NUFFNANG

Thursday, 16 April 2009

Tuah badan : Elizabeth Yang Sexy Dan Disayangi.

Tuah badan : Elizabeth Yang Sexy Dan Disayangi.


UMNO walaupun dilihat oleh pelbagai pihak sebagai parti yang sarat dengan bermacam-macam masalah kepimpinan tetapi sejarah telah membuktikan bahawa UMNO konsisten untuk menghukum pemimpin-pemimpinnya yang bermasalah baik dari segi kes jenayah, rasuah atau isu-isu moral yang lain.

Saya tidak dapat memberi contoh yang banyak tetapi sekadar mengimbas beberapa insiden yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO walaupun mereka itu banyak berjasa kepada parti dan negara. Datuk Mokhtar Hashim bekas Menteri Kebudayaan dan Sukan telah dijatuhkan penjara seumur hidup atas kesalahan jenayah pembunuhan. Begitu juga Datuk Harun Idris, Bekas Menteri Besar Selangor yang sinonim dengan Peristiwa 13 Mei 1969 telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Tan Sri Mohamad b Mohamad Taib juga bekas Menteri Besar Selangor, dilucutkan jawatan MB kerana isu wang di Australia dan juga Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dijaja kes salahlaku seksnya oleh DAP seantero dunia turut tidak terlepas daripada tindakan tatatertib.

Tidak ketinggalan DS Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakan atas kesalahan salahguna kuasa sewaktu sudah berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sama ada benar atau tidak cerita konspirasi itu tidak mustahak tetapi tindakan tetap diambil jika ada kes wujudnya kesalahan tersebut.

Walaupun bentuk tindakan yang berbeza-beza di antara mereka, fokus kita menunjukkan bahawa UMNO tetap mengambil tindakan kepada pemimpin-pemimpin yang melanggar undang-undang negara atau etika parti. Kemungkinan diantara mereka yang terlepas atau dilindungi tetap ada tetapi tidak ada sesiapa yang dapat membuktikan secara sahih dan terang sehingga ianya boleh didakwa di mahkamah.

Kes yang hangat di pasaran dewasa ini berkisar dengan isu rasuah politik turut tidak terlepas pandang oleh parti. Tan Sri Isa Samad tetap dihukum gantung 3 tahun keahlian atas kesalahan rasuah politik walaupun telah memenangi jawatan Naib Presiden. Datuk Seri Ali Rostam dihalang untuk menyertai pertandingan Timbalan Presiden UMNO atas kesalahan yang sama. Khairy Jamaluddin dan Datuk Azalina tidak dipilih sebagai ahli kebinet Najib yang baru kerana mereka berdua boleh menyebabkan UMNO dilihat kurang bersih dalam usaha UMNO ingin membuktikan bahawa parti itu sungguh-sungguh untuk melakukan pembaharuan.

Terbaru, Bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman digugurkan daripada memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan ekoran telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah.

Saya agak tertarik juga dengan isu Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Elizabeth Wong menjadi mangsa kekejaman individu yang ingin menjatuhkannya.

Datuk Chua Soi Lek menjadi mangsa kepada orang yang ingin menjatuhkannya. Beliau diserang kiri dan kanan sehingga beliau dengan gentleman meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan. Sama ada ia diarahkan untuk meletakkan jawatan atau kehendak diri sendiri bukan soalnya tetapi beliau tetap menerima 'habuan' daripada kesilapan yang dilakukan. Soi Lek hilang jawatan Menteri walaupun dipilih semula oleh perwakilan MCA ke jawatan kedua parti itu.

Bagaimana agaknya jika Elizabeth Wong itu di pihak Barisan Nasional. Saya sangat pasti Eli akan diserang dari segala sudut baik daripada PKR, DAP mau pun PAS. Isu moral ini akan diperkatakan setiap saat dan saban hari sehinggalah Eli melepaskan jawatannya dan pilihanraya kecil diadakan. Malangnya Seperti diduga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akhirnya menerima tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN kawasan berkenaan.

Memualkan dan meloyakan seorang Exco kerajaan Negeri dipertahankan dengan apa cara sekalipun sedangkan gambar bogelnya sudah tersebar diseluruh dunia. Beruntung benar Eli yang ditatang sebagai minyak yang penuh. Salahlaku moralnya itu berjaya ditutupi dengan kerja kuatnya dan sumbangan kepada parti dan Pakatan Rakyat kononnya.

Sebagai rakyat Malaysia saya inginkan sebuah kerajaan Persekutuan yang bersih dan kami juga mahukan pemimpin-pemimpin politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang di peringkat negeri atau persekutuan juga turut bersih daripada sebarang isu salah laku dan skandal. Sebelum ini Elizabeth telah pun menghantar surat perletakan jawatan Exco serta ADUN kawasan terbabit kerana malu sendiri tetapi Pakatan Rakyat tersangat sayang akan exco jelita ini bagi terus 'mewangikan' lagi Dewan Undangan Negeri Selangor.


Beruk pun ketawa !

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com














source : http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

No comments: