NUFFNANG

Wednesday 4 March 2015

[ARTIKEL UNTUK AHLI PAS SAHAJA. LAIN JANGAN BACA!] ... MEMANG DAH LAMA ORANG PAS NAK GULINGKAN HADI AWANG!!!

[ARTIKEL UNTUK AHLI PAS SAHAJA. LAIN JANGAN BACA!] ... MEMANG DAH LAMA ORANG PAS NAK GULINGKAN HADI AWANG!!!


Tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat usaha menggulingkan Presiden 
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahkan usaha itu sebenarnya sudah wujud sejak 
dulu lagi kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan demikian melalui status Facebooknya:

“Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita 
sendiri. Kita yang di ataslah yang memulakan fitnah dan kemelut yang bermula 
daripada ‘kerja-kerja bodoh dalam PAS’ yang berusaha memisahkan Almarhum 
ayahanda TGNA daripada presiden PAS sejak bertahun dulu.

“Mahu nafikan usaha buruk itu?? Jika anda bermati-matian mahu nafikan, saya 
hidup-hidup akan istiqamah membenarkan apa yang saya kata.

Nik Abduh berkata beliau yakin antara ketenangan ayahanda Allahyarham Datuk Seri Nik 
Aziz Nik Mat sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh 
dengan para ulama syura PAS dan Hadi Awang.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata sesiapa sahaja boleh menyatakan apa 
yang mereka mahu namun tiada siapa boleh hentikan kebenaran hakikat itu daripada 
didedahkan.

“Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah’. Tetapi 
tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah 
keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah,” ujar beliau.

Nik Mohamad Abduh juga memberikan amaran kepada mereka yang cuba menyebarkan
fitnah.

“Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh 
tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada 
dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.

“Petunjuk Allah adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin 
anda dilitupi debu dan asap. Justeru ‘Takutilah fitnah..’ dengan kembali mentaati Allah, 
al Rasul dan ‘ulil amri minkum’. Sunnah al khulafa’ al Rasyidin adalah petunjuk sepanjang 
zaman,” jelas beliau.

Beliau juga berkata ada pihak yang mencabar untuk berdepat daripada kalangan AJK 
PAS Pusat.

“Kepada yang mencabar untuk berdebat daripada kalangan AJK PAS Pusat, saya 
berkata, kamu sudah ada presiden PAS untuk didebat. Bukankah ‘barua’ itu daripada 
kalam presiden? Bukankah sebahagian kita telah berkalam biadap di depan presiden?

Beliau berkata kembalilah taat kepada kepimpinan presiden dan hala tuju perjuangan PAS 
yang dipilih oleh ketua dan Majlis Syura Ulama.

“Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah,” kata Nik Abduh.--Astro Awani

source : jiwa paradox

No comments: