NUFFNANG

Tuesday, 21 April 2009

Kenapa Nizar tak ada tanda alim dan betul ke PAS sekarang bukan macam PAS dulu?

Kenapa Nizar tak ada tanda alim?


Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang, kebetulan masa masuk magrib di satu Masjid si Nizar berada di tempat sama dengan pesaingnya Ismail, MB Zambery dan lain-lain. Lalu mereka sembahyang jemaah sama-sama.

Nizar terus kedepan jadi Imam. Lepas tu dia baca doa Nazilah (kalau tak salah namanya) yang orang PAS suka baca panjang-panjang dan dicapai mikrofon dan bersyarah. Lepas itu, jadi isu kempen. Tahulah orang politik.

Ana tahu Nizar ini sebahagian kumpulan aktivis Islam, Suara Islam yang lebih radikal dari kumpulan Islamic Revolutionary Council (IRC) semasa dia belajar di England. Tapi ana kata dia tidak ada tanda orang alim.

Bukan pasal dia suka menunjuk-nunjuk mengetengahkan diri depan orang ramai nak jadi Imam sembahyang. Bukan pasal dia suka rampas mikrofon untuk bersyarah walaupun tak kena tempatnya (seperti lepas SPR menang PRK Bt Gantang).

Nak tahu, baca cerita pasal sahabat baik yang macam abang adik dengan ana, berikut:

Sahabat ana ini hitam. Memang sungguh-sungguh hitam. Samy Velu pun tak sehitam kawan ana. Mulut dia macam "sial". Orang Melaka kaki mencarut.

Hitamnya hitam manggis. Di luar hitam di dalam manis. Hati dia baik, be.

Lama ana tak berjumpa, rindu padanya. Entah di mana dia. Paling-paling pun, Insya Allah, kita jumpa di akhirat.

Masa mudanya, dia kuat mengembara. Pernah dengan duit seribu, dia boleh menjelajah sampai ke Eropah. Sebelum meneruskan cerita, kita panggil saja sahabat ana ini si Hitam.

Dalam satu pengembaraan hidupnya, Si Hitam berada di India. Dalam keretapi menghala ke satu destinasi, terjumpa satu orang India yang boleh cakap omputih. Mereka bertegur sapa dan jadi kawan bual untuk menghabiskan masa.

Orang ni bertanya pada Si Hitam, "Are you Muslim?"

Si Hitam jawab, "I am."

Orang ni menafikan, "No, you are not. I am a Muslim, but you are not."

Si Hitam fed-up. Seperti biasa pe'el dia, hatinya sudah menyumpah haram jadah si Koling ni. Dia bertanya, "How come?"

Si Koling ini menunjukkan kepada dahinya yang ada bekas hitam dan berkata, "I have this prayer's mark. You do not have. So, you are not a Muslim."

Lalu Si Hitam kata balik, "I think you are not a Muslim."

"Why did you say that?" Terpegun si Koling Hindustan yang kulit dia agak cerah Bollywood.

"I am a Muslim. I have prayer marks all over my body. My whole body is praying ..."

Ternganga si Koling itu kena dengan Si Hitam.

Dari cerita ini, Nizar tak cukup tanda hitam.

Itu buat jenaka, tapi Nizar adalah masaalah serius. Malas cakap, tapi kena cakap. Muga-muga dia sedar dirinya yang lari.

Ada masa kempen di PRK Bukit Gantang, dia boleh pergi kedai Cina dan masak kuew tiaw yang Cina masak. Tak terfikir ke dia kuew tiau Cina ada sosej babi. Tak caya, pergi tanya Mustafa Ali yang macam nak muntah lari keluar kedai Cina.

Itu kotor fizikal yang boleh cuci atau samak. Bayangkan bila orang bukan Islam mula ambil mudah amalan orang Islam dengan alasan "Nizar boleh, apa pasal lu tak boleh."

Bagaimana pula pendiriannya berkenaan tanah 999 yang Mustafa Ali pun tak setuju. Sudahlah tersilap dan ditegur dalam PAS, masih lagi dia janjikan tanah 999 tahun kepada Cina Kuala Sepetang.

Ada pula tanah untuk pejabat ugama diberi taukeh Cina.

Nizar berbohong dalam DUN menafikan PAS memperjuangkan negara Islam. Dia pertahankan gereja guna istilah Allah tanpa memikirkan mubaligh Kristian boleh putarbelit sesatkan orang Islam.

Dia kata DEB tidak mendatangkan hasil tapi dia sendiri belajar England dan dapat kontrak kerajaan dan syarikat kerajaan sebagai Engineer atas keistimewaan DEB.

Pasti ada hujah defensif atau kritikan balas kawan-kawan Pakatan Rakyat. Mungkin betul dan mungkin salah. Bagi si Nizar ni, harap PAS tidak pilih Munafiq Erdogan ini sebagai Naib Presiden.

Malangnya, PAS sekarang bukan macam PAS dahulu.

sumber : the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

blog pling bangang..
first n last aku baca..UMNO dh sah2 rasu8ah, mcm2 bnda salah xnk lak komen..anjing UMNO