NUFFNANG

Wednesday 11 March 2015

[PANASSS BERAPI !!] ... Anda Fikir Fikirkan Lah.....Muhammad Shafee Terima RM1,000 Bayaran Ketua Pendakwa Raya Kes Liwat Anwar

[PANASSS BERAPI !!] ... Anda Fikir Fikirkan Lah.....Muhammad Shafee Terima RM1,000 Bayaran Ketua Pendakwa Raya Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran
berjumlah RM1,000 sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II membabitkan
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pendedahan jumlah bayaran
berkenaan dibuat selepas persetujuan oleh Jabatan Peguam Negara dan Muhammad
 Shafee setelah berulang kali perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sebelum ini, ia tidak didedahkan bagi menghormati etika perhubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan.

"Ingin saya maklumkan bahawa pendedahan jumlah bayaran bagi perkhidmatan beliau
hanya boleh dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu Jabatan
Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee sendiri.

"Sehubungan dengan itu, berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak dimaklumkan bahawa
jumlah pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Tan Sri Muhammad Shafee
adalah sebanyak RM1,000," katanya.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai jumlah perbelanjaan yang
dibayar kepada Muhammad Shafee sepanjang kes Anwar dibicarakan di Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

No comments: