NUFFNANG

Friday 13 March 2015

[KEBANGKITAN PAS...PAS KEMBALI KUAT DAN DIHORMATI!] ... Perkhabaran Yang Ditakuti DAP & PasMa

[KEBANGKITAN PAS...PAS KEMBALI KUAT DAN DIHORMATI!] ... Perkhabaran Yang Ditakuti DAP & PasMa


Mungkin sebab takutkan perkara ini menjadi realitilah maka perbincangan tentang jawatan Ketua Pembangkang tidak dibincang bersama sama dengan kepimpinan ulama PAS.

Nurul Izzah pula dipilih sebagai boneka baru hanya untuk membacakan teks sahaja dalam parlimen. Teks yang ditulis pula lebih berbaur tuduhan politik dan mengarut semata mata. 

Bila Haron Din dipilih sebagai Mursyidul Am PAS, maka ketakutan DAP terhadap penyatuan Melayu makin bertambah. Haron Din tidak seperti Nik Aziz, dalam isu kalimah Allah SWT, Haron Din tetap dengan pendiriannya tentang soal akidah dan prinsip. 

Mampukah Haron Din kekalkan prinsip dan konsistensi itu? Jika ianya dikekalkan, tidak mustahil DAP akan lebih takut dan bimbang dengan PAS selepas ini.

No comments: