NUFFNANG

Tuesday 31 March 2015

[PANASS! AKAR UMBI PAS BANGKIT TERHADAP ANWAR DAN ANWARINAS DALAM PAS!!]...Akar Umbi PAS Semakin Lantang ‘Pukul’ Anwar Ibrahim


[PANASS! AKAR UMBI PAS BANGKIT TERHADAP ANWAR DAN ANWARINAS DALAM PAS!!]...Akar Umbi PAS Semakin Lantang ‘Pukul’ Anwar Ibrahim

AIDCNews – Mutakhir ini akar umbi PAS tidak lagi menggunakan pendekatan berkias, sebaliknya mengubah pendekatan agresif ‘memukul’ Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Facebooker Kassim Masdor berkata Anwar layak dipenjarakan berdasarkan onar yang telah dilakukan sebelum ini.
Menurutnya, pada tahun 1998/1999, PAS menyokong Anwar kerana tidak nampak belang sebenarnya, namun kini semua tembelangnya telah pecah.
“Dulu mula-mula belum nampak belang boleh cakap macam tu…tapi sekarang ni semua pekung dah terlondeh…dah tak relevan nak lambung-lambung si ketum tu…makin dilambung makin naik lemak…makin nak tunjuk hero…makin nak khianat kawan…makin liberal…baik duk diam-diam kat umah baru tu …baru aman sikit,”katanya.



Facebooker Kick Jebon Out membangkitkan kegilaan Anwar untuk hadir ke sidang parlimen ketika berstatus banduan, sedangkan ketika belum dipenjarakan Ketua Umum PKR itu sering ponteng parlimen.




Turut dikritik Kick Jebon Out adalah amalan menyalakan lilin untuk Anwar.
Menurutnya dengan amalan itu membuktikan PKR mambawa fahaman sekular, liberal dan pluralisme.


Facebooker Mohd Zubit Lebai menyiarkan gambar isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah semasa demonstrasi.
Turut disiarkan semula gambar-gambar lain berkaitan Anwar.

No comments: