NUFFNANG

Saturday 7 March 2015

[NAK TAHU? SILA BACA ARTIKEL INI]...SEBAB SEBENAR DR DZULKEFLY AHMAD AJK PAS PUSAT DIBELASAH?

[NAK TAHU? SILA BACA ARTIKEL INI]...SEBAB SEBENAR DR DZULKEFLY AHMAD AJK PAS PUSAT DIBELASAH?

Kita tertanya-tanya motif Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad diserang pada pagi Khamis lepas (5hb Mac 2014). Anda baca dulu laporan media:
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menerusi kenyataan di akaun Facebooknya pada pagi Khamis berkata, Dr Dzulkefli ditumbuk di muka dan dahi oleh seorang individu yang tidak dikenali selepas pulang dari menunaikan solat Subuh. 
"Dr Dzulkifly Ahmad AJK PAS Pusat ditumbuk dan dipukul muka dan dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau balik daripada solat subuh pagi ini.Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata“kenapa kurang ajar sangat?”,” katanya dalam kenyataan itu. seterusnya
Yang melampaunya ialah kes pukul ini begitu cepat dikaitkan dengan 'anasir luar' dan UMNO oleh pemimpin pembangkang dan media-media pro-pembangkang. Kenapa?

Apakah sikap mereka itu untuk mengaburi rakyat terhadap isu dalaman PAS yang semakin teruk bergolak, bukan sahaja isu penghinaan Presiden PAS oleh DAP rasis tetapi juga isu Pasma, puak Anwarinas dan puak mesra-DAP dalam PAS?

Apakah punca Dr Dzulkifly Ahmad dipukul dan orang itu berkata 'kenapa kurang ajar sangat' kepada ahli politik PAS? 

Apanya yang 'Dzulkifly Ahmad kurang ajar sangat' itu?

Apakah terdapat sebarang kenyataan terkini Dr Dzulkifly Ahmad yang kontroversi hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah orang lain?

Apabila dirujuk laporan media, Dr Dzulkifly Ahmad telah mengeluarkan satu kenyataan yang kontroversi dan panas. Ianya dilaporkan oleh pihak media pada 2hb Mac 2015.

Di antaranya:
".....ada pula ustaz-ustaz haraki yang giat 'menyerang' kami dan nak menjatuhkan kami. 
"Telah kami katakan cukuplah...tapi nampaknya jadi macam budak. Lagi ditegah lagi menjadi-jadi."
Apakah kenyataan itu di antara sebab yang menimbulkan rasa marah sesetengah pihak hingga berlakunya insiden tumbuk itu?

Anda baca laporan yang bertajuk 'Ustaz Haraki Macam Budak' :
PETALING JAYA: Krisis perpecahan dalaman PAS dilihat semakin kronik apabila kini kumpulan profesional dalam parti itu mendakwa wujud gerakan dikalangan golongan ulama untuk menjatuhkan mereka.

Mengakui 'diserang' kumpulan ulama yang selama ini menunjangi pentadbiran PAS, kumpulan profesional parti itu mula bangkit mencabar golongan 'ustaz haraki' bagi membuktikan kesetiaan mereka terhadap parti Islam itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menerusi kenyataan pada Isnin melahirkan kekecewaannya terhadap pihak yang mendakwa mereka cuba menyerap fahaman liberal dalam PAS.

"Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir urus kewangan dan ekonomi negara, ada pula ustaz-ustaz haraki yang giat 'menyerang' kami dan nak menjatuhkan kami.

"Telah kami katakan cukuplah...tapi nampaknya jadi macam budak. Lagi ditegah lagi menjadi-jadi. Kerja-kerja ini hanya memberi peluru kepada seteru dan lawan politik kita," katanya.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS menegaskan, kumpulan profesional sepertinya tidak jahil mengenai ajaran Islam seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Berpada-pada sahabatku. Kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya kerana PAS sejak berzaman khasnya era ustaz Fadzil Noor telah 'mengustazkan' kami.

"Malah ada diantara kami yang mendapat 'tarbiyah haraki' sejak zaman belajar lagi," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly mendakwa mendapat persetujuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan debat dengan golongan ulama PAS mengenai isu berkenaan.

"Saya juga telah mendapat izin Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat untuk mengadakan 'wacana-bahas-debat'

"Pilih setting yang tuan-tuan lebih selesa untuk (kami menjawab) semua tuduhan tuan-tuan yang kami ini sesat, songsang, liberal atau pengamal liberalsime agama.

"Semua ini dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas. Mungkin secara tertutup kalau cara itu lebih wajar. Harap jangan dihampakan, dengan segala rendah hati saya memohon," katanya.

Baru-baru ini beberapa pimpinan PAS mengeluarkan peringatan supaya parti itu terus diterajui kepimpinan ulama.

Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menggesa ahli parti itu supaya memberi sokongan kepada kepimpinan ulama kerana ia satu-satunya tiang seri yang mengemudi PAS.

Selain itu Dewan Ulama PAS juga tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Hadi daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

Kenyataan itu dilihat susulan tersebarnya audio rakaman suara Timbalan Presiden PAS, Mohamad dr mimSabu mengenai dakwaan beliau cuba menjatuhkan kepimpinan ulama yang diterajui Hadi - mstar
Ustaz haraki PAS macam 'budak' atau'barua' dalam PAS seperti yang didedahkan oleh Nik Abduh Nik Aziz?

Source : 

No comments: