NUFFNANG

Sunday 19 April 2009

Kekusutan di dalam PKR semakin berserabut - bekas Timbalan PP1, Muhammad Fairuz menggertak untuk mendedahkan

CERITA BAJET MURAH DI PENANTI...

Kekusutan di dalam PKR semakin berserabut apabila bekas Timbalan PP1, Muhammad Fairuz menggertak untuk mendedahkan pekung busuk di dalam PKR jika pimpinan tertinggi parti tidak membantu beliau untuk membersihkan namanya berkaitan kes rasuah kuari baru-baru ini.

Drama-drama bajet haram ini semuanya adalah permainan politik yang tidak sihat yang diarahkan oleh pimpinan tertinggi mereka. Fairuz turut mempersoalkan kewajaran PKR serta pimpinan-pimpinan tertinggi Pembangkang yang bermatian-matian mempertahankan dua EXCO yang juga dahulunya menjadi kudis buta di dalam pakatan pembangkang sedangkan beliau adalah Exco dan juga Timbalan Ketua Menteri tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, malah lebih teruk dihentam sehingga terpaksa melepaskan jawatannya.



Mohammad Fairuz sekarang ini seolah-olah menjadi seorang Melayu yang dikambing hitamkan oleh PKR sendiri. Exco India di Bukit Selambau mendapat sokongan dari pimpinan atasan bagi membersihkan namanya setelah meletak jawatan, Exco Cina, Elizabeth Wong yang kurang bermoral, telah bermatian-matian mendapat sokongan padu dari Muslimah PAS sendiri sambil menitis-nitiskan air mata. Tetapi, bagi Fairuz, beliau bukan sahaja dihentam oleh Pihak Pemabangkang di Pulau Pinang (BN), malah, pimpinan dalam parti itu sendiri turut “menelanjangi” beliau tanpa rasa belas kasihan.



Fairuz yang semakin serabut mula tertekan dengan memberi pelbagai alasan tersendiri demi menyelamatkan maruah dan namanya. Antara alasan paling popular dan paling bangang ialah untuk menyambung pelajarannya. Beliau turut memberi alasan untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya yang semakin bertambah. Terbaru, SINAR HARIAN melaporkan Fairuz telah dipaksa untuk bersembunyi bagi mengelakkan parti dan DSAI terus mendapat kritikan dari pihak lawan.



Desas-desus PKR mempunyai konspirasi untuk menjatuhkan beliau telah disanggah oleh Pengerusi Perhubungan PKR, Datuk Zahrain Mohamed. Beliau sendiri sebenarnya menjadi agak keliru dengan kenyataan Fairuz yang meletakkan jawatan TKM1 PP untuk menyambung pelajaran dan kemudiannya menyatakan ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Datuk Zahrain sebenarnya buat-buat tidak faham dan keliru dengan satu tujuan iaitu untuk mengukuhkan lagi perletakkan jawatan Fairuz adalah kerana masalah yang Fairuz sendiri alami.



DES : Begitulah hal-hal dalaman yang semakin merobek di dalam pimpinan PKR Pulau Pinang. Bukan sahaja Melayu Pulau Pinang makin terpinggir di dalam kepimpinan mereka, malah perangai lama UMNO yang turut dibawa oleh bekas-bekas ahli UMNO yang menyertai PKR ini, iaitu, budaya cantas mencantas telah sedikit demi sedikit merebak dan bakal menjadi barah untuk memusnahkan parti ini!



sumber : pilihan-anda.blogspot.com

No comments: