NUFFNANG

Friday, 24 April 2009

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan - Datuk Seri Mohamad Nazri

Tun tak campur kerajaan Najib?

April 23, 2009 by admin

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Mohamad Nazri tidak sepatutnya berada dalam kabinet baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dijawab oleh Nazri sebagai “kenyataan yang tidak berbaloi untuk diberikan ulasan”.


Katanya, beliau tidak peduli dengan komen yang diberikan oleh Dr Mahathir itu“Lihatlah saya, adakah awak lihat saya peduli atau resah. Tidak berbalaoi untuk saya memberikan ulasan.

Dia orang tua dan komennya tidak lagi relevan tapi hari ini sehingga jam 12.35 tengahari saya masih Menteri di Jabatan Perdana Menteri…biarlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita pada sidang media di bangunan Parlimen, tengahari Khamis ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir itu.

Dr Mahathir ketika menjawab soalan para pemberita menamakan Nazri dan Timbalan menteri Pertanian, Datuk Johari Baharom sebagai orang yang tidak disenanginya untuk berada dalam kabinet Perdana menteri yang baru.

“Nazri nasty terhadap saya…sudah tentu saya tak suka dia,” kata Dr Mahathir.

Menurut Nazri beliau tidak akan melayani komen yang diberikan oleh Dr Mahathir terseut dan terserah kepada media untuk terus ‘melayani’ kenyatan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri berkenaan~ sumber agendadaily.

No comments: