NUFFNANG

Wednesday 18 March 2015

[AKIBAT TERLALU BANYAK PAHALA DI BAHU KANAN UNTUK DIBAWA KE AKHIRAT...] ... RAFIZI PUTAR BELIT & MANIPULASI HARGA BELI JET DENGAN BANTUAN BANJIR

[AKIBAT TERLALU BANYAK PAHALA DI BAHU KANAN UNTUK DIBAWA KE AKHIRAT...] ... RAFIZI PUTAR BELIT & MANIPULASI HARGA BELI JET DENGAN BANTUAN BANJIR

by Generasi Pejuang Bangsa


Kos pembelian Pesawat Khas Kerajaan hanya 1% daripada jumlah keseluruhan bantuan banjir & 0.01% daripada bajet 2015.

1. Sekali lagi Rafizi memanipulasi angka untuk mempermainkan emosi rakyat. Rafizi menyatakan bahawa kerajaan membelanjakan RM 465 juta selama 15 tahun untuk membeli Pesawat Khas Kerajaan ACJ320. Ini bermaksud, kerajaan membelanjakan hanya sekitar RM31 juta setahun, iaitu sekitar 0.01% berbanding keseluruhan peruntukan bajet 2015, sebanyak RM 265 bilion.

2. Seperti penjelasan oleh JPM semalam, perbelanjaan sebanyak RM31 setahun selama 15 tahun ini adalah berdasarkan pertimbangan keselamatan, keperluan semasa dan kerana ia lebih kos efektif berbanding membayar kos penyelenggaraan 2 buah pesawat lama yang uzur dan menyewa sebuah pesawat tambahan untuk digunakan sepanjang tahun lepas.

3. Kos pembelian ini juga hanya sekitar 1.07% sahaja berbanding dengan peruntukan tambahan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu mangsa banjir, iaitu RM2.88 bilion yang diumumkan semasa ucapan pengubah suaian bajet Januari lalu . Perlu diingat bahawa RM 2.88 bilion ini belum lagi termasuk bantuan banjir lain yang diberikan oleh kerajaan seperti membina rumah-rumah kampung bertiang, menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah, RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dan RM5000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

4. Jika mengambil kira bantuan lain seperti subsidi yang berjumlah berbilion ringgit, BR1M, bantuan pendidikan, kesihatan dan kebajikan masyarakat, bantuan perumahan rakyat, bantuan perumahan nelayan dan banyak lagi, sudah tentu peratusan jumlah yang dibelanjakan setahun untuk menggantikan 2 buah pesawat ini terlalu kecil berbanding keprihatinan kerajaan kepada rakyat.

5. Apa yang Rafizi hendak? Hanya untuk mengeliru dan mempermainkan emosi rakyat melalui permainan angka-angka.

source : sejarah melayu

No comments: