NUFFNANG

Sunday 19 April 2015

[BACK OFF OPPOSITIONs! IT'S BETWEEN NAJIB AND ME! ] ... Saya tidak akan kerjasama dengan pembangkang, kata Dr Mahathir

[BACK OFF OPPOSITIONs! IT'S BETWEEN NAJIB AND ME! ] ... Saya tidak akan kerjasama dengan pembangkang, kata Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hadi di forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 April, 2015.Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hadi di forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 April, 2015.








Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak sebarang kerjasama dengan pembangkang, dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, susulan pelawaan veteran DAP Lim Kit Siang untuk mengadakan kerjasama tersebut.
Dr Mahathir berkata masalah yang timbul sekarang ialah kemelut dalaman Umno dan ia tidak melibatkan atau ada kena mengena dengan mana-mana parti pembangkang.
"Saya tidak akan kerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib, pastinya tidak dengan pembangkang.
"Masalah saya adalah dalam Umno sendiri, ahli Umno sudah menyatakan sokongan kepada Najib," kata Dr Mahathir semasa menghadiri forum anti perang di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.
Dr Mahathir juga mengulangi pendirian yang Najib perlu berundur kerana pencapaiannya dalam pilihan raya yang masih buruk walaupun dilihat menerima sokongan daripada orang ramai.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tidak-akan-kerjasama-dengan-pembangkang-kata-dr-mahathir#sthash.T98Cdo4k.dpuf

Source : 

No comments: