NUFFNANG

Saturday 11 April 2015

[NGA KOR MING : ROSMAH (PM MALAYSIA) HADIRI MESYUARAT KABINET?] ... PM NAJIB TUNTUT MINTA MAAF & TARIK KENYATAAN

[NGA KOR MING : ROSMAH (PM MALAYSIA) HADIRI MESYUARAT KABINET?] ... PM NAJIB TUNTUT MINTA MAAF & TARIK KENYATAAN

Inilah akibatnya jika diri dan parti diselubungi dengan fitnah jahat lagi jijik. Menabur fitnah adalah ramuan politik yang sudah tidak tahu salahnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya yang mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri mesyuarat kabinet, jika tidak mahu disaman fitnah.
Memang tabiat DAP yang tabur fitnah jahat
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Nga di Taiping siang tadi.
“Saya meminta beliau (Nga) membuat permohonan maaf dan menarik kenyataan itu. Nga juga perlu menerbitkan permohonan maaf itu di dalam dua akhbar sama ada akhbar berbahasa Melayu atau Inggeris, namun dalam dua akhbar tempatan”.

“Pelanggan saya (Najib) memberikan beliau 48 jam untuk membuat surat permohonan maaf dan menarik gambar serta komen itu sepenuhnya,” kata Hafarizam.

Nga dalam posting di laman sosial bulan lalu menggunakan gambar yang menunjukkan Najib dan Rosmah nga kor ming balakbersama beberapa menteri kabinet dan mengemukakan soalan kenapa perlu isteri Perdana Menteri berada bersama sewaktu mesyuarat kabinet.

Hanya kemudian didedahkan bahawa gambar itu bukan dari mesyuarat kabinet sebaliknya sewaktu kunjungan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.

“Beliau (Nga) juga perlu menawarkan saguhati sepadan…. terpulang kepada beliau untuk  tawaran dan beliau juga perlu menahan dari menerbitkan isu sama lagi, jika gagal, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau,” tambah Hafarizam - BNBCC
Sebelum ini, seorang lagi ahli parlimen Pakatan pembangkang telah menabur fitnah jahat terhadap kerajaan BN Persekutuan :BACA SIN

Source : dr mim

No comments: