NUFFNANG

Tuesday, 28 April 2009

Kelebihan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w Rasulullah S.A.W

Kelebihan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?

Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Doa-Doa Ma'thur Di Tanah Suci Doa

Doa-Doa Ma'thur Di Tanah Suci


Doa Agar Dikurniakan Keampuanan, Hidayah, Rezeki dan Keselamatan

للهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Maksudnya: "Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak."


Doa Memohon Hati Yang Bersih

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مِنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucukan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan


Doa Diberi Kekuatan Untuk Sentiasa Berzikir, Taat Dan Bersyukur

اللَّـهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadah kepadaMu


Doa Apabila Melihat Orang Yang Ditimpa Musibah

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً

Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari sesuatu yang Allah memberi cubaan kepadamu dan Allah telah memberi kemuliaan kepadaku melebihi orang banyak


Doa Ketika Dalam Kesusahan

لاَ إِلَهَ إِلاَ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Doa Pada Waktu Pagi Dan Petang

اسْمِ اللَّـهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي ى الأَرْضِ وَ لا فِي السَّماءِوَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang tidak memudaratkan dengan namaNya itu sesuatu yang berada di bumi dan di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui".

Sumber : 101 Doa Para Nabi dan Rasul

Kisah benar dari US - Hampir dirogol

Kisah benar dari US - Hampir dirogol

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab, selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini.

"Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya" [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sumber : mamak@webchat

Kisah Rasulullah s.a.w dengan limau

Kisah Rasulullah s.a.w dengan limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah SAW menjelaskan ‘Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya’. Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah-lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya” - Saidina Ali

Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat

Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat

Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.

Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.
  1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu?
  2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak........
  3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.
  4. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi.
  5. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik.
  6. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
  7. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas ini.
  8. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.
  9. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
  10. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.
  11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
  12. Mengapa?
  13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.
  14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
  15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
  16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.
  17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?
  18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang mahir.
  19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)
  20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang........dan memalukan..............!!!
  21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
  22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.


Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
Sila ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
__._,_.___

QURAN.........HADIS (wanita)....dan PETUA (lembutkan hati - wanita/isteri/diri sendiri dan semua orang...)

JANGAN TERPENGARUH


Jangan anda terpengaruh oleh kerana melihat orang - orang kafir (yang tidak beriman) - hilir mudih di negeri.
Kesenangan yang sebentar - sementara -, yang mereka rasakan , kemudian itu, disediakan tempat tinggal mereka dalam neraka jahannam. Itulah tempat tinggal yang amat buruk.
Tetapi mereka yang takwa kepada Tuhan mereka, akan mendapat syurga yang mengalir sungai - sungai di dalamnya; mereka tinggal kekal di situ, mendapat sambutan yang baik di sisi Allah. Sesuatu yang di sisi Allah itu paling baik untuk mereka yang abrar (baik). - Ali Imran: 196 - 198


HADIS

WANITA

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: Sesungguhnya dunia ini sangat manis dan indah (menarik perhatian) dan Allah menyerahkannya kepada kalian untuk dilihat bagaimana kalian mempergunakannya. Oleh itu berhati - hati dalam dunia ini dan berhati - hati dari wanita. Sesungguhnya fitnah (ujian) utama Bani Israel terjadi dari wanita.
- Perawi: Imam Muslim.


PETUA

LEMBUTKAN HATI ISTERI


Setiap lelaki yang ingin menambahkan isteri atau hendak memadukan isterinya, boleh mencoba dengan amalan menggunakan ayat Quran. Insya Allah hati isteri menjadi kembut dan dia rela anda memadukannya.

Cara - caranya:

1 - Pada ketika .isteri tidur malam dan isteri dalam keadaan tidak haid.
2 - Baca istighfar tiga kali.
3 - Pohon kepada Allah agar hati isteri anda lembut - sabar - kerana Allah dan
merelakan anda memadukannya.
4 - Baca ayat Quran berikut ini dan hembuskan kepada isteri anda dari kepala
hingga ke kakinya sebanyak tujuh kali. Lakukan tujuh malam.
Ayat Quran itu pada akhir surah Ali Imran - 200.

Yaayyuuhallazi naaamanuu issbiru wassobiruu rabittu wattaqullaha la'allakum tuflihhun.

Maksudnya: Hai orang - orang yang beriman, sabarlah dan cukuplah
kesabaran, dan perteguhkan kekuatan kalian dan taqwa kepada
Allah, agar kalian beruntung.

Kila belum berjaya, amalkan selalu dan jangan jemu dan putus asa!

The Son also speaks Nik Abduh, Pas Mursyidul AM Nik Aziz's son

The Son also speaks

Nik Abduh, Pas Mursyidul AM Nik Aziz's son is not usually very vocal when it comes to politics, at least not very scathing when he opens his mouth but this time he slashed at those he said were doing 'kerja bodoh' within PAS on his blog

Personally I feel that the name calling was rather inappropriate but then again these characters must have really pissed him off.

In fact he made it clear that these persons were trying to drive a wedge between his father, Nik Aziz and PAS president, Haji Hadi Awang.

The wedge they were hammering in was the idea of the Unity Government.

Apparently Nik Abduh thinks that there is merit in the idea of a Unity Government and said that PAS should consider such an idea if it meant that the Party could make a serious contribution to Government and by that he meant key posts in Government.

Specific posts mentioned were Finance Minister and Education Minister.

Of course, Nik Abduh used the example of the Prophet Joseph who held the post of Finance Minister in the contemporary Egyptian Government.

The difference in opinion is not that great this time but you get the idea. BN can't be as bad as the ancuient Egyptians. Well at least I don't think so.

I, for one am behind the idea of a unity Government because we need to be strong during these difficult times.

Plus I think PAS may be able to instill a different kind of discipline on BN.

After all PAS is the real glue that is holding together Pakatan Rakyat's support even as Anwar Ibrahim would like the world to think that he is the real uniting force.


PS: A friend told me that he thinks I am one-sided in my assessment of the political situation in Malaysia and he therefore refuses to talk politics with me.

Hey that's his right of course, but I think what he said brings int sharp focus what Rocky said at the NPC forum last Friday.- Openness is about getting people from differnet sides together and talking and agreeing to disagree. What hope have we got in forging one Malaysia if we cannot even sit around the same table?

I am one side, I have made it clear before and I will continue to take the side of the underdog. Anwar has enough fanboys/cybertroopers fighting his battles so I though going against them would be far more interesting.

Perpaduan PAS-UMO: lupakan saja ?

Perpaduan PAS-UMO: lupakan saja

Dalam konteks semasa, idea "perpaduan PAS-UMNO" agaknya bukanlah idea yang terlalu penting dan menarik.

Mungkin ramai juga orang Melayu yang mahu PAS dan UMNO membentuk kerajaan perpaduan demi memperkuatkan kembali politik Melayu. Tapi kemahuan itu agaknya tidaklah begitu tinggi.

Yang lebih penting lagi, di kalangan pucuk pimpinan PAS dan UMNO hasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan itu rasanya memang tidak kelihatan.

Malah sebaliknya, yang lebih ketara dan sering diulang oleh mereka di masa yang lalu ialah pemimpin PAS mahu orang Melayu bersatu di bawah PAS, dan pemimpin UMNO pula mahu orang Melayu bersatu di bawah UMNO.

Jadi mereka mahu parti masing-masing saja menjadi parti tunggal yang mewakili orang Melayu.

Hanya kerana ditimbulkan oleh akhbar tertentu, misalnya Siasah dan kemudiannya Utusan Malaysia, dan oleh tokoh politik tertentu, seperti Mukhriz Mahathir baru-baru ini , isu kerajaan perpaduan ini timbul kembali sebagai isu baru dan seolah-olah menjadi isu publik.

Dan mungkin kerana kepandaian akhbar Siasah memancing pendapat Haji Hadi, Haji Hadi seolah-olah bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan tersebut.

Akan tetapi, mungkin kerana ramai ahli PAS yang tidak bersetuju, Haji Hadi kini dikatakan sudah berdolak dalik tentang isu kerajaan perpaduan itu.

Haji Hadi memberi alasan perubahan pucuk pimpinan UMNO sebagai sebab beliau menunda perbincangan dengan pemimpin UMNO dan perlu menilai pucuk pimpinan UMNO yang baru.

Rencana Pengarang Utusan Malaysia hari ini, 27 April 2009 menganggap pembatalan perpaduan PAS-UMNO adalah merugikan negara.

Perenggan akhir rencana pengarang itu menyatakan, "Apa yang kita harap pembatalan itu bukan sesuatu yang bersifat kekal. Ingatlah perpaduan Melayu sangat penting, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi seluruh rakyat".

Akan tetapi, tanpa menafikan pentingnya perpaduan orang Melayu, atau secara lebih khusus perpaduan PAS dan UMNO, saya kira buat masa ini idea perpaduan itu memang sukar dilaksanakan.

Pada masa ini saya tidak melihat wujudnya keadaan dan syarat-syarat yang penting dan perlu yang boleh mendorong kepada kewujudan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO.

Buat masa ini PAS masih selesa bersama PKR dan DAP, dan UMNO pula masih selesa bersama MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN yang lain. Jadi tidak ada faktor penting yang memerlukan PAS dan UMNO meninggalkan rakan masing-masing dan membentuk kerajaan campuran.

Selain itu, dari segi masa, agaknya pembentukan kerajaan campuran memang tidak sesuai dan agak mustahil boleh berlaku pada masa ini atau masa terdekat .

Setelah pihak UMNO/BN berjuang mati-matian untuk merampas Kelantan daripada PAS dalam pilihan raya umum 2008, dan setelah BN merampas kerajaan Perak daripada PR baru-baru-baru ini, saya tidak fikir pemimpin dan ahli PAS berminat untuk membentuk kerajaan campuran dengan UMNO.

Dalam konteks persaingan dan konflik antara dua parti Melayu itu, orang-orang PAS tentu tidak melihat UMNO sebagai rakan yang jujur dan ikhlas dan boleh dipercayai. Apatah lagi mereka merasa mereka telah dikhianati oleh UMNO pada masa yang lalu.

Jadi buat masa ini, atau untuk sementara ini, idea kerajaan campuran itu saya kira tidak mungkin dilaksanakan, dan baiklah dilupakan saja.

posted by sangkakala

kzso - semoga perpaduan ummah ini akan berlaku... janganlah lihat umno pas, pas umno tapi lihatlah dari segi umat Muhammad saw dan hamba ALLAH SWT....

Mat Said oh Mat Said...

Mat Said oh Mat Said...

Hujung minggu lalu aku ke Terengganu untuk memenuhi undangan seorang kawan yang mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya. Sudah lama kami tidak bersua dan pertemuan kami anak beranak sudah pasti begitu bermakna. Banyak perkara yang kami bualkan, dari perihal keluarga masing-masing hinggalah perihal keadaan di negeri itu.

Kata kawan aku tu, dia sangat bangga sebab orang satu kampungnya di Kemasik kini sudah jadi menteri. Kira sejarahlah sebab sebelum ini tak pernah ada penduduk yang dikenali kampung nelayan itu jadi pak menteri. Aku tertanya juga siapa pula orang kampungnya yang dah jadi menteri tu? Oh rupanya Shabery Cheek.

Dalam seronok berbual pasal Shabery dia terkilan juga dengan sikap Menteri Besar Terengganu sekarang. Katanya Mat Said yang berasal dari Kijal (jiran Kemasik di sebelah utara) itu telah kecewakan penduduk Kemasik. Eh apa pula yang menyebabkan orang kampung kawan aku tu marah sangat dengan Mat Said. Kan Mat Said tu MB pilihan Sultan?

Katanya Mat Said telah menyebabkan sebuah hypermarket yang sepatutnya dibuka di pusat beli belah pertama di kampung itu tidak dapat dibuka. Katanya hypermarket terkenal itu sudah bersedia untuk dibuka tetapi dibatalkan oleh Mat Said. Kawan aku kata Mat Said berbuat demikian sebab projek Mesra Mall dan pembukaan hypermarket itu adalah projek Deris Jusoh.

Oh sebab projek Deris dan ADUN Kemasik dulu, Cikgu Kor maka Mat Said telah melarang hypermarket itu dibuka. Atas sebab itu kini khabarnya Petronas selaku pemilik Mesra Mall kena bayar ganti rugi kepada syarikat berkenaan RM40,000 sehari. Mak datuk...!! RM40,000 sehari? Sebulan dah berapa?

Ah biar betul kawan aku ni. Katanya itulah yang dicakap2kan oleh orang kampungnya...

Kawan aku kata sebab hypermarket itu tidak dapat dibuka banyak pengusaha di Mesra Mall yang baru dibuka akhir tahun lepas gulung tikar sebab tiada lagi tarikan untuk datang ke sana. Lagi pun barang2 yang dijual oleh premis dalam pusat beli-belah itu mahal dan orang kampung tak mampu nak beli. Itulah yang diceritakan oleh kawan aku itu.

Betul ke Mat Said sekat semua projek yang dilaksanakan oleh Deris walaupun ia memberi kebaikan kepada rakyat? Wah nampaknya Mat Said betul2 berpatah arang dengan Deris. Sampai semua projek Deris mahu dicantas.

"Tapi peliknya, Mat Said ni guna juga jalan raya yang dibina masa zaman Deris dulu. Kalau marah sangat kat Deris, gunalah jalan lain....," kata kawan aku di akhir perbualan kami. Berderailah ketawa kami dengan lawak kawan aku tu!

Politik.. politik!

Tambahan:
Aku sempat juga singgah Mesra Mall yang terletak di Rantau Petronas masa ke Terengganu. Aku kagum sebab sekilas macam KLCC dengan kedai2 bertaraf bintang seperti Toy R'Us, Starbuck, Gardian, Rotiboy, Secret Recipe dll. Perghh.. harga pun setanding KLCC...!! Lalu tertanya juga aku Mesra Mall ni dibina untuk penduduk di sekitarnya atau untuk kakitangan & pegawai Petronas?

2 AHLI ERDOGAN TUMBANG ! KUMPULAN MUZAKARAH SEMAKIN MARA !

2 AHLI ERDOGAN TUMBANG ! KUMPULAN MUZAKARAH SEMAKIN MARA !


dr mariah ahli parlimen kota raja dan dr hatta ramli telah tewas dalam pemilihan jawatan YDP kawasan. dr mariah tewas teruk di tangan bekas cikgu sekolah tinggi klang, cikgu jaafar, seorang aktivis pas yang berpengaruh di kota raja.

manakala seorang lagi ahli parlimen pas dr hatta ramli telah menarik diri daripada bertanding setelah menyedari beliau bakal tewas teruk di tangan timbalan nya sendiri , salahudin.

dua orang penyokong kuat anwar ini ditolak atas sikap agresif mereka cuba membawa 'suara' anwarisme dalam pentadbiran pas.

berdasarkan maklumat pihak gap terima sebentar tadi, kemenangan ini memberikan signal yang cukup kuat kepada kumpulan muzakarrah di selangor pimpinan dr hassan ali untuk terus bergerak laju.
berkemungkinan kumpulan penyokong dr hasan ali akan bergabung dengan kumpulan ustaz nasharudin dan nik abduh pada jun nanti.

pertemuan gap dengan beberapa pimpinan tertinggi pas tadi juga ada menyebut pakatan muzakarah ini akan bertambah kuat dengan kemasukan penyokong mat sabu yang dikatakan bakal meyekat husam !

benarkah ada ARAHAN daripada pimpinan tertinggi pas pusat untuk membunuh kemaraan saki baki kumpulan erdogan nanti ? kabarnya husam,kamarudin jafar,mahfuz akan berdepan dengan masalah apabila beberapa rakan dan penyokong kumpulan erdogan........... akan melompat masuk ke dalam kumpulan muzakarah !


SIAPA KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI YANG AKAN MENJATUHKAN KUMPULAN ERDOGAN NANTI ?

Grand Design Anwar dan media asing burukkan Malaysia

Grand Design Anwar dan media asing burukkan Malaysia

Jadi penilai pertama [?]

Rupert Murdoch (kiri), Jutawan Yahudi yang banyak mempromosi Anwar di media antarabangsa kawalannya.

Oleh : x - PKR

Telah ada ‘grand design’ media asing menjatuhkan imej PM Malaysia yang baru. Tun Mahathir dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga telah bercakap mengenainya. Menteri Penerangan menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai dalang yang memburukkan PM.

Namun saya yakin, dibelakang Datuk Zaid Ibrahim adalah AnWAR Ibrahim, yang diketahui umum ‘anak emas’ kepada media-media asing sejak dulu lagi. Agenda media-media asing ini untuk menaik dan mengekalkan pemimpin yang cenderung mempertahankan kepentingan barat di negara sendiri.


AnWAR mendapat perhatian istimewa dari media asing sejak dulu lagi. Dari zaman beliau memimpin gerakan pelajar hinggalah sekarang. Ketika zaman pelajar, pergerakan dan idea beliau mendapat perhatian luas seantero dunia. Siapa AnWAR ketika itu? Beliau hanya seorang pemimpin pelajar namun liputan terhadapnya dari media asing melebihi seorang PM.

Ketika dalam kerajaan, media-media asing amat pro AnWAR, hinggakan PM Tun Mahathir sendiri tidak mendapat liputan yang adil dari mereka. Majalah Far Eastern Economic Review (FEER) telah diharamkan di Malaysia kerana telah secara berlebihan mengutuk dasar-dasar Malaysia, namun tetap memuji AnWAR sebagai penggerak sistem pasaran bebas pada 1997.

Sebelum AnWAR disingkir dari kerajaan, majalah TIMES memberi liputan terbesar gambar depan AnWAR berpeluk tubuh, menerangkan dasar-dasar beliau sedangkan Tun Mahathir masih lagi PM ketika itu. Majalah TIMES tetap memilih AnWAR sebagai watak yang berpengaruh secara konsisten dari 1998 hingga 2009, w/pun AnWAR merengkok dalam penjara.

Ketika AnWAR disingkir dari kerajaan, Malaysia ‘mewah’ dengan liputan negatif dari media-media barat. Hampir setiap hari dan minggu, ada saja liputan mengenai AnWAR yang disanjung oleh media barat. CNN, CNBC, BBC, Bloomberg dan berbagai lagi memberikan sokongan terhadap AnWAR. Ketika di Munich, krew CNN Asia mendapat kebenaran khas ibupejabat CNN di Seattle AS membuat liputan di Munich untuk menenuramah AnWAR. ‘Sayang’ sungguh CNN kepada AnWAR. Hingga sekarang pun AnWAR tetap mendapat layanan ‘istimewa’ dari CNN untuk memburukkan negara.
RUPERT MURDOCH - JUTAWAN MEDIA

Semua ini hasil persahabatan AnWAR dengan jutawan media Rupert Murdoch. Rupert Murdoch, seorang berketurunan Yahudi, berpangkalan di Amerika Syarikat dan berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Cina. Rupert Murdoch menguasai hampir keseluruhan agensi-agensi media di dunia. Di Amerika, Eropah, Asia dan Australasia semuanya pasti ada saham Rupert Murdoch yang dipegang secara langsung atau proksi. Beliau juga dilaporkan punya pegangan saham dalam stesen TV yang berpengaruh di Timur Tengah.

Oleh itu, tidaklah sukar bagi AnWAR mendapat di liputan walau di mana jua beliau pergi di dunia ini. Kerana itu AnWAR langsung tidak peduli apabila tiadanya liputan untuk beliau dari media-media Malaysia. Lantaran itu, AnWAR boleh meminta agensi media asing ini untuk menemuramah siapa saja sekutu AnWAR untuk memburukkan Malaysia.

Setiap kali kunjungan AnWAR ke luar negara, pasti diiringi liputan besar-besaran dari media-media asing ini untuk AnWAR. AnWAR juga pasti akan memberi komen negatif apa jua mengenai Malaysia kerana itu ada ‘nilai berita’ yang boleh disensasikan oleh media-media asing ini.

Seperti George Soros yang membantu dana AnWAR secara tidak langsung, Rupert Murdoch juga berbuat sedemikian. Sky TV yang berpangkalan di Hong Kong menjadi pusat operasi AnWAR untuk liputan media. Kerana itu juga AnWAR pasti akan mengunjungi Hong Kong 2-3 bulan sekali. Imbuhan? Persepsi menyatakan pasti ada. Jumlah? Persepsi juga menyatakan pasti besar kerana ia milik seorang jutawan yang menguasai media dunia. Menurut persepsi juga, Azmin, ‘puppet’ kesayangan AnWAR juga mendapat habuan dari agensi ini. Berapa? Pastinya jumlah yang tidak melebihi AnWAR…..

sumber - X -PKR

Sunday, 26 April 2009

Tazkirah : Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Tazkirah : Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam



Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 013 3621236

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه
Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu.

Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda: إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم
Maksudnya:
“Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya;
Rasulullah saw bersabda: إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hokum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).
Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah.

Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam.
Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.
---
Other Perspektif :- Sampaikanlah Ilmu walau sepatah.

Edisi Pagi : Anak Nik Aziz diserang geng Erdogan dalam PAS

Edisi Pagi : Anak Nik Aziz diserang geng Erdogan dalam PAS



Pagi ini saya tertarik menyentuh isu Erdogan dan juga anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh. Selepas tampil dengan posting panas bertajuk kerja kerja bodoh dalam PAS ( nak baca ? klik sini ), maka beberapa blog telah menghentam beliau dengan teruk sekali.

Antaranya blog Malaysiawave yang terkenal sangat pro kepada Anwar dan jelas penganut anwarisme di kalangan ahli PAS. Blogger yang terkenal dengan gelaran Tulang Besi dan ada orang meneka ia blog tulisan Zaharuddin dan saya tidak mengia atau menafikannya.. Cuma saya nak tambah gelaran tulang besi kena lengkapkan dengan urat dawai ;)

Blog yang saya lihat turut menyokong Tulang Besi ialah PerakExpress yang barangkali anak buah Nizar, salah seorang geng Erdogan penganut Anwarisme (mungkinkah Karpalisme juga ? ) Selain itu blog Marhaen juga turut menyokong Tulang Besi dengan menyiarkan kembali artikel tersebut di sini http://www.marhaen.info

Posting beliau menghentam dan menghina anak Nik Aziz jelas dengan tajuk : Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya.

Selain itu Penarik Beca turut dengan sinis mengulas isu tersebut walau turut berhati hati agar tidak dipandang sini oleh team Ulama di sini http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/ayat-puteri-gunung-ledang-tok-guru-nik.html

Saya melihat isu yang diutarakan Nik Abduh adalah realiti yang berlaku serta suara akar umbi yang jelas sudah nampak dengan jelas peranan geng Erdogan yang disifatkan pembantu yang telah sesat seperti mana yang disebut dalam artikel Nik Abduh itu.

Bahkan jelas artikel tersebut ditujukan kepada ahli yang berasal bukan dari PAS dan menjadi orang besar dalam PAS hingga membentuk team Erdogan yang disokong oleh beberapa orang PAS untuk naik lebih tinggi dalam hieraki parti.

Lihat komen terakhir sebagai bukti :

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!


Yang jelas, beberapa blog rasmi dan peribadi penyokong PAS telah menyiarkan artikel panas Nik Abduh seperti :










Jika anda teliti satu persatu link di atas ( yang sebenarnya banyak lagi blog yang menyalin artikel tersebut ) maka anda dapat melihat segenap lapisan dalam PAS sangat meluat dengan proksi Anwar bergelar Erdogan itu. Bahkan blog yang menyiarkan artikel Nik Abduh lebih ramai dari blog yang menyiarkan tulisan Tulang Besi.

Mereka yang pro Ulama, merasa sangat gembira dengan komen pedas berapi Nik Abduh dan menyokongnya dengan menyiarkan kembali tulisan tersebut di blog blog mereka samada peribadi, atau blog rasmi parti.

Sebab itu mereka yang pro Erdogan telah melenting dengan kritikan pedas tersebut dan bacalah komen blog Malaysiawave tulisan Tulang Besi di atas menghentam anak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sangat disanjung oleh ahli ahli PAS.

Kata Tulang Besi : Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya !


Habis jika anak sendiri tak faham siapa lagi ? Husam lebih faham ka ?


Orang pasti tanya saya, kenapa panglima sibuk2 ulas pasal PAS ni ?

Sebab saya takut parti yang memiliki keahlian orang sebangsa dan seagama dengan saya ini, akan hancur kerana proksi Anwar di dalam PAS yang tidak lagi tulen niat mereka membela agama kerana sudah terpesona dengan janji janji dunia melebihi akhirat. Dan mereka inilah yang akan bawa Islam Liberal hingga persoalan agama makin bercelaru termasuk membenarkan kalimah Allah untuk non Muslim demi mendapat sokongan politik bangsa lain..

Itu saja alasan saya.

PAS sepatutnya menjadi KAWAN bukan LAWAN kepada UMNO dan golongan Erdogan adalah mereka yang meLAWAN kepada usaha berKAWAN segelintir pemimpin PAS dengan UMNO !!!!

Usaha mereka yang mahukan perpecahan umat Islam ini pasti akan ditentang BPN kerana kita mahu semua umat Islam bersatu tidak kira di mana jua tempat mereka berada...

Takbir !!!!!!!!!!!!!!!! Allahu Akbar.....

sumber : penembak-tepat.blogspot.com

Anwar, jangan urus PKR sebagai "kedai runcit" - Raja Petra; RPK Add comments


Editor Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang telah dikeluarkan waran tangkap oleh mahkamah kelmarin, terus memuatkan tulisan beliau sambil menggesa pengunjungnya agar memberi komen yang konstruktif, bukannya ulasan yang boleh 'memusnahkan' laman web tersebut.

Malah, Raja Petra yang kini berada dalam "buangan kendiri" di luar Selangor ekoran perselisihan dengan Kerabat Diraja negeri itu menekankan, Malaysia Today bukan merupakan laman web yang propembangkang ataupun antikerajaan semata-mata.

Selain itu, dalam tulisannya semalam beliau menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menguruskan parti itu seakan-akan sebuah kedai runcit.

Beliau mengemukakan pandangan itu bagi mewajarkan bahawa Malaysia Today bukan laman web yang memuji atau mengecam satu-satu pihak sahaja.

"Tidak... Malaysia Today bukan propembangkang dan antikerajaan semata-mata.

"Apatah lagi bukan kesemua negeri berada di bawah Barisan Nasional (BN). Beberapa negeri berada bawah Pakatan Rakyat.

"Jadi, Pakatan Rakyat juga kerajaan. Dan, kita kita mengkritik kerajaan-kerajaan negeri, bermakna Paktan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat hanya berusia setahun, berbanding BN, terdapat aspek yang sudah cukup untuk dikritik.

Sebagai contoh katanya, Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengendalikan PKR sebagai 'entiti kawalan peribadinya'.

"Kemungkinan 10 tahun lalu, pada 1999, ia mungkin boleh diamalkan. Ketika itu, Parti Keadilan seperti kedai runcit. Jadi anda boleh kendalikan parti seperti kedai runcit," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, sepanjang satu dekad yang lalu PKR telah berkembang daripada sebuah "kedai runcit menjadi pasar raya besar."

"Tetapi Anwar masih menguruskan parti ini seperti kedai runcit, bukan seperti pasar raya besar yang ia telah berkembang sehingga sekarang," katanya lagi.

Beliau tidak merujuk kes-kes khusus bagi menggambarkan amalan "kedai runcit" di pihak Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga 1998.

Sambil menekankan ia sebagai satu kegagalan Anwar, Raja Petra menulis lagi, "beliau (Anwar) menganggap beliau sebagai pemimpin seorang yang bagus."

"Seorang pemimpin yang bagus bukan hanya mengendalikan partinya seorang diri. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang menguruskan orang dalam parti," jelas Raja Petra yang pernah digambarkan sebagai penyokong kuat Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat.

Oleh itu tambah beliau, Anwar mesti belajar untuk menguruskan orang-orang di bawahnya dengan baik.

"Terdapat ramai yang berbakat dalam partinya. Turunkan tanggungjawab kepada mereka dan biarkan mereka menguruskan parti menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan masing-masing," katanya.

Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes hasutannya kelmarin.

Hakim Rozina Ayob juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, selaku penjamin.

Peguam Raja Petra, J. Chandra memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat menghubungi anak guamnya dan tidak dimaklumkan mengenai sebab penulis blog itu tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, katanya, Raja Petra menulis alasannya pada blognya pagi kelmarin dengan menyatakan bahawa diri dalam buangan daripada negeri Selangor kerana ada isu dengan Sultan Selangor.

Raja Petra, 59, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ""Let's Send Altantuya Murderers To Hell" yang mengandungi ayatayat menghasut di laman web http://www.Malaysia Today.com.Dia didakwa melakukan perbuatan itu dirumahnya di No.5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pada 25 April tahun lepas.

Rozina menetapkan 22 Mei untuk sebutan kes.

source : MSTAR

X - Factor - Joceline Tan ; kolumnis suratkhabar The STAR.

X - Factor.

Dr Novandri Hasan Basri

Joceline Tan merupakan salah seorang penganalisa dan kolumnis di dalam suratkhabar The STAR. Penulis selalu mengikuti kolum beliau dan sentiasa kagum dengan kebolehan beliau untuk mengupas sesuatu isu yang mahu ditulis di dalam kolum beliau.

Pokoknya, penulis recommend kepada anda sekalian supaya membaca tulisan Joceline Tan di dalam The STAR.

Hari ini tidak terkecuali. Joceline Tan telah menulis satu artikel "The X-Factor in Government" yang very excellent dan ada pula perasaan touched & good feeling selepas membaca artikel beliau :-

The X-Factor In Government

TUN Dr Mahathir Mohamad is back in the loop.

The invitations are flowing in again, his remarks are widely reported and a staggering 18 million visitors have been to his blog which he started only last May.

He caused a stir when he insisted that Umno should contest the Penanti by-election.

On Thursday, his view that a couple of politicians were not fit to be in the Cabinet was the talk of the town.

His remark about “friends of the foreign media” was another ouch! moment for those implicated. Those who had bitten the chilli felt the heat and complained that Dr Mahathir was at it again....

....“To me, he is one in a trillion. Now the party is complete,” said Tanjong Malay Association president Fadzil Shuib who had asked Dr Mahathir to speak at his AGM when people were still shying away.

There is a huge crowd out there who loves him and there are also those who love to hate him....

.....But said Mahathir admirer Zakhir Mohamed: “People who treat Mahathirism as some sort of bogey are talking rubbish. To me, Mahathirism was about policies like Look East, Vision 2020, privatisation and Malaysia Inc. It was about big ideas and projects, bold decision-making, and the public and private sectors working to achieve economic growth."

It is quite ridiculous to think that Najib would even think of trying to replicate Dr Mahathir’s poltical style.....

..... Dr Mahathir had flown back from London so that he would be there to see Najib take his oath of office before the Agong. He sat stoney-faced through the formal ceremony but once the formalities were over, he beamed like a proud father. Some joked it was only then that the ever sceptical Dr Mahathir was convinced the power transition had happened.

Dr Mahathir’s sense of pride at Najib’s elevation was best demonstrated the next day when the former Premier, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali and their three sons and spouses arrived at the Prime Minister’s residence for brunch.

That was Significant Gesture No. 1 – Dr Mahathir was calling on the new Prime Minister. It was his way of saying that Najib had his blessing. Najib was waiting on the porch to greet Dr Mahathir .

They shook hands, then Najib, taller by half a head, bent down to kiss Dr Mahathir on the cheek.
Then, to everyone’s amazement, Dr Mahathir held Najib’s head with one hand and kissed him back on the cheek.

These were not air kisses but lip-to-cheek contact. That was Significant Gesture No. 2 because as everyone knows, Dr Mahathir is not touchy-feely when it comes to non-family members. When he was Premier, he was notorious for pulling back his hand when politician tried to kiss it.....

..... “I don’t see Datuk Seri Najib walking in anyone’s shadow. Tun Mahathir will give his views but the PM will not swallow everything and he will not be kurang ajar because he has too much respect for Tun,” said Juhaidi Yean Abdullah, a former ministerial aide and now a full-time restaurateur.

Dr Mahathir will remain a big factor to the new administration not because of the shadow of Mahathirism but simply because when he speaks, people listen. He is still a powerful voice...

source : novandri.blogspot.com


Penanti Dinanti Apa Nak Jadi...

Penanti Dinanti Apa Nak Jadi...

Apa nak jadi di Penanti? Ini adalah antara persoalan yang berlegar di minda pemerhati politik tanah air. Saya fikirkah mahu melakukan analisa terperinci tentang ini, apabila saya diperkenalkan kepada blog baru ini yang agak ... tengok aje lah! Susah saya nak tambah kepada apa dihujahkan di blog tersebut, melainkan perkembengan terkini yang terus memeningkan!

Setidak-tidaknya, bagi BN, diharapkan kemelut siapakah bakal memimpin kempen di Penanti diharapkan dapat mula dijelaskan di mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO tempohari. Tetapi, perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang, merangkap sudah pasti pengempen utama UMNO di Penanti semakin membingungkan.

UJIAN KEPADA DS ZAHID HAMIDI

OK-lah, saya akui, pilihan DS Zahid adalah lebih baik dari mengekalkan Pak Lah sebagi Ketua Perhubungan Negeri. Saya juga merasakan bekas Timbalan Pak Lah, Datuk Rashid, mahupun bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Hilmi Yahaya (yang pernah merawat saya semasa di MRSM Balik Pulau dulu) kurang sesuai sebagai Ketua Perhubungan Pulau Pinang yang baru. Malangnya juga, calon kegemaran saya, Datuk Ahmad Ismail, masih digantung!

Makanya, cari punya cari, ada hikmahnya DS Najib memilih untuk meletakkan ketiga-tiga Naib Presiden UMNO ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang, di mana pemimpin-pemimpin utama UMNO tidak sebulu. Tetapi perlantikan DS Zahid ke kepimpinan UMNO Pulau Pinang semestinya merunsingkan untuk DS Zahid sendiri, kerana;

  • DS Zahid dahulunya 'General' DS Anwar Ibrahim yang memulakan serangan ke atas Tun Dr Mahathir.

  • Kemudian DS Zahid 'baiah' kepada Pak Lah atas dasar pesanan orang tuanya yang berguru kepada datuk beliau, Tok Guru Abdullah Fahim.

  • Namun pada pemilihan UMNO yang lepas, DS Zahid mengakui kesetiaan awalnya kepada DS Najib kerana beliau mula berjawatan politik di pusat atas ihsan beliau.

Tahulah orang politik ini sebahagian dari evolusinya adalah bertukar-tukar 'tuan'. Malangnya, perubahan haluan seperti dilakukan DS Zahid pasti menimbulkan tandatanya... kerana beliau berupaya ber'tuan'kan musuh ketat tuan lamanya... Ini mungkin petanda kehebatan DS Zahid sebagai seorang ahli politik, dan ini memang susah untuk dinafikan, tetapi saya juga merasakan, perlantikan DS Zahid ini merupakan suatu ujian kesetiaan untuk beliau...

BN KECELARUAN PILIHAN PERTANDINGAN, CALON MAHUPUN TAHAP USAHA

Menarik sekali juga apabila kita melihat, MKT UMNO telah memutuskan supaya keputusan sama ada UMNO akan mendorong BN untuk bertanding di DUN Penanti dilakukan oleh Biro Politik UMNO, yang lazimnya dipimpin oleh Presiden UMNO, DS Najib sendiri. Ada 3 kecelaruan keputusan yang harus dileraikan oleh Biro tersebut, dan DS Zahid pasti akan teruji buat pertama kalinya dalam persoalan:

  1. Sama ada BN patut bertanding? Kalau ya, kenapa, dan kalau tidak, bagaimana hendak menepis pendapat yang ini kerana BN dan UMNO kecut!

  2. Siapakah calon yang terbaik? Calon lama yang pernah menang dan kalah di Penanti ataupun calon yang baru?

  3. Tahap usaha bagaimanakah patut digunakan untuk merebut DUN Penanti?Adakah patut ia diserahkan kepada Perhubungan Negeri sahaja, ataupun diusahakan seperti PRK-PRK lain sebelum ini?

Saya sendiri sudah pun memberikan hujah kenapa BN harus mengimbangi amanah mentadbir dengan tanggungjawab berpolitik. BN harus bertanding tetapi usaha digembling oleh Perhubungan Negeri sahaja, sementara pemimpin BN Pusat mahupun negeri-negeri lain, menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi. Orang-orang macam kita yang memang nyebok dan tak banyak tanggungjawab kerajaan ni boleh la campur... LOL.

Tetapi, ada juga isu-isu lain yang harus dipertimbangkan. Contohnya, bagaimanakah cara terbaik untuk mengecualikan 'tokoh-tokoh' yang membawa kekalahan kepada BN dari kempen di Penanti, seperti Khairy Jamaluddin, DS Samy Vellu mahupun Pak Lah sendiri? Tambah pula, adakah wajar Tan Sri Koh Tsu Koon diberikan peluang memimpin usaha ini bagi BN Pulau Pinang sebagai ketua parti komponen Gerakan?

PAKATAN RAKYAT DAN PKR PUN CELARU... TETAPI SAMPAI BILA?

Nasib baik bagi BN, Pakatan Rakyat dan PKR pun banyak celaru masih buat masa ini. Contohnya:

  • ADUN penyebab kemelut ini, si Fairus, tiba-tiba didapati tiada bukti pula untuk dihukum rasuah oleh SPRM. Namun, beliau tetap tidak mahu menarik balik perletakan jawatannya... dah bosan kut... atau 'fed-up'? Oh ya... dia nak sambung belajar!... Hai PKR... PKR... pilih calon pun...

  • Sekarang kerana kepelikan terlihat di sebalik perletakan jawatan Fairus, ada ura-ura yang beliau sebenarnya dipaksa pergi oleh kepimpinan PKR. Ini sekaligus mencetuskan khabar yang DS Anwar Ibrahim sendiri mungkin mahu bertanding di DUN Penanti!

  • Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, telah secara terbuka meluahkan rasa kecewanya terhadap kemelut ini, terutama sekali dengan drama perletakan jawatan Fairus. Hmmm... ni Lim Guan Eng memang tak puas hati sebab Fairus letak jawatan ke, atau panik kemungkinan DS Anwar jadi ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri I beliau?!

Namun begitu, saya masih yakin yang kebencian Pakatan Rakyat terhadap BN akan terus menyatu-padukan mereka menjelang PRK Penanti nanti. Soalnya, adakah rakyat masih sedia memilih gabungan parti yang agendanya berdasarkan benci semata-mata? Wallahualam...

Oh ya, jangan lupa mengudi 'Poll' saya yang pertama di sebelah atas kanan laman blog ... tentang Penanti ni la!

PENJELASAN ISU DI PERAK!

PENJELASAN ISU DI PERAK!

Malam tadi telah berlangsung PROGRAM PENJELASAN krisis di PERAK! program ini telah disertai oleh lebih kurang 250 orang dari sekitar negeri Perak, ianya adalah stu forum yang di buat secara interaktif. Program tersebut telah dianjurkan oleh National Press Club!

Saudara Rocky(Rocky's Bru) telah membuat sedikit ucapan pengenalan dan seterusnya moderator pada malam tu Tuan Syed Akbar (Outsyed the box) telah menjemput panel pertama Dato Shafee Abdullah untuk menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku di negeri Perak mengikut lunas undang-undang.

Panel kedua, Dato Mohd Hafarizam pula telah menceritakan mengenai kronologi isu Perak dan panel terakhir pulak adalah Mr Nga Hock Cheh, beliau adalah ketua peguam DAP Perak.


Kira-kira lebih dari 200 orang yang menghadiri majlis tersebut terdiri daripada pelbagai fahaman politik yang berbeza, mereka dapat berdialog dan bertanya soalan secara langsung kepada panel-panel yan hadir pada malam tu.

Saya tak nak cerita kat sini apa yang mereka katakan semalam, anda boleh melihatnya dari blog Outsyed the Box dan blog A Voice (blog Outsyed the Box dan blog A Voice)

Biklah sekarang saya nak cerita apa yang saya nampak semalam dari kacamata saya, dari hujahan dan proses soal jawab semalam saya nampak yang pakatan pembangkang sudah kehabisan modal, malah saya juga telah difahamkan oleh pihak penganjur yang bekas MB dan adun sitiawan tidak mahu untuk menyertai acara ini!

Saya agak terkejut bila mendengarkan reaksi mereka ni, bukankah hari tu mereka dengan begitu kuat mengkritik BN mengambil kerajaan Perak secara haram? Kenapa bila kita ajak untuk berdialog dengan rakyat mereka tidak mahu menyertai pulak ya? Mengapa? Why?


Kerana mereka tahu yang mereka sudah kehabisan modal, mereka sudah tidak boleh nak pusing undang-undang untuk menghalalkan cara mereka, inilah hakikatnya, malah mereka telah menghantar seorang peguam yang dah agak berumur dan hujahan beliau juga lebih retorik, senang cerita lebih politik la!

Manakala pihak BN pulak telah menghantar Dato Mohd Afarizam yang telah bersedia dengan segala hujahan undang-undang dan fakta yang tak boleh disangkal lagi akan kesahihannya, saya nampak semalam penyokong pihak pembangkang semalam tidak agresif.

Malahan kehebatan Dato Shafee Abdullah dan Dato Hafarizam dalam menjawab keseluruhan persoalan kedua pihak dari aspek perundangan telah membuatkan masing-masing lebih faham akan situasi yang berlaku di Perak

Malah setelah kesemua panel menyampaikan hujahan mereka, saya nampak ianya telah membuka minda dari kedua belah pihak dan suasana di dalam dewan itu yang pada mulanya saya fikir akan menjadi panas telah berjalan dalam suasana harmoni, inilah saya katakan semangat Malaysia Boleh!

Akhirnya kebenaran terbongkar jua! Maka sudah dapat diketahui lah rakyat negeri Perak semalam bahawa tuanku Sulatan Perak telah menjalankan amanah baginda dengan adil dan saksama!

Maka selama ini pakatan pembangkang telah membakar api yang palsu di negeri Perak, kenapa semasa 8 Mac 08 dahulu Bn boleh terima kekalahan dan membiarkan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan? Harus di ingat ya, pakatan pembangkang bukanlah satu badan politik berdaftar seperti BN.

Mereka telah meletakkan nama persefahaman mereka yang rapuh ini atas nama "Pakatan Rakyat" mereka tiada logo atau bendera seperti BN yang telah didaftarkan secara sah! Mereka ini ibarat macam sayarikat berlainan yang membuat 'joint venture' itu sahaja, tidak lebih dari itu!

Kenapa, apabila suddah berlaku perubahan kerajaan mereka tak boleh terima kenyataan bahawa mereka sudah tidak lagi mejadi kerajaan? Kenapa harus pakatan pembangkang membuat kacau bilau di negeri Perak yang tercinta ini? Kenapa? Why?

Penyokong mereka juga telah menuduh BN merampas di Perak ikut pintu belakang, apa? Pintu Belakang? Siapa yang kuat main belakang ni? Siapa yang tak reti nak jaga ADUN? BN atau Pakatan Rauh? Salah siapa sebenarnya?

Tuduhan pembangkang bahawasanya BN telah membeli adun-adun yang telah keluar dari Pakatan Pembangkang adalah palsu dan tidak berasas sama sekali! Kalau dah tak reti nak jaga ahli dalam parti sendiri, orang lain jangan disalahkan!

Kepada Nizar dan Sivakumar, janganlah anda menjadi boneka kepada dua bersaudara itu lagi, saya sudah dengar sendiri rintihan dan keluhan rakyat negeri Perak mengenai keadaan yang berlaku sekarang ni! Mereka tidak menyukainya, mereka mahukan keamanan dan mereka risau akan keadaan ekonomi.

Sudah-sudahlah la tu, apa yang penting sekarang adalah kebajikan rakyat negeri Perak bukan? Kita sama-sama dahulukan kepentingan rakyat, dengan membuat keadaan kucar-kacir begini, tidak ada mana-mana pihak pun akan gembira, kamu dah perintah selama 11 bulan dahulu, maka sudahlah, 3 tahun lagi nanti anda boleh cuba memenangi semula hati rakyat negeri Perak!

Apakah Pihak Pemmbangkang fikir dengan buat begini rakyat akan simpati pada anda? Saya percaya jawapannya adalah tidak sama sekali, maka saya seru kepada pembangkang supaya hentikanlah sandiwara politik di Perak!

Tolong jangan libatkan kami rakyat negeri Perak dalam permainan politik kotor kamu wahai pihak pembangkang! Kami dah nampak dan sedar akan keadaan sekarang, janganlah sampai berlaku perkara yang tak diingini!

Sebelum mengakhiri bicara saya ini, saya berasa sungguh gembira semalam kerana walaupun pendapat politik kita berlainan namun atas semangat keMalaysiaan kita dapat menjalankan forum tersebut dalam keadaan aman damai.

Ibarat kata saudara Rocky, sebelum kita nak jadi satu Malaysia kita harus duduk satu meja dahulu dan bincangkan tentang masalah-masalah rakyat!

Tahniah kepada NPC terutama sekali saudara Rocky kerana telah mengadakan satu program yang amat efektif dan berkesan sekali! Juga diucapkan tahniah kepada moderator Tuan Syed Akhbar yang telah berjaya mengawal soalan-soalan panas dan dialog ini dengan begitu berjaya sekali!

Akhir kata ketiga-tiga panel telah mempersembahkan semalam, sekarang terserah pada rakyat untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk, sehingga kita jumpa di lain kali, sekian. Wassalam



sumber : parpukari.blogspot.com

YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

KUALA LUMPUR, 22 April – Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.

Kenyataan Rasmi

A. Pengenalan

Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.

Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.

B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009

Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.

C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya

Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah:

“Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”

Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini.
Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;

a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan

b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:

i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.

ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;

iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.

Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan....”

Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “...kuasa saya....” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.

D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?

Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:

(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)

“(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;

(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”

(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)

“ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”

Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:

(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);

(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan

(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.

E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah

Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:

(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;

(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan

(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.

F. Kesimpulan

Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.