NUFFNANG

Monday 10 March 2014

#PRKKajang : Antara Air Mata Wan Azizah atau Kebolehan @ChewMeiFun 'Chomey Fun'

#PRKKajang : Antara Air Mata Wan Azizah atau Kebolehan @ChewMeiFun 'Chomey Fun'


Wan Azizah diumumkan sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil N25 Kajang menggantikan Anwar Ibrahim yang hilang kelayakkan bertanding setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan kerana bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Wan Azizah...?

Pengundi Kajang harus tahu Wan Azizah hanyalah seorang isteri yang begitu taat dengan suaminya, dia bukan seorang wanita yang berkebolehan sebagai pemimpin.

Menjadi ahli politik atas desakan untuk memperjuangkan suaminya yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, disabitkan atas kesalahan rasuah dan dipenjarakan.

Bermula dengan membentuk KeADILan Nasional (KeADILan) pada 4 April 1999 dan memenangi kerusi Permatang Pauh menewaskan calon BN Datuk Ibrahim Saad dalam PRU ke 10.

Mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam tiga PRU dengan hanya bermodalkan air mata, gambar mata lebam dan kisah Anwar Ibrahim dizalimi sewaktu disoal siasat.

Tiada apa kepentingan rakyat yang diperjuangkan oleh Wan Azizah sepanjang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada Julai 2008 ketika Anwar Ibrahim sekali lagi berdepan tuduhan meliwat Saiful Bukhari.


Kini sekali lagi Wan Azizah dicalonkan oleh PKR, walaupun sebelum ini dia dengan sengaja bertindak melepaskan amanah rakyat terhadapnya.

Pengundi Kajang tidak perlu mengambil risiko memilih Wan Azizah.

Kerana selepas ini jika ditakdirkan Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar Ibrahim menolak keputusan dan hukuman Mahkamah Rayuan.

Wan Azizah mungkin melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.


Mana satu pilihan pengundi Kajang antara air mata dan kisah sedih Wan Azizah atau kemampuan Chomey Fun?

Arioss...!

source : double-y

No comments: