NUFFNANG

Saturday 15 March 2014

TERKINI ! PENYIASAT AMERIKA SYARIKAT TERIMA DATA RADAR. #MH370 #PRAYFORMH370

TERKINI ! PENYIASAT AMERIKA SYARIKAT TERIMA DATA RADAR. #MH370 #PRAYFORMH370

SEPANG 14 Mac - Usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines(MAS) MH370 yang hilang sejak awal Sabtu lalu masih buntu, namun kemungkinan ada petunjuk baharu, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Menurut beliau, kini pihak penyiasat Amerika Syarikat sedang mendapatkan data yang diperoleh daripada pelbagai sumber radar serta satelit dan berkemungkinan ada maklumat baharu yang akan diperoleh.

"Beri kami masa, dalam beberapa hari lagi semua data yang kami peroleh akan dapat kami capai satu kesimpulan untuk petunjuk baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar harian insiden kehilangan pesawat Boeing 777-200ER MH370 pada hari ketujuh di Pusat Media Hotel Sama-Sama, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk AzharuddinAbdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan diasak oleh media asing yang mahukan satu kepastian sama ada transponder pesawat MH370 sengaja ditutup dan kemungkinan siasatan dijalankan di rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Dalam jawapannya, beliau berkata, pasukan penyiasat tidak akan menyia-nyiakan sebarang maklumat dan akan melakukan siasatan.

"Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah misi dan tumpuan utama kami ialah mencari pesawat yang hilang itu dan jika boleh mahu mendapatkan kotak hitam pesawat berkenaan jika ada.

"Daripada itu, kita akan mengetahui banyak perkara. Namun, kita tidak akan menyia-nyiakan sebarang maklumat yang diperoleh setakat ini, semuanya kami kumpul untuk disiasat," sambil menambah tidak ada penggeledahan dibuat terhadap rumah juruterbang MH370 sehingga kini. - Utusan Online

Video di bawah ini pula adalagh temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB), DATUK DR AHMAD SABIRIN ARSHAD.



source : dr mim

No comments: