NUFFNANG

Thursday 19 March 2015

[OMG!] ... Dah lama tak jadi Menteri, Ku Li macam ketinggalan zaman

[OMG!] ... Dah lama tak jadi Menteri, Ku Li macam ketinggalan zaman


Mukadepan akhbar haluan kiri hari ini asyik memetik Tengku Razaleigh mengkritik kerajaan tentang GST dan menuduh kerajaan boros. Sambil itu, GST dikatakan sebagai bayar hutang kerajaan. Tak tahulah kalau MI spin, tapi itu kasar bunyinya.

Namun bila ada nafi dan jawab, dikatakan gilap epal pula. Tak sesuai sebut kebebasan akhbar jika sikap begini.

Berbalik  kepada Ku Li, dia "memohon untuk menangguhkan pelaksanaan GST. Dengan pelbagai program yang telah dijalankan untuk menerangkan kebaikan pelaksanaan GST, barangkali Ku Li terlepas pandang akan kebaikan yang GST akan bawa, terutamanya kepada rakyat ....."

Jika Ku Li ada “bersumpah untuk menegakkan perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia”  dan “menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi” maka adakah dia faham kebaikkan GST kepada rakyat?


Memetik dari blog KLXprress, GST membawa 5 manafaat untuk rakyat:

1. GST membenarkan pengurangan kepada Cukai Pendapatan dan Cukai Korporat.

2. Pengurangan Cukai Korporat akan mengurangkan Aliran Keluar Wang Haram.

3. GST mengurangkan pengelakan cukai dan mengenakan tekanan kepada ekonomi ‘haram’.

4. GST mengurangkan ekonomi Malaysia yang hanya bergantung kepada Petronas dan cukai petroleum serta melindungi Malaysia daripada spekulasi harga.

5. GST membantu mengurangkan jurang pendapatan. 

Penjelasan lanjut boleh dilihat di SINI.


Entah adakah Ku Li terikut2 kata anak muda kaki bohong ini?

Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) di dalam Dewan Rakyat semalam, beliau menzahirkan kegusaran mengenai keadaan ekonomi yang semakin merudum. Ucapan beliau disambut hangat oleh ahli parlimen pembangkang.

Adakah demikian keadaan?


Indikator ekonomi menunjukkan pertumbuhan ekonomi 2015 bakal sebanyak 4.5% ke 5.5% dan terus didorong permintaan dalam negeri. Pertumbuhan pelaburan sebbanyak 9% upaya letak pengangguran rendah pada 2.9% sahaja.

Pelaksanaan GST pada 1 April ini meningkatkan rating kewangan Fitch daripada A kepada AAA.

Kadar inflasi pula dijangka akan menurun kepada kadar 2.0% ke 3.0% pada tahun 2015 hasil harga  petrol dan diesel menurun yang dapat jimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7.5 Billion. 

Kelemahan ringgit baru-baru ini adalah akibat pertumbuhan ekonomi US dan penemuan teknologi eksplorasi minyak oleh US yang boleh lonjakkan pengeluaran minyak dari 5 juta tong kepada 10 juta tong minyak.

Hutang isi rumah pada keadaan terkawal dan tidak menjejaskan kestabilan sistem kewangan. Hujah Ku Li ia meningkat ternyata tidak benar. 

Baca penuh SINI. dan lihat video IMF tentang Malaysia dari blog Hantu Laut SINI.


Entah kenapa Ku Li berucap dengan intonasi bagakan Ketua Pembangkang yang disokong ahli Parlimen pembangkang tidak diketahui.

Mungkin dia teringat zaman silam sebagai Ketua Semangat 46 dan masih lagi memegang kepada impian yang diluar realiti semasa. Suasana ekonomi dan aturcara dunia jauh berubah dari zaman dia Menteri Kewangan.

Kesian pula dia dikatakan sudah ketinggalan zaman ...





No comments: