NUFFNANG

Sunday 29 March 2015

[SAH! DAP TAKUT MELAYU-ISLAM BERSATU!]... Sebenar DAP Bukan Target Kepada Hadi Sahaja..


[SAH! DAP TAKUT MELAYU-ISLAM BERSATU!]... Sebenar DAP Bukan Target Kepada Hadi Sahaja..

AIDCNews – 29/3/15 – Sebenarnya DAP bukan sahaja target Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebaliknya beberapa individu lain, terutamanya, Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
If this is not interfering with PAS and trying to influence PAS members, I don't know what is.Looks like Hadi Awang is…

Perkara ini didedahkan oleh facebooker Lim Sian See berdasarkan satu poster yang disiarkan di facebook Pengerusi DAP, Nga Kor Ming
Tiga individu yang terdapat dalam poster itu adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dr Haron Din dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Terbongkar ! Mursyidul Am PAS, Haron Din tekun berbincang dengan Menteri UMNO. Ahli-ahli PAS perlu buat pilihan bijak,”kata Nga yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP Pusat.
Menurut Lim Sian See, kata-kata Nga itu jelas merupakan bentuk kempen untuk mempengaruhi ahli-ahli PAS dalam pemilihan parti itu.
“Jika ini bukan campur tangan terhadap PAS dan cubaan untuk mempengaruhi (pemikiran) ahli PAS, saya tidak tahu, apa lagi yang mahu dikatakan.
“Seperti Hadi Awang bukan satu-satunya individu yang DAP tidak percaya – malah Mursyidul Am PAS juga, DAP tidak percaya.
“Saya kasihan kepada ahli-ahli PAS kerana mereka perlu mendengar nasihat daripada pemimpin DAP tentang siapa yang mereka harus percaya dan pilih dalam pemilihan parti mereka sendiri,”katanya.
Sementara itu, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff mengesah gambar pertemuan itu adalah gambar lama yang sengaja dikitar semula.
Nurul Islam juga turut mempertikaikan motif Nga menyebarkan gambar tersebut.
“Nga Kor Ming dah jadi tukang fitnah. Apa yang DAP nak sebenarnya sampai sanggup memfitnah Tuan Guru Mursyidul AM Pas?,” soalnya.

2 Responses to “Sebenar DAP Bukan Target Kepada Hadi Sahaja..”


  1. Mar 29. 2015
    melihat suasana skrg nampak mcm waktu terbaik PAS & UMNO duduk berbcg…. namun elok ianya dimulakan dgn negeri ke negeri dulu… cthnya Kerajaan PAS Kelantan & Kerajaan BN Johor mewujudkan kerjasama sektor IKS atau sbgnya.. begitulah seterusnya.. ini pasti lbh nampak murni dan ikhlas krn yg kita dok risau pasal PAS ni lbh kpd tahap ekonomi mrk yg jatuh teruk atau tertinggal belakang agak jauh.
    mewujudkan kerjasama sebegini memungkin permulaan perpaduan ummah yg lbh baik bukan hanya atas dasar politik yg sememangnya byk tangan2 hitam.
    Reply to this comment

  2. johanzul
    Mar 29. 2015
    Hang pa dah tau muka dia pun muka penipu yang pi bodoh lagi dok dalam pakatan haram tuh buat apa?
    Slogan PAS ganti UMNO kena UBAH la, TUKAR la jadi Unity Government = UG yakni Kerajaan Perpaduan, Insya Allah.
    Tengah tunggu bila la ye dapat tengok Presiden UMNO dan Presiden PAS berpelukan, bermaaf-maafan, tawaduk dlm menyatakan kekhilafan secara LIVE.
    Masa sudah suntuk, kita sememangnya di akhir zaman, hentikan perbalahan yg merugikan umat Islam, mari rapat-rapatkan saf tetapi ia mesti lah bermula drpd pemimpin itu sendiri, Insya Allah.
    Reply to this comment


No comments: