NUFFNANG

Wednesday 29 April 2015

[DEMI AGAMA ATAU POLITIK?]...BIASA DALAM PAS NI ....TERKINI ! HARAM TUKAR JADI HALAL DI PRK PERMATANG PAUH !!

[DEMI AGAMA ATAU POLITIK?]...BIASA DALAM PAS NI ....TERKINI ! HARAM TUKAR JADI HALAL DI PRK PERMATANG PAUH !!

Sungguh memalukan! Pendirian PAS kawasan Permatang Pauh yang sebelum ini begitu lantang menggunakan surah Surah an Nisa ayat 85 untuk membuktikan bahawa haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud, hanyalah sekadar memperalatkan surah tersebut.

'Desakan' PAS kawasan Permatang Pauh supaya PKR menarik balik semua bantahan terhadap Hudud dan penghinaan terhadap Abdul Hadi, hanyalah sebadar wayang pacak pemanas pilihanraya yang sangat murah dan amat memalukan.

Yang terbaru ialah YDP kawasan Permatang Pauh buat U-turn dan membuat kenyataan bahawa isu itu sudah selesai!

Begitu mudah PAS kawasan Permatang Pauh bertukar angin, mengenepikan kenyataan mereka tentang ayat Al-Quran dan menolak desakan mereka. Dan sekarang, selesainya mahu ditutup dan dilupakan.

How low can this people be just because of an election??

Katanya, isu besar ini selesai selepas berjumpa dengan PKR, parti yang menolak usul Hudud kerajaan PAS Kelantan. Calon PKR di parlimen Permatang Pauh ialah individu yang menolak perjuangan PAS di Kelantan.

Maka sekarang timbul banyak persoalan tentang kejujuran kepimpinan PAS kawasan Permatang Pauh. Apakah benar bahawa isu ini selesai kerana 'puas hati dengan penjelasan PKR', 'menerima arahan Majlis Syura dan Presiden PAS' atau ada perkara-perkara lain yang tidak diketahui oleh ahli-ahli, jentera parti PAS dan penyokong-penyokong PAS di PRK Permatang Pauh?

Sekarang timbul isu panas dalam media sosial tentang apakah ada kaitan Omar Hassan, YDP kawasan Permatang Pauh dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam kerajaan DAP Pulau Pinang?

Perlu diingat bahawa sebelum ini, DAP telah me'ludah' dan menghina dengan pelbagai penghinaan tahap sampah dan menjatuhkan maruah Presiden PAS.

Rupa-rupanya, Omar Hassan, YDP PAS Permatang Pauh adalah Ahli Majlis agensi kerajaan DAP Pulau Pinang!

No comments: