NUFFNANG

Tuesday 18 March 2014

#MH370 MYSTERY : Juruterbang MH370 Fanatik Anwar: Kenapa Pembangkang Tepuk Dahi?

Juruterbang MH370 Fanatik Anwar:  Kenapa Pembangkang Tepuk Dahi?

 
Sejak dari hari pertama kehilangan MH370 disedari, pihak pembangkang seolah - 
olah meraikan berita tersebut sebagai peluang untuk menghentam kerajaan.    
Kerajaan dikutuk sebagai lembab dan gagal menangani situasi kecemasan.  
Kerajaan dituduh sengaja menyembunyikan maklumat entah atas sebab apa, 
yang mana hanya mereka yang menuduhnya sahaja yang tahu.   Kerajaan 
dihentam kerana tidak menggunakan aset pertahanan untuk operasi mencari.  
Kerajaan juga disindir kerana tidak menggunakan kaedah 'Islam' seperti 'azan' 
sebagai usaha alternatif. 
 
Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga mengaitkan dosa-dosa 
juruterbang, pembantu juruterbang dan penumpang serta penjualan arak 
oleh MAS sebagai bahan untuk memburukkan kerajaan sebagai tidak cukup Islam 
dan menjadi punca bencana.    
 
Apabila media barat memburukkan pembantu juruterbang, pembangkang 
pun menyambutnya dengan membantu menyebar gambar-gambar yang 
menjejaskan imejnya. 
 
Dalam masa yang sama, pihak penyokong kerajaan pula terus membela 
juruterbang dan pembantunya serta menempelak pihak yang cuba memburukkan 
imej mereka.  Ini dilakukan walaupun khabar angin telah menyatakan 
bahawa juruterbang tersebut merupakan penyokong kuatAnwar Ibrahim dan 
pembenci kerajaan yang tegar. 
 
Para penyokong kerajaan telah mengenepikan sentimen politik dan mengajak 
semua rakyatMalaysia bersatu dan bukan menuding jari kepada sesiapa. 
 
Namun, seruan murni  kita dipandang sepi.  Sebaliknya, pembangkang mengaitkan 
pula kejadian yang menimpa MH370 sebagai 'bala' akibat keputusan mahkamah 
yang tidak memihak kepada Anwar.   Ada juga yang berkata bahawa kerajaan 
sengaja 'menghilangkan MH370' bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kes 
Anwar Ibrahim dan Pilihanraya Kecil Kajang. 
 
Walaupun pencarian MH370 dibantu oleh begitu banyak negara lain termasuk 
kuasa besar dunia, tetapi segala kritikan dan cemuhan pembangkang hanya 
ditujukan kepada kerajaan Malaysia.  Seolah-olah hanya kerajaan Malaysia 
yang lembab, yang salah dan yang bodoh kerana masih belum mempunyai 
sebarang petunjuk, tetapi negara lain tidak.
 
Nampaknya, bencinya pembangkang kepada negara sendiri sudah tidak dapat 
ditahan-tahan lagi.   Saban hari mereka mempertikai, menilai, menghukum, 
mencemuh, memaki dan memburukkan negara sendiri tanpa segan silu 
sambil disaksikan oleh seluruh dunia.  Sampaikan ada rakyat negara lain pula 
yang menegur akan sikap mereka yang buruk itu. Itu pun mereka masih lagi 
tidak tahu malu. 
 
Bagaimanapun, perkembangan mutakhir yang disahkan oleh penyiasat dalam 
negara dan juga antarabangsa mengenai latarbelakang juruterbang, 
membuatkan pembangkang terkesima.  
 
Menurut pendedahan mereka, juruterbang MH370, iaitu Kapten Zaharie 
Ahmad Shah merupakan bukan sekadar penyokong Anwar Ibrahim, tetapi 
fanatik terhadapnya.  Beliau sanggup hadir ke mahkamah menyaksikan rayuan 
kes liwat Anwar pada hari sebelum kejadian.  Menurut rakan-rakan beliau, 
keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar benar-benar terkesan 
kepada dirinya. 
 
Kapten Zaharie, adalah ahli PKR seumur hidup.  Telah berkahwin 
tetapi bercerai.  Beliau dikatakan masih tinggal sebumbung dengan bekas isterinya 
dan anak-anak mereka.  Setakat ini, bekas isteri dan anak-anaknya tidak dapat 
ditemui dan dikatakan telah menghilangkan diri sejak hari 
pertama kejadian.  Maklumat dalaman menyatakan yang mereka telah berangkat 
ke Australia sehari sebelum MH370 hilang. 
 
Maklumat terkini ini nampaknya telah memaksa pembangkang memikirkan 
semula strategi menghentam kerajaan.  Tian Chua, Kit Siang, Sivarasa dan 
penyokong-penyokong marhaen pembangkang di laman-laman sosial mula 
menukar skrip. 
 
Kini, mereka bertungkus lumus mencari jalan untuk membela Kapten Zaharie 
pula walaupun  sebelum ini beliau dicemuh dan diragui mereka.   Mereka 
menolak sebarang kemungkinan yang kehilangan MH370 ada kaitan politik 
walaupun sebelum ini mereka juga yang cuba mempolitikkannya.   Mereka 
mereka-reka cerita kononnya Kapten Zaharie tidak sepatutnya bertugas kerana 
bercuti pada hari tersebut tetapi terpaksa menggantikan rakannya. 
 
Jika sebelum ini mereka begitu galak membincangkan teori juruterbang menutup 
semua alat komunikasi, tetapi hari ini mereka berusaha mengajak kita pula 
bersikap terbuka sambil memberi gambaran yang juruterbang tidak bersalah. 
 
Hanya kerana Kapten Zaharie telah terbukti sebagai penyokong tegar 
pembangkang maka pembangkang merasakan yang mereka perlu 
mempertahankan beliau.   
 
Sikap berat sebelah dan terburu-buru pembangkang nampaknya telah 
memakan diri sendiri.    Sekiranya pembangkang tidak cuba mempolitikkan 
perkara ini sejak dari mula maka mereka tentu tidak perlu menjadi kelam 
kabut dan memutarbelit pandangan sendiri.   
 
Jelas, sikap penyokong pembangkang sememangnya tidak rasional.  Justeru, 
kita tidak hairan jika Kapten Zaharie juga merupakan seorang yang tidak rasional. 
 
Bagaimanapun, tidak usahlah kita merendahkan diri kita ke tahap 
pemikiran pembangkang dengan cuba membuat andaian sendiri. 
 
Sebaiknya, kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk mencari 
jawapan kepada misteri MH370.   Harapan kita agar episode ini dapat 
mematangkan sedikit pembangkang negara ini supaya tidak lagi 
terkinja-kinja mempolitikkan semua perkara.

source : taipingmali

No comments: