NUFFNANG

Wednesday 1 April 2015

[PAKATAN (DAP DAN PKR) DAN AZMIN BERTAMBAH KALUT!] ... SANDIWARA TERKINI PEMBANGKANG & DAP YANG PERLU DIKETAHUI OLEH RAKYAT !

[PAKATAN (DAP DAN PKR) DAN AZMIN BERTAMBAH KALUT!] ... SANDIWARA TERKINI PEMBANGKANG & DAP YANG PERLU DIKETAHUI OLEH RAKYAT !

Seperti dijangkakan, aksi DAP dan PKR Sabah yang 'memutuskan hubungan dengan PAS negeri' hanya satu pembohongan dan sandiwara taraf longkang Pakatan Pembangkang.
Kerana keputusan tersebut hanya sekadar 'pandangan pemimpin parti di peringkat negeri' sahaja dan perkara ini dinyatakan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.
Walaupun PKR Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri itu dalam keputusan mengejut semalam, namun ia bukan keputusan rasmi parti, jelas timbalan presiden PKR. 
Mohamed Azmin Ali berkata tindakan PKR Sabah, bersama DAP negeri, hanyalah pandangan pemimpin parti di peringkat negeri. 
"Kita kena dengar apa perbincangan di peringkat negeri dan akan bawa dalam mesyuarat biro politik kita dan pendirian PKR di peringkat pusat ialah kita mahu Pakatan terus dipertahankan dan diperkukuhkan. 
"Tidak berpecah (Pakatan di Sabah dan Sarawak). Itu pandangan berbeza, itu pandangan negeri tapi akhirnya keputusan akan dibuat oleh (pemimpin) pusat. Kita kena dengar alasan mereka mengapa ambil tindakan tersebut," katanya seterusnya
Jika begitulah keputusannya, nampak sangat mainan politik Pakatan Pembangkang yang sebenarnya untuk masa ini cuba mempermain dan memperbodohkan rakyat terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang kononnya DAP sudah tidak lagi tidur sekatil dengan PAS. DAP bukan sahaja tidur sekatil tetapi masih 'berpelukan' dengan kerelaan parti PAS.  

Perkara inilah yang mesti didedahkan kepada pengundi-pengundi terutamanya kaum Cina dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak supaya tidak tertipu sekali lagi dan tidak memberi undi kepada parti DAP.

Lebih-lebih lagi di ketika ini apabila kepimpinan DAP sepatutnya meletakkan jawatan kerana gagal dalam 'perjuangan' mereka untuk menyakinkan rakan politik PAS supaya mengugurkan Hudud.

Lihatlah betapa jijik dan hina sekali modus operandi politik parti DAP dan PAS hingga sanggup membohongi rakyat secara terang-terangan. 

Dan yang kelakarnya ialah kenyataan Azmin Ali yang 'berharap pemimpin gabungan pembangkang di peringkat Sabah dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah mereka'.

Please la Azmin Ali ……. bagilah alasan yang logik dan masuk akal sikit. Takkan dah terburai segalanya baru mahu 'gabungan pembangkang' mahu berbincang?

source : dr mim

No comments: