NUFFNANG

Sunday 26 April 2009

PAS YANG LESU

PAS YANG LESU

Sudah setahun PAS bersama2 PR meneraju 4 Negeri + 1 Bekas Negeri. Sebagai rakyat biasa kita perlu lihat balik apa yang telah dilaksanakan oleh PAS dalam merancanakan matlamat atau objektif parti tersebut. PAS ingin berperjuang mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalam nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH. Pas juga cuba mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.Persoalan di mana PAS dlm menegakkan perkara2 diatas sejak sama2 memerintah 4 Negeri + 1 Bekas Negeri tersebut.

Adakah makin hampir atau makin jauh? Dimana janji2 utk menegakkan panji Islam di negeri2 yg dikuasai mereka. Dimana usaha2 utk melaksanakan apa yg diungkapkan di ceramah2 seluruh negara sewaktu pilihanraya? Dimana janji utk menghapus atau mengawal arak, maksiat & judi apabila menguasai negeri?

Di Parlimen kita lihat dahulu PAS adalah sangat 'vokal' bila isu2 melibatkan Agama & Bangsa dimainkan. Tetapi sekarang bukan lagi PAS dahulu malah telah hilang taring dan menjadi 'parti lesu' di Parlimen. PAS tidak lagi nampak memperjuangkan agama mahupun bangsa disamping tiada idea2 dan isu2 yg bernas dicadangkan, nama2 dalam MP DAP lebih sinonim dgn kita daripada MP PAS sendiri.

Jika wakil PAS 'cerdik', isu2 yg dimainkan oleh DAP perlulah dilawan dan dipertikai tidak kira siapa mereka kawan ataupun lawan. Bersikap membisu akan menyebabkan persepsi masyarakat bahawa PAS adalah parti penumpang dlm PR.Walaupun ada Ahli Parlimen PAS yg bercakap & mempamerkan idea2 yg bernas utk diketengahkan demi masyarakat tetapi ia tidak mencukupi. Utk menuju kearah 'parti replacement' UMNO, PAS perlu lebih kelihatan 'berkredibiliti' dimata masyarakat.

Persoalan sekarang kenapa PAS kelihatan seperti 'pengikut' daripada menjadi 'leading'. Ini jelas dimana2 baik di peringkat PR pusat mahupun diperingkat negeri Selangor, bekas Perak & Pulau Pinang.Setiap kali idea diketengahkan ia ditentang habis-habisan oleh sahabat2 karib di dlm Pakatan. Antara contoh yg boleh dilihat adalah cadangan utk menghapuskan lesen judi & arak di Selangor. Juga tentangan PAS di Penang bila berdepan dgn konsert I-Dance.

Jika dilihat media rasmi Harakah sendiri tidak kira Harakah Online atau suratkhabar Harakah banyak memberi liputan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR & DAP yg lain lebih dari pemimpin mereka sendiri.

Mengenai penjelasan penggunaan kalimah Allah ia tidak diberi liputan di Hakarah tetapi liputan diberikan di Utusan yg dikatakan media UMNO. Ini adalah amat berbeza jika dilihat akhbar PKR & DAP yg lebih mengutamakan berita dan kenyataan pemimpin mereka daripada pemimpin PAS.

Ia bermula dengan Isu Azan. Terdapat perbezaan pendapat antara ahli2 PAS & juga pimpinan PAS sendiri. Mereka mula terikut dgn rentak DAP dgn menyatakan pendirian menyokong supaya diperlahankan Azan hanya kerana utk mengambil hati 'rakan' mereka.Malah ada yg menyatakan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' dalam erti kehidupan berjiran (mengutamakan jiran dr azan). Tetapi mereka mungkin lupa salah satu tanda2 kiamat adalah apabila 'Azan tidak Lagi berkumandang di Udara' dan menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda2 umat akhir zaman.

Ketiadaan kenyataan yg jelas dr PAS sendiri menyebabkan ramai penyokong2 membuat 'fatwa' yg jelas menyokong isu tersebut. Kekeliruan berlaku sehinggakan ada pimpinan PAS yg membuat laporan polis berkenaan isu tersebut & menyatakan ia sebagai fitnah & berniat jahat.

other-perspektif

No comments: