NUFFNANG

Wednesday 12 March 2014

#MH370: HARAP MENTERI-MENTERI NI HATI-HATI BUAT KENYATAAN MEDIA DI KLIA TU...

#MH370: HARAP MENTERI-MENTERI NI HATI-HATI BUAT KENYATAAN MEDIA DI KLIA TU...

Kita semua tahu seluruh dunia sekarang ni sedang menumpukan perhatian mereka 
ke Malaysia. All eyes memang tengah tengok Malaysia sekarang ni, bukan sebab 
PRK Kajang, tapi pasal insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih "misteri"...

Sejak hari pertama MH370 dilaporkan hilang, memang ramai yang kelam kabut. 
Antaranya Dato' Seri Hishamuddin dan Dato' Seri Zahid Hamidi, sorang pegang 
jawatan Menteri Pengangkutan dan sorang lagi pegang KDN... 

Cuma...saya heran la jugak Pak-Pak Menteri kita ni..bila bercakap pasal MH370, 
diorang tak check dulu ke fakta ke...sedia dengan maklumat-maklumat ke... apa 
yang berkaitan pasal MH370 tu la... Maklum la.. kat depan tu bukannya ada media 
tempatan je.. media asing pun berlambak!


Kalau reputasi Pak-Pak Menteri tu macam Tun M, saya tak kisah la. Wartawan 
media asing nak tanya soalan kat Tun M pun mengeletar tangan pegang pen dan 
buku catatan... silap tanya, memang kena "makan dalam" la jawabnya...heh!

Hishamuddin misalnya sebelum ni entah penat ke, ngantuk sangat ke, ntah apa pasal, 
selamba je cakap 4 orang yang disyaki guna passport palsu. Ntah mana dia dapat 
maklumat tu pun saya tak tahu...

Tapi mujur la Ketua Pengarah DCA, MAS dan agensi terlibat cepat-cepat counter, 
betulkan balik fakta tu. 2 orang saja la bro... Mana angka 4 tu? Kalau betul mengantuk 
tak cukup tidur, balik la rumah tidur dan dapatkan rehat yang cukup... jangan 
malukan Kerajaan Malaysia depan media asing..

Zahid pulak, tiba-tiba saja "temper" kat pegawai imigresen yang check passport 
penumpang MH370 tu. Selamba dia "balun" kononnya pegawai imigresen tak mampu 
beza rupa "lelaki asia" dan "eropah". Lepas tu cakap pulak nak ambil tindakan 
sekiranya didapati cuai dalam tugas...

Lepas tu, mungkin Zahid termakan pulak kenyataan interpol yang kononnya pihak 
imigresen tak gunakan maklumat "Suspect List" (SL) dalam database interpol. Zahid 
persoal lagi pulak isu tu pada Jabatan Imigresen...

Pada saya, sepatutnya Zahid perlu pertahankan dulu Jabatan Imigresen. Jabatan tu 
bawah KDN, kan? Takkan nak malukan KDN depan media antarabangsa? 
Takkan nak low standardkan penguatkuasaan di Kementerian sendiri?

Semalam dah terbukti. Semua tu salah Interpol sendiri. Depa tak masukkan pun kedua 
passport lelaki tu dalam database depa. Maknanya, nombor passport tu tak masuk 
senarai SL pun.. habis tu macamana Jabatan Imigresen nak check? Kalau check 
pun dah tentu lepas...

Pasal Imigresen lepaskan passport palsu tu, mana-mana negara pun berlaku hal 
macam tu. US yang paling canggih tu pun ada kes macam tu jugak. Kat Jepun pun 
sama.. cuma Anwar je la yang "tak lepas" hari tu...kan? Heh!

Orang nak tiru passport ni.. kalau dah memang terer, maka depa boleh buat 
sebijik macam passport original. Memang payah nak trace. Lagipun, takkan la 
pegawai imigresen tu "buta" sangat kot tak reti beza lelaki asia dengan eropah...

So pada Dato' Seri Hisham dan Dato' Seri Zahid, saya harap Dato'-Dato' Seri 
check dulu fakta dan jaga nama baik Kerajaan serta Kementerian masing-masing.. 
Bukan apa Dato' Seri, satu dunia tengah tengok kita sekarang ni.. tersasul 
sikit dalam press conference pun boleh jadi isu wooo...heh! 


P/s: Sekadar teguran membina saja Dato'-Dato' Seri... jangan la marah saya... nanti saya belanja 
roti canai dan ayaq suam kalau mai Kedah...saya sebut pasai saya sayang la tuuu...heheheeee...

No comments: