NUFFNANG

Thursday 16 April 2015

[PDRM! TUNJUKKAN DAN LUASKAN KUASA DAN KEDAULATAN MU! GO PDRM GO!]  Dua beranak ditahan ludah, tampar anggota polis


[PDRM! TUNJUKKAN DAN LUASKAN KUASA DAN KEDAULATAN MU! GO PDRM GO!]  Dua beranak ditahan ludah, tampar anggota polis


GEORGE TOWN – Tindakan biadap dua beranak yang dipercayai cuba mengasari seorang anggota polis dengan meludah dan menampar muka anggota terbabit semasa sekatan jalan raya di Jalan Patani di sini memakan diri apabila mereka ditahan malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, lelaki berusia 67 tahun bersama anak lelakinya berumur 31 tahun dikatakan tidak berpuas hati dengan surat saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar selain lesen memandu sudah tamat tempoh.
Kereta jenis Volkswagen berwarna putih itu dipandu oleh anaknya manakala lelaki tersebut duduk di kerusi penumpang hadapan.
Sumber polis berkata, mereka bertindak sedemikian selepas anggota dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) itu mahu menyerahkan surat saman yang sudah ditandatangani pemandu tersebut.
“Sebaik anggota menyerahkan surat saman kemudiannya penumpang (bapa pemandu) terus mengeluarkan kata-kata kesat selain meludah ke arah muka anggota terbabit.
“Anggota itu kemudiannya cuba menahan penumpang tersebut dan tiba-tiba pemandu (anak) telah datang dari arah hadapan lalu menampar mukanya dengan tangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.
Sumber laporan: Kosmo!

No comments: