NUFFNANG

Friday 13 March 2015

ARAHAN PERTAMA MURSYIDUL AM HARUN DIN ....PERTAHAN PRESIDEN PAS

ARAHAN PERTAMA MURSYIDUL AM HARUN DIN ....PERTAHAN PRESIDEN PAS




Sakit kepala lagi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS berikutan rasminya Datuk Dr Haron Din dilantik menjadi Mursyidul Am PAS.
Semua makluam, penyokong Anwar dalam PAS, yang dipanggil 'Anwarinas' kurang ngam dengan Haron Din yang lebih pro ulama daripada Anwar.

ketika musim-musim pemilihan ini, kenyataan pertama Mursyidul Am PAS itu memang langsung tidak menguntungkan kelompok Anwarinas.

“Belum masa untuk PAS menukar presiden,” demikian kenyataan pertama Haron Din.

Menurutnya, secara peribadi, beliau merasakan ahli PAS perlu taat kepada presiden sedia ada, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.

“PAS Kota Bharu sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, setiap cawangan PAS mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti.

“Tetapi harus diingat, kesesuaian nama (calon yang dicadangkan) itu, dengan keadaan yang ada sekarang ini. Adakah sudah sampai masanya untuk ganti presiden?

“Mungkin ahli itu ada pandangan masing-masing, ada pendirian sendiri. Kita tunggu dan lihat selepas ini sama ada terdapat kawasan lain yang akan suarakan juga mahu ganti presiden,” katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai Mursyidul Am PAS, Haron mengucapkan terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang memilihnya mengisi jawatan itu dan berjanji akan menggalas amanah itu sebaik mungkin.

“Telah berlangsung mesyuarat (Majlis) Syura Ulama PAS dua hari lalu dan telah berbincang (mengenai) jawatan Mursyidul Am PAS.

"Saya beri pandangan bahawa elok kita biarkan ia kosong sehingga Muktamar PAS yang terdekat ini (dijadualkan Jun depan).

“Pada ketika itu, barulah buat keputusan untuk isi semua jawatan termasuk (jawatan) mursyidul am,” katanya.

Namun, katanya, ahli lain berpandangan kekosongan jawatan Mursyidul Am PAS perlu diisi segera dan tidak seharusnya ditunggu sehingga Muktamar PAS.

“Saya cuba namakan beberapa orang untuk isi jawatan dan untuk galas amanah yang begitu besar ini.

“Kesanggupan (terima jawatan mursyidul am) memerlukan kepada kemuliaan yang ketara. Saya (suarakan saya) ada kelemahan yang ketara.

"...Tetapi semua hujah ditolak dan sebulat suara pilih saya. Atas kehendak itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Berdiam diri dan dalam kata lain protes senyap sahaja,” katanya. 

No comments: