Kisah gambar tidur ADUN Bukit Lanjan - isu MORAL diketepikan sebaliknya salah polis pasal lambat buat siasatan yang digembar-gemburkan?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apabila isu tentang gambar ADUN Bukit Lanjan tersebar di internet, persoalan yang bermain dalam minda rakyat sudah tentulah tentang siapa yang melakukan dan bagaimana gambar tersebut diperolehi.. Cuba anda tanya diri anda sendiri, bagaimanakah seseorang ingin memperolehi gambar anda ketika sedang tidur? Sudah tentulah dia kena masuk ke rumah atau lebih tepat lagi ke bilik tidur anda ketika anda sedang tidur.. Bolehkah dia masuk bilik tidur anda tanpa kebenaran untuk mengambil gambar yang dimaksudkan? Sudah tentu TIDAK BOLEH.. Melainkan anda sendiri yang memberi keizinan berbuat demikian.. Tak begitu?
Dengan kata lain, sudah tentu orang yang melakukan penyebaran gambar tersebut adalah orang yang benar-benar 'MESRA' dengan ADUN Bukit Lanjan hingga boleh masuk rumah dan bilik tidur bila-bila masa.. Malah, tidak ada pun kesan menunjukkan rumah ADUN terbabit dipecah masuk untuk memBUKTIkan bahawa gambar-gambar tersebut diambil tanpa keIZINan.. Difahamkan bahawa ADUN Bukit Lanjan masih belum berkahwin lagi.. Malah, semasa sidang media berhubung dengan insiden ini, beliau sendiri menyatakan bahawa jenayah ini dilakukan oleh orang yang beliau kenali.. Menurut laporan media, pihak polis sedang berusaha menahan teman lelaki ADUN tersebut kerana disyaki terlibat dalam pengedaran gambar terbabit.. Bagaimana agaknya teman lelaki tersebut yang dikatakan berbangsa Melayu dan beragama Islam boleh mengambil gambar-gambar dalam bilik tidur wanita yang bukan pun MUHRIMnya? Bukankah perbuatan BERSEKEDUDUKAN adalah HARAM dalam Islam dan dianggap tidak bermORAL dalam agama-agama lain?
Di sini anda boleh melihat sendiri bagaimana puak-puak dalam PKR nih mem'PROMOSI'kan ADUN Bukit Lanjan sebagai mangsa JENAYAH tetapi pada masa yang sama 'MEYEMBUNYI'kan hakikat bahawa beliau juga mempunyai masalah MORAL.. Cuba anda fikirkan balik apa yang diTULIS dalam perenggan di atas sedalam-dalamnya.. Adakah isu berkenaan penyebaran gambar ADUN Bukit Lanjan adalah isu JENAYAH semata-mata atau sengaja hendak menyembunyikan isu MORAL? Adakah rakyat Malaysia terlampau BODOH hingga mudah-mudah menelan apa sahaja kata-kata puak-puak ini? Adakah rakyat Malaysia begitu BODOH untuk diperdayakan dengan 'ACARA PERLEPASAN BURUNG MERPATI' di Damansara baru-baru ini kononnya sebagai tanda SIMPATI kepada ADUN bermasalah terbabit?
Dalam kes ADUN Bukit Lanjan, kita lihat bagaimana MATLAMAT MENGHALALKAN CARA dijayakan dengan baik oleh puak-puak Pakatan Rakyat.. Kita lihat bagaimana media-media bahasa Cina begitu aktif mmemainkan SENTIMEN meraih SIMPATI kononnya ADUN tersebut menjadi mangsa JENAYAH.. Kita lihat bagaimana beberapa 'USTAZAH ERDOGAN' dalam PAS tiba-tiba jadi 'champion' memperjuangkan nasib ADUN terbabit sedangkan mereka pun tahu bahawa perbuatan BERSEKEDUDUKAN adalah HARAM dalam agama mereka sendiri! Tak tahulah kalau para USTAZAH ERDOGAN ni pun harap aje tudung labuh tapi KUAT SEKS macam Lebai-Lebai PAS yang lain! Malah walau apa pun agama ADUN terbabit, beliau sepatutnya mencontohi Datuk Chua Soi Lek dari MCA yang lebih bertanggung-jawab apabila mengadapi masalah yang lebih kurang sama..
Tak dinafikan ramai antara kita suka diperBODOHkan.. Sebab itulah kebanyakkan ahli-ahli POLITIK kita ramai sangat yang tak ada INTEGRITI.. Kita memilih orang yang bermasalah dan terbawa-bawa dengan masalahnya walaupun beliau menjawat jawatan ADUN yang seharusnya menjadi 'ROLE MODEL' kepada masyarakat.. Malah, kita hairan kenapa mereka yang bermasalah ini diangkat sebagai pemimpin oleh PKR? Dalam PKR, yang menJUBOR orang lelaki pun ada, yang mengatakan SEKS sebagai SEDEKAH pun ada dan sekarang ini yang berSEKEDUDUKAN dengan orang Melayu Islam tetapi bila KANTOI gambar keluar internet, dikatakan pulak sebagai kes JENAYAH? Sampai hari ini alasan yang diberikan adalah kerana polis lambat menjalankan siasatan? Sedangkan kalau polis main TAHAN aje, pandai pulak kata polis tak adil, tak telus, rasuah dan sebagainya? Mungkin inilah LIBERALISME atau 'KEBEBASAN RAKYAT' yang ada dalam otak mereka..
Apa pun kita harap pihak polis dapat menyelesaikan siasatan kes ini secepat mungkin.. Pada masa yang sama, harus ada pihak yang turun padang memberi penjelasan kepada rakyat bahawa ada dua ISU dalam kes ini:-
1) Penyebaran gambar ADUN terbabit sedang tidur dalam Internet - JENAYAH
2) Gambar tersebut daripada orang yang berSEKEDUDUKAN dengan ADUN terbabit - MORAL
Haraplah agar rakyat dapat memahami bagaimana mereka telah pun di'KENCING'kan oleh orang-orang politik demi agenda peribadi mereka..
Wallahualam..
sumber : sensecredaccountability.blogspot.com
No comments:
Post a Comment