NUFFNANG

Wednesday, 5 June 2013

KDN, PDRM dan SKMM..Sila Ambil Ambil Tindakan Segera!

Ambil Tindakan Segera

 
 1.  Semakin hari semakin berleluasa mereka yang menggunakan alam siber untuk mengutuk dan menghina orang lain seolah-olah kita kini sudah tidak ada panduan lagi di dalam kehidupan;
 
2.  Saban hari kita membaca pelbagai catatan di alam siber khususnya di dalam blog-blog dan juga laman sosial seperti Facebookberkaitan dengan ketidak puasan hati masing-masing;
 
3.  Catatan berkaitan dengan politik sememangnya semakin hari semakin teruk.  Cercaan dan penghinaan terhadap mana-mana individu yang bukan seacuan dengan mereka kini adalah makanan harian di dalam blog dan juga laman-laman sosial ini;
 
4.  Keadaan ini semakin teruk apabila ada mereka yang menggunakan alam maya untuk menghina pemimpin-pemimpin agama termasuk Nabi Muhammad (SWT) dan juga agama Islam sendiri;
 
5.  Catatan terkini (seperti di dalam gambar) ialah oleh seorang yang berbangsa mengunakan nama Calvin Gani (atau mungkin individu yang menyamar) yang menghina Nabi Muhammad (SWT) dan juga agama Islam pada tahap yang sungguh durjana;
 
6.  Individu ini (Callvin Gani) bukan sahaja mengatakan Islam itu kafir dan sial, tetapi menuduh junjungan besar Islam, Nabi Muhammad (SWT) melakukan sex dengan pelacur;
 
7.  Ini adalah satu catatan yang tidak boleh diterima terhadap junjungan besar Nabi Muhammad (SWT) dan juga Islam;
 
8.  Jelas, individu ini menyalah gunakan laman sosial untuk menabur fitnah durjana tanpa menggunakan akal fikiran dan boleh menimbulkan kekeliruan;
 
9.  Tindakan segera hendaklah diambil oleh pihak berkuasa supaya ianya tidak berulang lagi.

No comments: