Mat Said oh Mat Said...
Hujung minggu lalu aku ke Terengganu untuk memenuhi undangan seorang kawan yang mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya. Sudah lama kami tidak bersua dan pertemuan kami anak beranak sudah pasti begitu bermakna. Banyak perkara yang kami bualkan, dari perihal keluarga masing-masing hinggalah perihal keadaan di negeri itu.
Kata kawan aku tu, dia sangat bangga sebab orang satu kampungnya di Kemasik kini sudah jadi menteri. Kira sejarahlah sebab sebelum ini tak pernah ada penduduk yang dikenali kampung nelayan itu jadi pak menteri. Aku tertanya juga siapa pula orang kampungnya yang dah jadi menteri tu? Oh rupanya Shabery Cheek.
Dalam seronok berbual pasal Shabery dia terkilan juga dengan sikap Menteri Besar Terengganu sekarang. Katanya Mat Said yang berasal dari Kijal (jiran Kemasik di sebelah utara) itu telah kecewakan penduduk Kemasik. Eh apa pula yang menyebabkan orang kampung kawan aku tu marah sangat dengan Mat Said. Kan Mat Said tu MB pilihan Sultan?
Katanya Mat Said telah menyebabkan sebuah hypermarket yang sepatutnya dibuka di pusat beli belah pertama di kampung itu tidak dapat dibuka. Katanya hypermarket terkenal itu sudah bersedia untuk dibuka tetapi dibatalkan oleh Mat Said. Kawan aku kata Mat Said berbuat demikian sebab projek Mesra Mall dan pembukaan hypermarket itu adalah projek Deris Jusoh.
Oh sebab projek Deris dan ADUN Kemasik dulu, Cikgu Kor maka Mat Said telah melarang hypermarket itu dibuka. Atas sebab itu kini khabarnya Petronas selaku pemilik Mesra Mall kena bayar ganti rugi kepada syarikat berkenaan RM40,000 sehari. Mak datuk...!! RM40,000 sehari? Sebulan dah berapa?
Ah biar betul kawan aku ni. Katanya itulah yang dicakap2kan oleh orang kampungnya...
Kawan aku kata sebab hypermarket itu tidak dapat dibuka banyak pengusaha di Mesra Mall yang baru dibuka akhir tahun lepas gulung tikar sebab tiada lagi tarikan untuk datang ke sana. Lagi pun barang2 yang dijual oleh premis dalam pusat beli-belah itu mahal dan orang kampung tak mampu nak beli. Itulah yang diceritakan oleh kawan aku itu.
Betul ke Mat Said sekat semua projek yang dilaksanakan oleh Deris walaupun ia memberi kebaikan kepada rakyat? Wah nampaknya Mat Said betul2 berpatah arang dengan Deris. Sampai semua projek Deris mahu dicantas.
"Tapi peliknya, Mat Said ni guna juga jalan raya yang dibina masa zaman Deris dulu. Kalau marah sangat kat Deris, gunalah jalan lain....," kata kawan aku di akhir perbualan kami. Berderailah ketawa kami dengan lawak kawan aku tu!
Politik.. politik!
Tambahan:
Aku sempat juga singgah Mesra Mall yang terletak di Rantau Petronas masa ke Terengganu. Aku kagum sebab sekilas macam KLCC dengan kedai2 bertaraf bintang seperti Toy R'Us, Starbuck, Gardian, Rotiboy, Secret Recipe dll. Perghh.. harga pun setanding KLCC...!! Lalu tertanya juga aku Mesra Mall ni dibina untuk penduduk di sekitarnya atau untuk kakitangan & pegawai Petronas?
No comments:
Post a Comment