NUFFNANG

Monday 27 April 2015

[PKR ANGKUH DAN SOMBONG! PAS PULAU PINANG DAN DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG DIHINA LAGI! ] TERKINI! JENTERA PARTI DILAYAN SEPERTI SAMPAH DI PRK PERMATANG PAUH?

[PKR ANGKUH DAN SOMBONG! PAS PULAU PINANG DAN DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG DIHINA LAGI! ] TERKINI! JENTERA PARTI DILAYAN SEPERTI SAMPAH DI PRK PERMATANG PAUH?

Hinanya PAS Pemuda Pulau Pinang di mata PKR.
Sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengeluarkan satu kenyataan. Di antaranya:
Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat. 
DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini. seterusnya
Kenyataan PAS Pemuda Pulau Pinang diketepikan begitu sahaja oleh PKR.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan melayan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinangyang bertegas untuk terus memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, parti itu tidak perlu menghiraukan pendirian akar umbi sekutunya ekoran kepimpinan tertinggi PAS sudah berikrar untuk terlibat mempertahankan kerusi tersebut.
 
“Kita 'deal' dengan PAS sebagai organisasi, takkan nak deal dengan PAS cawangan? Takkan nak deal dengan Pak Leh bin Saad ketua cawangan…tak habis kerja lah. Itu cara kira deal dalam politik,” katanya pada Ahad. seterusnya
Sungguh memalukan dan menjatuhkan kredibiliti Pemuda PAS Pulau Pinang. 

Tetapi apa bezanya jika jentera Pemuda PAS Pulau Pinang wujud atau tidak di PRK Permatang Pauh?

Walau pun mereka memboikot PRK Permatang Pauh, bukannya jentera Pakatan akan hancur tidak berjalan. Dalam masa yang sama, ianya juga menunjukkan jentera Pemuda PAS Pulau Pinang tiada nilai tambah kepada Pakatan.

Kecuali jika boikot mereka itu disertai dengan ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pemuda PAS tidak mengundi Wan Azizah dan memastikan calon ini kalah di PRK.

Barulah PKR terbeliak mata dan mengaku kewujudan Pemuda PAS Pulau Pinang.Mampukah Pemuda PAS ini berbuat demikian atau segalanya ini hanya sekadar drama U-turn yang sudah sebati dengan PAS?

Source : dr mim

No comments: