Rakyat Semakin Meninggalkan Anwar
Apa dah jadi? Semakin hari sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata semakinberkurangan. Sedikit demi sedikit semakin ramai yang
meninggalkan walaupun barubaru ini ‘anak emasnya’,Azmin Ali menyifatkan Anwar sebagai ‘Pemimpin YangBertaraf Dunia’.
Terbaru, dianggarkan hanya sekitar 20 orang sahaja parapenyokong Anwar yang hadir di perbicaraan kes liwat II Anwar, Mahkamah Rayuan pagi tadi. Walaupunsebelum ini ramai di kalangan pimpinan pembangkangkhususnya PKR yang meminta agar para penyokongAnwar hadir bagi memberikan sokongan moral.
Antaranya anak kesayangan Anwaryang juga merupakanNaib Presiden PKR, Nurul
Izzah yang merayu kepadapara penyokongnya agar menyebarkan maklumatmengenai tarikh perbicaraan.
“Tolong sebarkan maklumat ini dan mari kita TURUN”katanya
Sedangkan kalau kita rujuk kepada kes liwat pertamaAnwar, ribuan orang yang sanggup hadir ke mahkamah.Malah ada ketikanya ramai yang tidak dapat masuk kebilik mahkamah kerana ruang yang terhad.
Malah ada di kalangan mereka yang sanggup tidur diperkarangan mahkamah sema mata untuk masuk padakeesokan harinya. Tidak kurang juga yang bermandi peluhdi luar perkarangan mahkamah hanya kerana inginmemberikan lambaian dan menjerit ‘reformasi’ bagimemberikan sokongan moral kepada Anwar yang kononnya
teraniaya.
Persoalannya mengapa ini terjadi? Mengapa rakyatsemakin menjauhkan diri daripada Anwar? Sedangkan Anwar yang pernah mendapat sokongan puluhan ribu(ada
yang mengatakan ratusan ribu) rakyat suatu ketikadahulu, masih merupakan
individuyang sama.
Jawapannya mudah. Rakyat sudah semakin sedar dandapat menilai perkara yang
sebenarnya. Ditambahdengan kenyataan Anwar yang sering berubah dan saling
bercanggah, telah menyebabkan tembelangnya pecah satu demi satu.
Tambah menghairankan, apabila situasi itu bukan hanyadilalui oleh Anwar, namun
ia turut dirasai oleh rakan-rakan sekutunya di dalam pakatan pembangkang.
Sebagai contoh, program ‘Suara Orang Kampung’ anjuran PemudaPas pusat
siang tadi turut menerima sambutan hambar.
Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir memberikan sokongan terhadap himpunan tersebut.
Himpunan yang diadakan di hadapan bangunan gaetahAsli itu kononnya untuk memperjuangkan nasib golonganpetani yang dikatakan tertindas.
Persoalannya sekiranya benar golongan tersebut ditindas,masakan hanya 50 orang sahaja yang sanggup hadir.Tambah melucukan majoriti yang hadir pada petang ituadalah merupakan ahli Pemuda Pas yang rata-rata tinggaldi Lembah Klang.
Apapun,setinggi- tinggi tahniah diucapkan kepada majoriti rakyat Malaysiayang
telah mula dapat menilai antara kaca dan permata. Benarlah kata pujangga,
‘manamungkin penipu, dapat menipu orang buat selamanya.
Lambat laun sudah pasti rakyat akan tahu siapasebenarnya yang bersalah.
source :
No comments:
Post a Comment