NUFFNANG

Tuesday 11 June 2013

Najib mahu di tunjukkan jalan keluar?

Najib mahu di tunjukkan jalan keluar?PDFPrintE-mail
Written by Webmaster   
TUESDAY, 11 JUNE 2013
CATATAN ANUAR MOHD NOR – Satu soalan yang saya ajukan kepada rakan-rakan blogger yang saya temui malam tadi – di jalan Doraisamy – adakah benar Najib sedang diserang dan adakah Najib akan dapat bertahan sekiranya diserang. Jawapan mereka secara kolektif mengatakan bahawa Najib menghadapi masalah atas kegagalan BN dalam mendapatkan kembali majoriti 2/3 dan mereka percaya ada pihak yang sedang menunjukkan jalan untuk Najib berundur – khususnya semasa PAU akan datang.

Soalan saya kemudiannya adalah – siapa yang mahu Najib berundur pada pendapat kalian semua – dengan pantas mereka menjawab Tun Mahathir. Kenapa adalah soalan seterusnya dan jawapan mereka standard – kerana tidak merujuk dan mengikut piawaian yang Tun Mahathitr mahu.

Satu spekulasi – kata saya dalam diam. Namun spekulasi amat penting dewasa ini. Spekulasi boleh menaikkan seorang pemimpin dan boleh juga menjatuhkan kepimpinan itu. Dalam isu ini sudah ada spekulasi mengatakan bahawa Najib akan dicabar dan ditunjukkan jalan keluar oleh Tun Mahathir. Mendengar spekulasi ini maka PM Najib seharusnya mula berwaspada. Dalam kelompok UMNO sendiri sudah ada pecahan-pecahan yang mahu Najib turun takhta.

Sudah ada dikatakan jentera maya yang akan memastikan agenda menjatuhkan Najib terlaksana. UMNO masih sibuk dalam urusan populariti dalam UMNO sendiri untuk meraih jawatan penting dalam UMNO. Mereka tidak sedar dan semakin lupa setelah berjawatan bahawa kondisi UMNO hari ini tidak selesa dan amat rapuh dengan merujuk kepada kekecilan sokongan. Kenapa dan apakah UMNO/BN akan dapat bertahan sebagai kerajaan hanya kalian yang akan menentukan. Apa kata anda – emailanuarmohdnor@gmail.com

source : http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=2070&Itemid=58

No comments: