NUFFNANG

Thursday 13 June 2013

MEMALUKAN : TUDUH PRU 13 TIPU, TAPI CALONKAN SPEAKER DEWAN RAKYAT

MEMALUKAN : TUDUH PRU 13 TIPU, TAPI CALONKAN SPEAKER DEWAN RAKYAT


Meskipun sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) dan mengancam mahu memboikot parlimen, namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini masih sempat mencalonkan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu yang bakal bersidang pada 24 Jun ini.

Dalam kenyataannya lewat petang ini, Anwar dilaporkan Malaysiakini mencadangkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat jawatan yang kini dipegang oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Datuk Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yg selayaknya sebagai Yang Dipertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai jabatan, kementerian, negeri, suruhanjaya, kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri.

“Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

“Pakatan bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat,” kata Anwar dalam kenyataan itu.

Berkemungkinan besar, langkah mencalon dan melobi speaker baru itu bermaksud tanda-tanda awal Anwar akan mengiktiraf keputusan PRU 13 dan bersedia menjadi Ketua Pembangkang parlimen ke-13

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan roketkini hari ini berkata, DAP amat terkejut dengan ugutan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia yang mahu memboikot parlimen ekoran ahli parlimen pakatan memboikot majlis taklimat yang dianjurkan pihaknya.

Katanya, mengikut Perkara 59(2) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana wakil rakyat yang gagal mengangkat sumpah dalam masa enam bulan akan hilang kelayakan secara automatik dan kerusi mereka akan dikosongkan.

“Sangat tidak sesuai bagi seorang Speaker dan beliau tidak ada hak untuk memboikot mana-mana Ahli Parlimen atau dengan sengaja menyebabkan seseorang hilang kelayakan dengan memboikot atau enggan menerima angkat sumpah.

“Saya harap ini hanya gurauan Tan Sri Pandikar, jika tidak pasti timbul kesangsian yang amat serius terhadap niat dan sikap tidak berpihak apabila beliau mempengerusikan sidang Parlimen nanti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng turut menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat tersebut.

Anwar sebelum ini menuduh berlaku ‘penipuan’ PRU 13 sebagai justifikasi dirinya untuk menganjurkan perhimpunan ‘blackout 505′.

Namun apabila dibuktikan kejadian ‘blackout’ tidak wujud, perhimpunan itu ditukar nama kepada ‘black 505.’

Kemudian, Anwar mengusulkan pula pemboikotan parlimen, namun idea itu tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP dan Pas.

Malah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut tidak bersetuju dengan langkah pemboikotan parlimen itu.

“Pada pendapat saya, kita harus menghadiri majlis angkat sumpah kerana hanya selepas kita mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, baru kita boleh berada di dalam Dewan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Rabu. AIDC

source : mymassa

No comments: