NUFFNANG

Sunday 22 March 2015

[KHALID SAMAD CABAR KEPIMPINAN ULAMA?] ... PAS PECAT AHLI PARLIMEN KERANA BERJOGET. MACAM MANA DENGAN KHALID SAMAD?

[KHALID SAMAD CABAR KEPIMPINAN ULAMA?] ... PAS PECAT AHLI PARLIMEN KERANA BERJOGET. MACAM MANA DENGAN KHALID SAMAD?

YB Hashim Gera dipecat kerana joget lambak.
Siapa tahu cerita PAS memecat Ahli Parlimennya kerana joget lambak?

Jika tak tahu, mungkin maklumat ini boleh membantu...

Mungkin ada yang pernah dengar nama ini, mungkin ada yang tidak.

Hashim Gera adalah Ahli Parlimen PAS yang pernah dipecat semata-mata kerana JOGET LAMBAK.
Hashim Gera adalah ahli politik PAS kawasan Parit , Perak (1969-1974) yang dipecat parti PAS. Kemudian beliau menjadi ahli parlimen Bebas (1973) .Seterusnya menubuhkan / menyertai parti KITA. Beliau memenangi Parlimen Parit pada 1969. Lembaga Disiplin PAS memecat beliau kerana bersama-sama pemimpin Barisan Nasional joget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971. Kemudian PAS telah bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional (1972).Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari.Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat pada 16 Mei kerana melangkaui agama dan memalukan PAS.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hashim_Gera

Itu dulu. Kisah parti Islam yang sanggup memecat Ahli Parlimen demi untuk mempertahankan imej mereka sebagai parti Islam.

Tapi sekarang, bukan sahaja imej, malah maruah PAS juga tercemar jika tidak ambil tindakan terhadap pemimpin macam ni.

*Dulu lain.....sekarang lain.....

Source : mymassa

3 comments:

Brahim Nyior said...

Dulu tak ditarbiah oleh DAP... skang dah ditarbiah secukupnya oleh DAP dan PKR. Kena sailang pasal hudud baru sedar rupanya DAP dan PKR ada niat yang berbeza dengannya.

Khabarnya Nizar Jamaluddin pun dah berkempen secara terbuka supaya TG Hadi Awang ditukar kepada geng Anwarinas dalam Muktamar Jun nanti.

Boleh singgah blog saya jika sudi