumi penerbitan secara tidak langsung bahan menghasut.

Selain itu, pindaan turut mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah akta itu, apabila diwartakan kelak.

Pindaan kepada subseksyen 4(1) bertujuan menambah hukuman penjara daripada 3 tahun dalam akta asal kepada minimum 3 tahun dan maksimum tujuh tahun serta meniadakan hukuman denda.

Sementara subseksyen baharu 4(1A) dimasukkan untuk mengadakan peruntukan bagi hukuman minimum penjara 5 tahun dan maksimum 20 tahun bagi kesalahan di bawah akta itu berdasarkan keseriusan kesalahan.

Turut dimasukkan seksyen baharu 5A tentang peruntukan tidak membenarkan seseorang yang didakwa melakukan kesalahan di bawah akta itu diikat jamin, dan Seksyen 5B untuk memberi mahkamah kuasa bagi memerintahkan individu yang didakwa menyerahkan dokumen perjalanannya. – Bernama, 7 April, 2015. 
source : dr mim


No comments: