NUFFNANG

Tuesday, 21 April 2009

Jambatan Bengkok Atau Jambatan Lurus ? Ada yang menyebut jambatan bengkok ada yang berkehendakkan jambatan lurus. Yang mana satu idaman kalbu?

Jambatan Bengkok Atau Jambatan Lurus ?


Ada yang menyebut jambatan bengkok ada yang berkehendakkan jambatan lurus. Yang mana satu idaman kalbu. Datuk Shahril Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru mencadangkan projek jambatan lurus dapat dilaksanakan menghubungkan Malaysia dan Singapura bukannya, jambatan bengkok walaupun bercanggah dengan kenyataan asalnya yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada hari Isnin.

Bagi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata,rasional jambatan itu patut diluruskan kerana apa yang berlaku sekarang, laluan Tambak Johor ke Bangunan Sultan Iskandar yang berdasarkan projek jambatan bengkok tidak berkesan dan masih menimbulkan kesesakan.

Beliau berkata, bagi mengelakkan masalah itu terus berlaku, adalah lebih baik kerajaan mengadakan perundingan dengan Singapura agar dapat membina sebuah jambatan baru yang lurus dan dibiayai oleh kedua-dua pihak. Katanya, jambatan lurus juga dijangka dapat mengatasi masalah pejalan kaki yang mungkin tidak dapat berbuat demikian apabila jambatan bengkok siap dibina kelak.

Isu Jambatan menggantikan Tambak Johor yang dibina oleh penjajah pada 1924 ini telah dicetuskan oleh bekas PM Tun Mahathir Mohamad. Pembinaan jambatan ini mempunyai banyak kepentingan ekonomi kepada Malaysia dan Johor khasnya. Selain daripada membuka laluan air selat tebrau yang 'mati' ianya banyak memberi peluang yang luas kepada Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang yang dibina lebih awal.

Perniagaan dan perdagangan di Johor Bahru akan lebih rancak disamping seiring dengan perkembangan Iskandar Malaysia sebagai pertumbuhan pusat ekonomi baru di negara ini. Memandangkan perkembangan semasa, idea Tun Mahathir ini wajar disegerakan oleh PM yang baru. Kegagalan Pak Lah merealisasikan jambatan ini sangat mengecewakan Sultan Johor, Tun Mahathir dan rakyat Johor keseluruhannya.

Idea Tun Mahathir ini telah disokong oleh DYMM Sultan Johor. Baginda juga telah menitahkan jambatan ini dikaji semula ketika Pak Lah membatalkannya.Titah Tuanku merupakan bukti bahawa rakyat Johor secara amnya mahukan jambatan dibina dan bukan sebaliknya. Dan titah Tuanku ini membuktikan bahawa kononnya pendapat rakyat Johor yang menolak pembinaan jambatan tersebut adalah TIDAK BENAR.

Sama ada bengkok atau lurus bukan lagi perkara penting. Sekarang rakyat sudah terang lagi bersuluh bahawa dakwaan Pak Lah bahawa rakyat Johor tidak mahu kepada jambatan itu adalah sesuatu pembohongan besar. Mulut rakyat telah disumbat tetapi rakyat Johor khususnya di Johor Bahru tidak putus-putus menuntut agar projek jambatan ini diteruskan termasuklah permintaan terbaru dengan PM yang baru.

Singapore's initial excuse was that it wanted to maintain the Johor Causeway which had historical values and did not believe that the project would benefit the republic. For Malaysia, the bridge could reduce the traffic congestion at the Johor Causeway, benefiting citizens from both sides of the causeway, besides raising the
Johor Strait's quality of water, which had been obstructed by the Johor Causeway. The bridge would also help improve the ecology system in the Johor Strait. (Bernama : Wed, 12 Apr 2006 )

Hanya rakyat Johor Bahru sahaja yang tahu betapa jambatan ini sangat diperlukan oleh mereka.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

sumber : amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

No comments: