NUFFNANG

Thursday, 16 April 2009

Politik guna Al Quran di larang

Politik guna Al Quran di larang

"“Apa salahnya pemimpin DAP petik ayat al Quran dalam ceramah mereka? Bukankah itu tandanya mereka semakin dekat dengan agama Islam. Kita patut lihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif. Inilah kejayaan Pas dalam berdakwah sesama rakan Pakatan Rakyat,” demikian antara respon penyokong Pas apabila mengulas laporan Buletin Utama berkenaan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat al Quran dalam beberapa sesi ceramah politiknya.

“Mereka sudah hilang sesat ajaran. Saya walaupun seorang Kristian tapi saya faham, hafal juga Surah Audah ayat ke-90… inna a’lah ya’muru bi adli wa ihsan… maksudnya Allah menyuruh kita berlaku dengan adil dan penuh belas kasihan.” Itulah antara transkrip ucapan Nga Kor Ming dalam satu ceramah Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini.
Yeop cuba semak tak pula jumpa surah 'Audah' dalam Al Quran dan terjemahan atau mungkin hanya ujud dalam terjemahan yang dimiliki oleh Ngar sahaja.
Yeop agak dia cuba baca surah An Nahl ayat 90

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan ihsan (berbuat kebajikan), memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Barangkali disebabkan kekekokan lidahnya yang tidak pernah mempelajari bacaan al Quran itu menyebabkan sebutan ayatnya menjadi tunggang-langgang. Bagi mereka yang beragama Islam, adalah sesuatu yang haram membaca ayat al Quran bilamana salah tajwid dan tersasar maksud asalnya. Membaca kalamullah pula bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dari hadas besar, dan tidak dibuat ketika berada di dalam tandas.

"Apa yang berlaku ialah intonasi dia dan cara sebutan tersalah. Itu bukannya isu besar...kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca dan terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai?," kata pesuruhjaya pas perak sambil mempertahankan pemimpin DAP itu.
Memang tidak dinafikan kebenaran kata-kata pemimpin Pas itu, yang salah perlu diperbetulkan.

Namun, hakikatnya kesalahan bacaan ayat al Quran oleh Kor Ming seolah-olah tidak pernah ditegur oleh orang yang berada dekat dengannya. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa rakaman ceramahnya yang dimuatnaik di Youtube.

Sementara dalam ceramah lain di Bukit Gantang juga seperti disiarkan rakamannya oleh Buletin Utama sekali lagi pemimpin DAP itu menggunakan ayat al Quran yang sama untuk menarik perhatian pendengarnya. Namun kali ini, petikan ayat yang dibuat lebih tunggang terbalik. Berikut adalah transkripnya:

“Mengikut surah audah ayat ke-90, innama a’lah ya’muru bi adli wa ihsan... Betul tak? Sesungguhnya Allah menyuruh kita berlaku dengan adil dan penuh belas kasihan...”
Ucapan pemimpin DAP Perak itu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh para penyokongnya yang terdiri daripada pelbagai penganut agama termasuklah beragama Islam. Kedengaran juga suara-suara yang mengiyakan bacaan dan terjemahan yang dibuat oleh Nga Kor Ming itu.

Yeop agak kurang yakin ada kalangan rakan-rakan pembangkangnya berani memperbetulkan kesilapan itu. Ini adalah kerana melalui dua rakaman video sebelum ini menunjukkan reaksi teruja dan kekaguman para penyokong Pas apabila pemimpin DAP itu memetik ayat al Quran sekalipun dengan kesilapan yang ketara.Dengan demikian, dapatlah dibuktikan bahawa kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak menasihati semua pihak supaya memperbetulkan kesalahan yang dibuat oleh mana-mana individu bukan Islam ketika membacakan ayat al Quran tidak dipraktikkan sendiri oleh pemimpin dan penyokong Pas sendiri. Cakap tak serupa bikin. Lebih teruk lagi, ada kalangan pemimpin besar Pas mempertahankan tindakan Nga Kor Ming memetik ayat al Quran secara caca-merba untuk tujuan kempen politik.

Untuk pengetahuan, Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia baru-baru ini telah memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Janganlah ingat ayat al Quran itu boleh dipetik dan dibaca sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira ketepatan sebutan dan maksudnya, hanya kerana untuk menarik perhatian orang ramai menyokong partinya. Al Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia. Melalui al Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya. Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca secara tepat dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah, bukan perkara sebarangan.

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam. [Surah an Nisaa’: 140]

No comments: