NUFFNANG

Wednesday 18 March 2015

[MAT SABU, SILA JAWAB] ... Ahli PAS Luah Perasaan Terbuku Terhadap Mat Sabu…

[MAT SABU, SILA JAWAB] ... Ahli PAS Luah Perasaan Terbuku Terhadap Mat Sabu…

AIDCNews – 17/3/15 – Seorang ahli PAS, Ayob Hussin meluahkan perasaan terbuku terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu), yang sudah lama dipendam dalam hatinya:
Maafkan saya bang Mat Sabu. Hari ini saya terpaksa cakap sesuatu yang dah lama terbuku dalam hati.
Saya tak akan lagi mempertahankan kebatilan dari pihak mana sekalipun.
Abang Mat masih ingat lagi abang Yusuf Padang Serai ?
Abang Mat masih ingat lagi ceramah abang Mat kat Kg Lesung 7 Padang Serai ?
Saya lah yang jadi “driver” abang Mat tempoh hari pergi ambil abang Mat kat Hotel Sri Malaysia, Sungai Petani.
Saya solat Maghrib kat situ hari tu. Anak saudara abang Mat pun ada kat situ. (Anak saudara abang Mat yang berniaga roti canai kat Tasek Gelugur)
Saya terperasan beberapa perkara yang agak pelik pada hari tu. Saya lihat anak saudara abang Mat buat “sesuatu”. Saya tak nampak dia solat, cuma saya terlihat dia mengadap ke arah barat dan kemudian menundukkan kepala dan melambai lambaikan tangan kiri kanan seperti orang kristian. Itulah yang sempat saya lihat.
Saya tak memahami apa yang dia buat.
Saya bertanyakan abang Yusuf Padang Serai, apa yang dia buat tuh ?
Dia jawab depa Syi’ah !
Saya agak terperanjat, terkaku mulut ……
Hari ini, sekiranya abang Mat terbaca nukilan saya, sila perjelaskan betul ke tidak dakwaan abang Yusuf ?
Tika itu saya masih kurang yakin dan masih tak percaya.
….. tetapi apa yang isteri saya ceritakan telah membuatkan saya lebih ragu-ragu dan mula hilang kepercayaan kepada abang Mat.
Cerita isteri saya yang merupakan guru sekolah menengah.
Ada guru di salah sebuah sekolah dekat Alor Setar sana pergi bercuti di Timur Tengah sana. …. di sini banyak cakapan yang saya tak ingat … tapi guru tu ada memberitahu dia ikut abang Mat ke salah sebuah negara kat Afrika menyebarkan Syi’ah !!!!
Kemungkinan itu cerita lama. Walau bagaimanapun, saya minta abang Mat jelaskan kepada kami apakah ini benar ?
Adakah abang Mat dah bertaubat, kerana sebelum PRU13, abang Mat dah nafikan yang abang Mat adalah Syi’ah dan mengaku ahlussunnah.
Semasa PRU13, abang Mat ambil calon kat Pendang tapi tewas. Isu Syiah inilah antara faktor kekalahan abang Mat.
Ramai pelajar pondok dan ulama ulama tak bersetuju dengan pencalonan abang Mat. Tok guru pondok Sungai Jagong Pendang (Hj Rahim) juga tak bersetuju. Tok guru ini asalnya PAS … tapi ada beberapa faktor termasuk faktor ini, dia kini berubah.
Faktor duit dari UMMO juga menjadi penyebab (tok guru RM juta juta)
Golongan agamawan turut berceramah semasa PRU tuh, bukan berceramah menyokong abang Mat tapi berceramah supaya abang Mat kalah dalam PRU.
Saya bimbang kalau abang Mat dicalonkan menentang Tuan Guru Haji Hadi, maka perkara tak elok akan berlaku. Jadi sebelum abang Mat nak bertanding presiden …. pastikan abang Mat “BERSIH” DARI “SYI’AH”
Saya dan beberapa ramai lagi kawan kawan saya tak ingin lihat PAS berkecamuk dan dipengaruhi oleh unsur unsur aqidah yang rosak.
Sekian,
Maafkan saya…. saya cuma minta abang Mat jelaskan nanti ….

Rakaman audio tentang Mat Sabu dan anak saudaranya http://ayobhussin.com/politik/matsabu2.wav

source : aidc

No comments: