10 Sifat Kedajjalan Anwar
NGO Islam dedah '10 sifat kedajjalan' yang didakwa ada pada Anwar
KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini
mendedahkan sebab mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
'tidak layak' dipilih sebagai pemimpin pada pilihan raya kecil Kajang, 23 Mac nanti.
Dakwa mereka, sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, dan seterusnya diangkat menjadi
Menteri Besar, pergolakan dan pertembungan rakyat akan berlaku.
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata Ketua Umum
PKR harus ditolak kerana ideologi yang dibawanya 'menyimpang dari ajaran Islam'.
"NGO Islam sedar bahayanya Anwar Ibrahim.. dari segi ideologi yang dia
bawa jauh menyimpang dari ajaran Islam. Dari segi pegangan dia kepada
ajaran Islam pun tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang dia hendak
mendokong syariat Islam dengan teguh," kata beliau dalam satu sidang media
di kediaman Hasan Ali pada Isnin.
Katanya apa yang dibimbangkan adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh Anwar yang
didakwanya mempunyai 'sifat-sifat kedajjalan', namun beliau menafikan
menuduh Anwar seorang 'Dajjal'.
"Di sini saya hendak nyatakan 10 sifat-sifat kedajjalan, terpulang kepada
tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menggunakan akal dan cuba memikirkan
samada sifat-sifat ni ada atau tidak pada mana-mana pihak. Saya tidak buat
dakwaan tetapi saya minta tuan-tuan dan puan-puan fikir," katanya.
Berikut merupakan 10 sifat-sifat kedajjalan yang telah disebutkan oleh Aidit,
yang dikaitkan dengan Anwar:
1. Orang-orang yang ada sifat dajjal akan sesuaikan hukum Allah dengan
akal dan kepentingan diri. Contohnya fahaman liberalisme dan rasionalisme.
2. Suka pada tarikan dunia, syahwat songsang dan meringankan yang haram.
3. Suka dan berani mencabar ketuhanan. Contohnya mengganggap Islam sama
ata dengan agama lain.
4. Ada kemahiran luar biasa menundukkan orang.
5. Suka memutar belit kebenaran.
6. Boleh membuat perkara hina tetapi masih lagi ada masyarakat yang
menganggap dia berpengaruh.
7. Yang haq (benar) dikata batil (tidak benar), dan yang batil dikata haq.
8. Suka wujudkan (keadaan) porak peranda. Contohnya perkara yang
boleh diselesai dengan kata sepakat, sebaliknya dibawa ke jalanan.
9. Ada kaitan rapat dengan golongan Yahudi.
10. Rapat dengan ramalan bersifat kedukunan.
Sementara itu, Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Ali
berkata beliau akui bahawa Anwar seorang yang mempunyai karisma dan
aura, namun di akhir-akhir usianya ini dia telah berubah.
"Saya kawan Anwar Ibrahim, sama pengajian dengan Anwar Ibrahim.. sama
tahun, sama keluar universitidengan Anwar Ibrahim... bersama-sama dengan
Anwar Ibrahim. Tetapi di akhir-akhir usianya dia telah mempunyai sifat-sifat
dajjal.. adakah Hasan Ali ingin bersama dajjal, penyokong dajjal dan sebagainya?
"Kalau Hasan Ali hendak berpisah dengan dajjal.. bukan Hasan Ali seorang,
penyokong kawan-kawan karib Anwar Ibrahim tidak kurang 55 orang seperti
Dr Chandra Muzafar dan Ezam Mohd Nor telah meninggalkan Anwar," katanya.
Pilihan raya kecil DUN N25 Kajang akan diadakan setelah Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) menetapkan tarikhnya pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan
calon ditetapkan 11 Mac.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang selepas ADUN kawasan itu,
Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas.
Pakatan Rakyat telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut, manakala
Barisan Nasional (BN) menamakan naib preisden MCA Chew Mei Fun sebagai calon
mereka.
Turut bertanding sebagai calon bebas dalam pertandingan tiga penjuru itu ialah
bekas presiden parti KITA yang juga bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.
- sumber
source : daeng selili
No comments:
Post a Comment