NUFFNANG

Monday 10 June 2013

ADUN PAS Menang Secara BlackOut Di Seri Serdang?

ADUN PAS Menang Secara BlackOut Di Seri Serdang?

Original photograph claimed by the EC to be staged

Gambar di atas adalah gambar yang digunakan sebagai bahan bukti tuduhan BlackOut oleh pembangkang. Gambar yang katanya berlaku di DUN Seri Serdang. 

Mereka tuduh BN gunakan strategi BlackOut untuk menang dalam PRU13 yang lepas. Hanya menuduh tetapi bila diminta kemukakan bukti, mereka diam.


Peliknya, gambar tersebut diambil di tempat yang dimenangi oleh calon PAS dengan majoriti 16,251 undi. Kawasan ini dulunya dimenangi oleh BN dengan hanya 45 undi. 

Jumlah peningkatan pengundi berlaku dengan mendadak di DUN Seri Serdang iaitu 23,012 pengundi. Apakah ada sesuatu yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor di Seri Serdang? 

Berapa kawasan penempatan baru yang wujud? Siapa yang berpindah dengan begitu ramai sekali di Seri Serdang? Bangla atau siapa?

Nor Hanim Ismail, calon PAS di Seri Serdang dakwa ada blackout berlaku dalam pilhan raya umum yang lepas di Sekolah Kebangsaan Serdang, bilik pengiraan undi saluran 3. 


Mana dia saksi Counting Agent yang dimaksudikan oleh Noor Hanim? Sila tampil kemukakan bukti untuk dinilai secara bersama.


Nor Hanim perlu jawab soalan di atas.

Nor Hanim Ismail, ADUN PAS sekarang sepatutnya berasa bersalah untuk angkat sumpah sebagai ADUN kerana beliau sendiri akui ada blackout di kawasan yang dia menang. 

12 Jun adalah tarikh tutup petisyen pilihan raya. Apakah ADUN PAS ini berani kemukakan petisyen? 



No comments: