NUFFNANG

Wednesday 19 March 2014

#PRKKajang: Penduduk Kajang tidak mahu MB baru - Khalid Ibrahim

Info Post

Berdasarkan pola kajian yang dilakukan oleh pihak Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan rata-rata penduduk Kajang tidak memerlukan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Ketua Penyelidikan Kajian Pola Pengundian PRK Dun Kajang, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, seramai 63 peratus penduduk Kajang tidak mahu jawatan menteri besar (MB) itu digantikan dengan pemimpin baharu.

"Kajian ini buat hanya di Dun Kajang dan pihak kami mengambil kira undian berdasarkan faktor calon.

"Jika calon MB itu pemimpin popular dan pengaruhnya lebih kuat, peratusan penduduk yang mahukan kepimpinan baharu lebih meningkat," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, keadaan pasti berbeza sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletak sebagai calon untuk bertanding untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

"Anwar mempunyai penyokong di mana-mana.

“Saingan untuk kerusi calon pasti sengit jika Anwar turut bertanding kerana beliau merupakan calon pilihan rakyat," katanya lagi. - Sinar

source : pilihanrayakini

No comments: