NUFFNANG

Friday 20 March 2015

[PAS DI HINA LAGI OLEH DAP!!] ... TERKINI ! DAP HINA TERUK KERAJAAN PAS KELANTAN KERANA HUDUD !

[PAS DI HINA LAGI OLEH DAP!!] ... TERKINI ! DAP HINA TERUK KERAJAAN PAS KELANTAN KERANA HUDUD !

Lim Guan Eng DAP 'naik angin' apabila PAS Kelantan membentangkan undang-undang Hudud. Artikel terbaru kroni tegar Lim Kit Siang DAP itu turut menghina kerajaan PAS Kelantan sebagai pemerintahan yang lemah dan gagal.
UMNO Kelantan can now bring back the people’s focus on BN’s main asset of bringing development in contrast to the poor governance by the PAS Kelantan government, a failure of governance that was highlighted during the extraordinary floods last year more
Dan seperti biasa, Setiausaha Agung DAP yang jatuh ke tangga 5 semasa pemilihan semula CEC DAP itu menunding jari ke pihak lain untuk menutup kegagalan kepimpinan DAP untuk memperjuangkan anti-Hudud mereka.

Parti UMNO pula yang dipersalahkan oleh Lim Guan Eng DAP, kononnya PAS masuk dalam perangkap parti UMNO sedangkan polisi Hudud ini sudah diperjuangkan oleh PAS sebelum wujud Pakatan Pembangkang lagi.Dalam konteks ini, DAP yang beria-ia bodoh mahu bersama parti PAS walau pun mereka tahu parti PAS tetap memperjuangkan polisi Hudud. 

And now, DAP tuduh UMNO pula. Pathetic dan sangat memualkan!

Apakah pemimpin DAP anggap rakyat begitu bodoh untuk percaya dengan kelentong busuk mereka?

Padahal, isunya sangat mudah tetapi sengaja diputar belitkan oleh DAP iaitu kegagalan seluruh kepimpinan parti DAP termasuk Lim Guan Eng DAP. 

DAP perlu mengaku bahawa mereka telah gagal untuk menyakinkan rakan politik mereka iaitu PAS supaya tidak meneruskan hasrat untuk membentang undang-undang Hudud tersebut.

Dan untuk menebus malu itu, kepimpinan tertinggi DAP chauvinis perlu letak jawatan atau digulingkan oleh ahli-ahli DAP.

Atau pun, parti DAP keluar daripada Pakatan Pembangkang dengan segera. Hanya dengan itu sahaja parti DAP dapat menyakinkan kembali penyokong-penyokongnya yang ramai terdiri daripada kaum Cina. 

MiM juga yakin bahawa kaum Cina tidak mahu diperbodoh dan dipermain-mainkan seperti orang bodoh oleh kepimpinan DAP yang sebelum ini memperdagangkan 'anti-Hudud'nya untuk menarik undi kaum tersebut.

Maka, Isnin ini (mesyuarat 'tergempar' CEC DAP) sepatutnya menjadi tarikh bersejarah iaitu DAP akan keluar daripada Pakatan Pembangkang. Jika tidak, parti DAP masih lagi mahu menipu dan memperbodohkan penyokong-penyokongnya. 

Dan benarlah jangkaan MiM sebelum ini : BACA SINI

source : dr mim
   

No comments: