NUFFNANG

Thursday, 16 April 2009

Sukarnya Mencari Calon TKM1 Pulau Pinang

Sukarnya Mencari Calon TKM1 Pulau Pinang
Sudah berapa lama jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang kosong. Kerusi yang dikhaskan kepada wakil Melayu Pakatan Rakyat ini masih belum dipenuhi. Ada dua orang calon dari PKR yang boleh menjawat jawatan ini dan jika mereka tidak layak ADUN PAS Permatang Pasir boleh juga dipertimbangkan kepada jawatan tersebut.

Namun jawatan tersebut tetap juga tidak diisi. Sudah berapa kali mesyuarat Exco Kerajaan Negeri tanpa TKM1. Tanpa beliau polisi dan dasar untuk orang Melayu Pulau Pinang tidak dapat dibincang apatah lagi diperjuangkan. Besar impaknya apabila jawatan ini kosong. Kesan paling besar ialah orang Melayu tiada wakil untuk bersuara dalam mesyuarat Exco.

Kenapa jawatan ini masih belum diisi. Adakah kedua-dua ADUN PKR Melayu tersebut tidak layak atau terdapat lobi dan usaha disebalik tabir yang rakyat tidak ketahui? Adakah jawatan tersebut ingin ditawarkan kepada ADUN UMNO yang berminat untuk melompat parti? Seribu andaian dibuat oleh rakyat di kedai kopi dan selagi jawatan tersebut tidak diisi pelbagai spekulasi boleh timbul dan menyebabkan imej Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjadi lebih buruk.

Jika perkara seperti ini tidak dapat diselesaikan bagaimana hendak mentadbir negara. Pandai berpolitik tetapi tidak pandai membuat keputusan. Alahai...

sumber : http://www.permatangpauh2u.com

kzso - atau anwar nak mengajar lim guan eng supaya lain kali jangan bagi warning dan deadline pada dia. anwar anggap lim guan eng ciput jer..

No comments: