NUFFNANG

Monday 27 April 2015

[LEPAS NI TNB DAN SYARIKAT UTILITI LAIN BOLEH BERI ALASAN YANG SAMA BILA NAIKKAN TARIFF MASING-MASING KELAK] ... Kenaikan tarif harap dapat kurangkan penggunaan air, kata Guan Eng

[LEPAS NI TNB DAN SYARIKAT UTILITI LAIN BOLEH BERI ALASAN YANG SAMA BILA NAIKKAN TARIFF MASING-MASING KELAK] ... Kenaikan tarif harap dapat kurangkan penggunaan air, kata Guan Eng

Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air sebanyak 16.7% mulai 1 April lepas diharap dapat mengurangkan penggunaan air, kata Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata pihaknya memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengelak berlakunya catuan air di negeri ini.

"Kita naik (tarif air) sebab kita harap pengguna dapat mengurangkan penggunaan air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2015 di Empangan Air Itam, di George Town hari ini.

Pada 19 Mac lepas, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan tarif baharu air dengan kenaikan sebanyak 16.7% berkuatkuasa 1 April.
Pengurus besarnya, Jaseni Maidinsi berkata objektif utama semakan tarif air ialah bagi memudahkan pengurusan air yang lebih baik dengan mengurangkan penggunaan air bagi mengelakkan catuan.

PBAPP sebelum ini mengumumkan kenaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 Sept 2013.  Bernama

No comments: