NUFFNANG

Wednesday 12 March 2014

ANWAR BERDEGIL TAK MAHU ARAH AHLI PKR TARIK SAMAN HADI 2.2JUTA

ANWAR BERDEGIL TAK MAHU ARAH AHLI PKR TARIK SAMAN HADI 2.2JUTA

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak bertegas mahu memecat 
keahlian bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, 
Mohd. Shamsul Mat Amin, walaupun tindakannya telah mencemar imej Presiden PAS, 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR).

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah mengarahkan Abdul 
Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang 
diperoleh Mohd. Shamsul.

Mohd. Shamsul melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember 
tahun lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi selepas beliau mendakwa 
difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd. Shamsul yang juga Ketua Angkatan 
Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di 
Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan 
maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli 
perniagaan.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam kenyataan media pada 
berhubung isu tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada Anwar Ibrahim.

Azan menjelaskan bahawa pendirian PKR negeri mengambil kira pandangan Mohd 
Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

“Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan 
kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan 
kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta PAS Terengganu 
dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata 
sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk 
Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau 
daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH,” katanya.
Pada 5 Mac, Anwar selaku Ketua Pembangkang menyatakan beliautidak bersetuju 
dengan tindakan ahlinya menyaman Presiden PAS, namun tidak bersedia memecat 
keahlian Mohd Shamsul.

“Saya dah terangkan kepada Hadi Awang yang pertama kita telah menasihatkan 
mesyuarat Majlis Tertinggi PKR bahawa tak wajar diteruskan (saman). Memadai untuk 
ditemui dan menyampaikan pandangan ataupun minta jasa baik kami untuk atur 
pertemuan kerana ini bukan sahaja dikalangan sahabat tetapi pimpinan utama dalam PR.

“Kemudian diulangi dalam mesyuarat biro politik PKR. Walaupun dia hujahkan ini 
melibatkan maruah kemudian ianya terhenti begitu sehingga kita mendapat 
keputusan mahkamah,” kata Anwar dalam satu sidang media selepas mesyuarat 
Majlis Pimpinan Tertinggi PR di Pejabat Agung PAS.
)Sikap ‘double standard’ PKR yang tidak mahu memecat keahlian Mohd Shamsul 

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di ibu pejabat 
PKR di Petaling Jaya pada 6 Mac 2010 telah mengumumkan pemecatan Zulkifli 
kerana didakwa telah mencemar imej pemimpin PR, termasuk mengkritik Setiausaha 
Agung DAP Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen PAS Shah 
Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam kenyataannya mendakwa pemecatannya berpunca daripada sikapnya 
yang tidak sehaluan dengan polisi parti, malah beliau dihadap ke lembaga 
jawatankuasa disiplin parti berkaitan dengan isu kalimah Allah.

Berbeza pula dengan sikap PAS terhadap ahlinya, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat 
keahliannya pada Januari 2012kerana didakwa telah mencemar imej Anwar.

“Anwar Ibrahim punca saya dipecat,” kata Hassan di kediamannya dalam satu sidang 
media, 8 Januari 2012.
)Hassan berkata pandangan yang diberikannya terhadap Anwar kerana tidak 
mahu rakyat terjebak dengan permainan politik peribadi Ketua Umum PKR itu.

“Saya tidak mahu dia (Anwar) mengheret rakyat dalan perjuangannya yang saya 
rasa amat kotor.

“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar dalam perhimpunan esok 
(9 Januari 2012), saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat kenyataan 
mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri,” katanya.

Tambahnya, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar 
belakang yang ‘meragukan’

“Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR, 
Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

“Apa hak Azmin hendak mencampuri urusan rumahtangga PAS?”

“Walau apapun terjadi, sama ada saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, 
saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” 
katanya lagi.
Hassan dipecat keahlian ketika memegang jawatan Pesuruhjaya PAS 
Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat 
Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor.
source : mymassa

No comments: