NUFFNANG

Wednesday, 30 July 2014

Isu MB S'ngor: PKR 'terjah' Nik Aziz tuntut penjelasan

0
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, Kelantan semalam. – Gambar dari Facebook Khalid, 30 Julai, 2014.
Krisis berlaku di Selangor, namun tumpuan beberapa hari lepas berada di rumah sederhana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan apabila pemimpin PKR cuba mendapatkan bantuan MursyidulU Am PAS itu untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR) daripada berpecah.

Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengunjungi Nik Aziz di Kota Baru manakala Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan mengunjungi beliau hari ini.

PR berada di persimpangan berhubung isu menteri besar Selangor dan apabila mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terbocor dan ada anggotanya meminta parti Islam itu keluar daripada gabungan pembangkang itu.

Nik Aziz sebelum ini menyokong secara terbuka presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Khalid kekal sebagai menteri besar.

Hari ini Saifuddin akan bertemu Nik Aziz dengan harapan pemimpin PAS itu akan berubah fikiran dalam menyokong Khalid.

"Saya akan pulang mengunjungi keluarga isteri saya di Kelantan esok dan sempena itu juga saya akan mengunjungi Tok Guru Nik Aziz," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin mempunyai hubungan yang agak istimewa dengan Nik Aziz. Minggu lalu ketika tersebar berita kononnya Nik Aziz meninggal dunia, Saifuddin bersama-sama Nik Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kota Baru.

"Ketika saya berjumpanya minggu lepas, kami berbual tentang politik tanah air. Kelihatan Tok Guru (Nik Aziz) tidak berapa tahu sangat kerana dia keluar masuk hospital sahaja.

"Tetapi kenyataan Tok Guru semalam begitu komprehensif sekali. Harap-harap dapat faham apa yang berlaku bila berjumpa Tok Guru esok," kata Saifuddin.

Khalid juga kelihatan cuba merapatkan hubungan dengan pemimpin Kelantan itu.

Ketika kecoh 'Langkah Kajang' dilancarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, Khalid menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub di samping mengunjungi Nik Aziz di Kota Baru.

"Jika kita hendak pertahankan PAS, maka perlu sokong kenyataan kedua-dua mereka (presiden dan mursyidul am) dalam mesyuarat 10 Ogos ini.

"Jika begitu, bermakna kita terpaksa bertembung dengan keputusan PKR yang disokong DAP.

"Jadi kita dalam dilema, diluah mati emak ditelan mati bapa," kata seorang pemimpin yang bagi beliau, PAS paling mendapat keuntungan dan sokongan maksima apabila bersama PR.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS memberitahu The Malaysian Insider: "Jangan bimbang. Kita akan usahakan supaya PAS tidak berpecah dan Pakatan terus mantap dalam mesyuarat 10 Ogos ini." –30 Julai, 2014.

source : pilihan anda

Anwar mahu Kak Wan teman beliau dalam penjara ???

Anwar mahu Kak Wan teman beliau dalam penjara

Lokasi : Pinggirian Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Acara : Sembang santai bersama Mursyidul Am TIBAI

Tarikh : 25/7/2014

Teori muslihat Anwar yang begitu beria-ia mahukan Wan Azizah menduduki kerusi Menteri Besar Selangor .. 


Zahid santai ditangga replika rumah Melaka yang baru beliau 'rasmikan'

ARTIKEL PEDASSS ... PAS Makin Hancing Bro !!

PAS Makin Hancing Bro !!


Hari Raya yang cukup memenatkan buat MMI namun puas kerana masih dapat bersama keluarga tercinta.Blog MMI bercuti selama 2 hari bagi memberikan penumpuan terhadap keluarga dan sanak saudara , bukan selalu setahun sekali jer gang.

Harapan MMI juga agar semua yang selalu singgah di blog MMI ceria dengan keluarga masing-masing , ingatlah keluarga yang kita miliki hari ini bukan boleh di tukar ganti.Sayangilah mereka selagi mana mereka masih mampu memberikan senyuman kepada kita.

Dalam sibuk beraya , MMI juga mengikuti perkembangan politik semasa dan ada di antaranya membuatkan jari-jemari ini seolah-olah memberikan isyarat supaya menulis tetapi MMI tahankan juga.Hari ni pun kalau diikutkan ada jemputan majlis-majlis yang MMI tak boleh tolak , jadi sebelum keluar MMI menulis sedikit...

Perkara pertama tentang isu di Selangor , MMI dah menulis tentang perkara ni dalam beberapa artikel yang lepas namun isu yang tengah heboh ketika ini adalah bab printscreen whatsapp AJK PAS Pusat yang sudah pun menjadi viral di semua saluran media.

MMI bukan nak mengulas tentang printscreen tu sebab semua dah sedia maklum tapi kenapa sehingga kini puak-puak PAS semacam kera kena belacan.

Statement tu asli malah sudah diakui oleh pihak yang menulis , habis diam puak-puak PAS sunyi sepi sampai langsung tak dengar bunyi.Malah kalau ada pun yang terlepas sikit-sikit.

Ada yang kata puak-puak PAS ni cukup takut dengan DAP dan PKR.Maklumlah selama ni asyik jadi pencacai ja.

Lagi satu kalau diikutkan isu yang tersebar tu , puak PAS pun dah meluat dengan cara dan permainan DAP dan PKR ni tapi apa boleh buat kononnya dah bai'ah ... Hmm tak fahamlah MMI , setia dengan pemimpin lebih dari setia dengan tuhan !!!!

Paling pasti asyik kena guna jaa ...

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu. 

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR. 

PAS makin hancing bro .. 

source : MMI

PANASS !! PAS VS PKR eX SETPOL MB KEDAH DEDAH PERANGAI PKR

PANASS !! PAS VS PKR eX SETPOL MB KEDAH DEDAH PERANGAI PKR





Dulu masa sebelum pru 13 kami blogger BN dedah mcm2 perihal salahlaku PR di Kedah,

Tapi ramai orang kata kami blogger TMK fitnah, sekarang ni Bekas Setpol arwah Ust Azizan pula ceritakan hal sebenar mcmna PR habiskan duit kerajaan negeri Kedah untuk tujuan parti mereka.

Jom baca

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

Sanusi eX Setpol Ust Azizan

source : medan tempur kedah

BUAT UMAT MELAYU-ISLAM...BACALAH...Ini catatan yang perlu diketahui

Ini catatan yang perlu diketahui

Demang nak ingatkan diri Demang dan sahabat-sahabat blogger samada yang prokerajaan atau propembangkang...

Apabila berhadapan dengan sebarang isu, bertindaklah selaku pejuang, bukannya bertindak kerana kita seorang yang panas baran dan mudah melenting.

Maksud Demang, yang menentang itu bukan semuanya pejuang kerana ramai juga sekadar melampias kemarahan. Dengan kata lain: dia memang mudah melenting.... panas baran.

Begitu juga yang menyokong kerajaan kena faham betul-betul sesuatu perkara yang diputuskan kerajaan berdasarkan maslahat ummat, bukannya sekadar bersetuju hanya kerana anda tidak reti melawan a.k.a penakut.

Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir bathin.

Berikut adalah teks ucapan mantan Ketua Hakim Negara Tun abdul Hamid Mohamad dalam majlis berbuka puada baru-baru ini yang patut kita renung dan fikir.

MULA TEKS (COPY & PASTE)
Tanah Melayu telah dijajah oleh Barat drp orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rosli Dhobi, adalah berbangsa Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah masyarakat Melayu. Yang berkorban nyawa menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. 

Org2 bukan Melayu hanya menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.

Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah drp orang Melayu dan hendaklah dipulangkan semula kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. 

Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12 apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak terjamin.

Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat. 

Malah, selama beberapa dekat PAS senantiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”. Begitulah prihatinnya PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam ketika itu.

Semasa rundingan kemerdekaan juga, Parti Buruh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. 

Dalam kata- kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Buruh? Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang ini? Mereka masih mempunyai ideologi yg sama walaupun bertukar nama parti!

Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. 

Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. 

Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu supaya menyokong perjuangan mereka. 

Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak mudah terpengaruh degan mereka.

Ketika itu, pemimpin2 Melayu yg didapati tidak menyokong perjuangan Komunis akan ditangkap, disembelih, dibakar atau dipancung. 

Soalannya : Tidakkah orang Melayu ternampak perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara? 

Parti Komunis juga kini telah berubah wajah dan tidak lagi mengangkat senjata namun ideologi yg dibawa masih serupa.

Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.

Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:

“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”

“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan saya).

Pada 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semenjak Merdeka hinggalah sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. 

Mana sebuah kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun? 

Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. 

Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.

Jika kaum minoriti hendak ‘complain’ mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. 

Apa jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar?Patani? Moro? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah. 

Tunjukkan kepada saya sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya.

 Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan Malaysia menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. 

Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila dikehendaki pindah? 

Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.

Kecuali seketika di sekitar tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senentiasa berkembang. 

Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senentiasa menyebelahi pembangkang. 

Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. 

Dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara! 

Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih???? 

Mungkin itu “dermawan” mengikut istilah mereka. 

Anehnya ada juga orang Melayu yang mempercayainya.

Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. 

Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. 

Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.

Melihat keadaan itu, kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan mereka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.

Sambil itu kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama Islam. 

Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.

Pendekatan mereka adalah bersifat ugutan dan bisnes: jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya. 

Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. 

Ertinya, mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan!

TAMAT TEKS (COPY & PASTE)

source : waadat

NAK TAHU 13 Fakta Yang Penyokong Pakatan Rakyat Tidak Mahu Baca

13 Fakta Yang Penyokong Pakatan Rakyat Tidak Mahu Baca

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR

Video Panaas Aidil Fitri 2014 - Isu MB Selangor Hadi Awang Hanya Berani Main Belakang Anwar


Video Panaas Aidil Fitri 2014 - Isu MB Selangor Hadi Awang Hanya Berani Main Belakang Anwar






PANASSSS ... Bukti @RafiziRamli Pengkhianat Sebenar Rakyat Selangor Dengan Skandal RM250juta? @SPRMMalaysia

Bukti @RafiziRamli Pengkhianat Sebenar Rakyat Selangor Dengan Skandal RM250juta? @SPRMMalaysia

Rafizi Ramli cuba tuduh pemimpin PAS sebagai pengkhianat.


Adakah dengan 'menjual' kepercayaan rakyat Selangor dengan harga RM250juta bukan satu pengkhianatan?


Jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Pembaca boleh teliti pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra.

Selangor’s Watergate
Why the urgency to remove Khalid? Most think it is because Anwar’s sodomy trial will soon be decided so he needs to settle this matter before then. But what has the sodomy trial got to do with appointing Dr Wan Azizah as the new Menteri Besar of Selangor? Is that going to influence the decision of the court?
Actually this has nothing to do with the sodomy trial. It is more about the water agreements. Selangor is about to settle the water agreements with the federal government and Anwar wants Khalid out before that so that he can scuttle the deal.
And this was confirmed today by no less than PKR’s political strategist Rafizi Ramli himself (READ HERE).
Perangsang (the Selangor State Agency) owns 30% of Splash (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) while Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (a Tun Daim Zainuddin protégé) owns 30% and Gamuda Berhad (a conglomerate linked to a certain Royal Family) owns 40%.
Wan Azmi wants Selangor to buy over Splash for RM2.5 billion but its real value is only RM250 million, which is what Selangor is going to pay. Hence it is RM2.25 billion short of what Wan Azmi wants.
Anwar brought Wan Azmi to meet Khalid to try to resolve this matter. Anwar supports the RM2.5 billion claim but Khalid is stubbornly sticking to the figure of RM250 million. And this is why Anwar is mad as hell and wants Khalid out. And this is also why Rafizi said today that once Dr Wan Azizah takes over as Menteri Besar they are going to review the water agreements.
The billion-ringgit question is if they review the water agreements once Dr Wan Azizah takes over how much from that extra RM2.25 billion is going to end up as ‘under-the-table’ money and who are going to be the recipients of these kickbacks?
Do I see a Selangor Watergate looming over the horizon? Or is it going to be a Rafizigate? I suppose we can say there are 2.5 billion reasons why Khalid Ibrahim has to go. And it all has to do with the price Selangor is going to pay for the water concessionaire.
Baca seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/selangors-watergate-about-to-explode/

Baca juga sumbangan RM200 juta yang juga didedahkan oleh RPK.

Dijaya originally bid only RM895 million (payable over 20 years) while SP Setia Berhad bid RM1.15 billion (payable over only 6-8 years) and Mah Sing Group Bhd bid RM945 million (payable over only 7 years). This means Dijaya cannot get the deal because their bid is the least attractive of the three. Dijaya was then asked to up their price to RM1.3 billion in a  ‘behind-the-scenes’ negotiation.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
I am glad that a lot of dirt was revealed recently regarding the billions of ringgit worth of ‘rush jobs’ that Prime Minister Najib Tun Razak did to beat the 13th General Election deadline. Should a ‘caretaker government’ commit the country to billions of ringgit in contracts when there is always a possibility that the government may change the night of Polling Day?
Of course, there is nothing illegal here and we will not be able to indict and convict anyone for any crime. After all, although Parliament may have been dissolved, life must still go on and it is still business as usual. Nevertheless, there is still the issue of moral although the issue of legal does not arise.
If you just want to focus on legal issues while you ignore moral issues, then for a politician to be caught bonking another woman in a hotel room is not something illegal or criminal. However, it is certainly immoral. Hence the moral aspect of your actions must also be questioned even if there is nothing illegal in what you do.
Another moral issue is concerning the news item below regarding the RM1.3 billion deal (with a RM20 billion earning potential) involving the Selangor State ‘Caretaker’ Government and Dijaya Corporation.
According to the Selangor Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, the deal has not been finalised yet (MB says Dijaya deal not finalised). According to the market, however, it is actually a done-deal.
As I said, this is only a moral issue. Is it a done-deal or is the deal not yet finalised? There are mixed signals here. And should the caretaker government commit the state to this deal when there may be a possibility that the state government may change hands by dinnertime of 5th May 2013?
According to the critics of the deal, this is exactly why they are rushing the deal before 5th May 2013. Pakatan Rakyat is not sure whether it can retain the state so it wants the deal wrapped up before then.
That is one issue.
The second issue is: Dijaya originally bid only RM895 million (payable over 20 years) while SP Setia Berhad bid RM1.15 billion (payable over only 6-8 years) and Mah Sing Group Bhd bid RM945 million (payable over only 7 years). This means Dijaya cannot get the deal because their bid is the least attractive of the three. Dijaya was then asked to up their price to RM1.3 billion in a  ‘behind-the-scenes’ negotiation.
Why was Dijaya given the privilege of a behind-the-scenes negotiation and allowed a second bite of the cherry? This is what the other bidders are unhappy about. A tender is a tender and the highest price should get it (if all bidders equally qualify, of course). In this case, Dijaya was allowed to revise their price to out-bid the others.
Interestingly enough, the people behind Dijaya are Ronnie Liu, Teresa Kok and Azmin Ali. And even more interesting is the fact that Dijaya has ‘donated’ RM200 million to Pakatan Rakyat Selangor’s war chest. Furthermore, Azmin threatened to drop Khalid from a Selangor state seat if he objects to the deal and tries to block it (and if Khalid keeps quiet and supports the deal he would be given the Port Kelang state seat).
Now hold on a minute, I thought that the man behind Dijaya is Tun Dr Mahathir Mohamad’s crony, Tan Sri Dato’ Danny Tan Chee Sing! You mean Dr Mahathir’s cronies are also Pakatan Rakyat’s cronies?
Hmm…that is most interesting. No wonder Umno did not make any noise about this. Is this what ABU is all about? Reject Umno but keep giving the Umno cronies plenty of money under a Pakatan Rakyat government?
Well, what does Raja Petra Kamarudin know? After all, he is living in Manchester and does not know what is going on in Malaysia. And Pakatan Rakyat Selangor can certainly do with the RM200 million ‘donation’ to face the coming general election. And does not the ends justify the means (matlamat menghalalkan cara)?

Baca seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/abu-abu-abu/

*SPRM takkan nak tunggu ada laporan baru ambil tindakan?

source : mymassa

HMMM....S’gor re-election: Strategies to help BN win

S’gor re-election: Strategies to help BN win

DAP is the most rock solid party in Selangor. They recorded a perfect 100 percent success in the last general election, contesting 15 state assembly seats and winning all 15.
The DAP’s strength lies with the urban Chinese; not that I need to tell anyone this but you might like the visual (below) rendered by Ahmed Kamal for Politweet.
BELOW: Pakatan national support base
Urban Divide Pakatan

DAP’s urban Chinese vs Umno’s rural Malays

PAS and PKR both contested 21 DUN seats each in Selangor, with PAS victorious in 15 (success rate: 71 percent) and PKR securing 14 seats (success rate: two-thirds).
Umno managed to land one-thirds of the seats they contested, achieving a score of 12 out of 35.
Now have a look at the extent of Umno’s rural support. Staggering. Without doubt, Umno has cornered the market on rural voters nationally. Malangnya Umno Selangor agak lembab dan tiada wawasan.
BELOW: BN national support base
Rural Divide BN
More of Ahmed’s infographics can be viewed @ http://infogr.am/The-Rural-Urban-Divide?src=web
MCA: Parti Dinosaur Pupus
MCA: Parti Dinosaur Pupus

MCA cooperated to create Chinese tsunami

In the last election, MCA put up 14 candidates and EVERY. SINGLE. ONE.was rejected by the Selangor voters.
It is impossible for MCA to ever win in Chinese-majority areas again. But even in areas where the Chinese make up around one-third of the electorate, these pengundi Cina will make sure to send MCA packing.
MCA’s utter failure in Selangor where they lost in all 14 out of 14 DUNs they contested is so shameful I dunno what to say … urm, padan muka kerana sanggup membiar Si Gunting tikam belakang BN.
BELOW: Parliament seats won by BN in GE13
Politweet_BN power
Graphics credit: Politweet

Race matters most

If a re-election were to be held in Selangor, it is an absolute certainty that the DAP will maintain their status quo.
Their super majorities are giler. In fact, the Top Three biggest margins of victory belong to DAP.
  • Damansara Utama: Yeo Bee Yin – majority 30,689 votes
    .
  • Subang Jaya: Hannah Yeoh – majority 28,069 votes
    .
  • Seri Kembangan: Ean Yong Hian Wah – majority 22,078 votes
The trio are evangelistas. Their electorates voted on the basis of race (all three are Chinese), religion (Christianity) and anti-establishment sentiments.
DAP’s position is unassailable. Most of their candidates sailed through with whopping majorities. Even Hannah Yeoh’s former Personal Assistant Rajiv Rishyakaran who stood, for the first time, in Bukit Gasing, Petaling Jaya Selatan obtained an astounding majority of 15,842.
As comparison, senior exco Elizabeth Wong who is a second-term PKR Adun got amajority of 17,200.

Selangor in GE13

.
Table of results – Rural, Semi-rural, Semi-urban, Urban areas
SelangorGE13UrbanRural

DAP has hit the glass ceiling

What we can surmise from the data is that a snowflake has a far better chance in hell than the MCA at being able to wrest any urban seats away from the DAP.
However, at the same time, the DAP have also maxed out in Selangor. There are no more seats left for them to win unless they decide to encroach into those contested by PAS.
It is however a different story with Umno whose direct opponents are the Islamist party and PKR.
There is merit in the Chinese boast that they, i.e. Chinese voters, helped PAS to win a number of marginal seats the last round (5 May 2013) and propelling PAS to its best showing in mixed areas. In the past, PAS was only able to win in Melayu pekat areas and lacked popularity among a multiracial populace.
In a reelection, and if the Chinese pull back their support, then the PAS Selangor Aduns become the most vulnerable with having the slimmest majorities — see list below.

Aduns with shaky majorities are:

  • Sabak: Sallehen Mukhyi (PAS) – majority 399
    .
  • Bukit Melawati: Jakiran Jacomah (Umno) – majority 806
    .
  • Ijok: Idris Ahmad (PKR) – majority 739
    .
  • Morib: Hasnul Baharuddin (PAS) – majority 766
    .
  • Tanjung Sepat: Mohd Haslin Hassan (PAS) – majority 682
al-Kitab Malay Bible
Sallehen Mukhyi is the state exco in charge of Islam. His ward has one-fifth non-Malay voters (13% Chinese and 6% Indians). Previously, Sallehen’s seat in Sabak was held by Umno in 2008 and 2004.
Sabak is one example of a seat that Umno can snatch back from PAS given that the non-Malay voters are unhappy with JAIS while the Malay voters are unhappy over the Allah and Bible issues. Both sides (non-Malays and Malays) are unhappy with PAS’s handling of the religious controversies and this will cost Sellehen his support.
BELOW: Demographic profile of GE13 voters at federal level – 222 Parliament seats
the-rural-urban-divide Circles

Delineation weightage favours rural areas

From the Politweet diagrams above, you can see that rural Parliament seats number 125 whereas urban seats are only 43 while semi-urban ones are 54.
Although the figures refer to federal constituencies, the trend is nonetheless similar at state level, especially for the big states such as Sabah, Sarawak and Selangor included.
BN can resign themselves to the DAP monopolizing the urban areas and Pakatan should likewise resign themselves to Umno monopolizing the rural areas. Thus the battleground for Selangor redux will be the semi-rural / semi-urban DUNs.
Let’s look at some specifically.

Strategy:

.
(1) Kota Damansara & Semenyih

Umno was lucky to have won Kota Damansara against PSM president Dr Nasir Hashim who stood on a PKR ticket. Kota Damansara became a three-cornered fight when PAS entered the fray and caused split votes. PKR-PSM’s 14,860 votes plus PAS’s 7,312 votes tallied together was greater than the 16,387 votes for Umno.
With the benefit of hindsight, opposition supporters will not stumble another time. PAS cannot play the spoiler for a repeat performance in the event of a re-election.
TACTIC: BN must get PSM on their side
Twitter partisosialis
PSM has complained that they were sabotaged by those whom they considered a friend (see tweet screenshot above).
Dr Nasir in his speech at the PSM annual congress in June 2013 had complained that Pakatan backstabbed his party. He said: “We were bullied, promises to us were broken, and tackling our problems took a back seat [where Pakatan was concerned] …”
Given the bad blood and PSM’s sense of betrayal, BN should seriously make PSM an offer.
In Semenyih, PSM sec-gen S. Arutchelvan – contesting under his own party’s clenched fist symbol – had polled a respectable 5,568 votes. Semenyih was won by Umno with 17,616 votes while PKR garnered 13,471 votes. If there had been a straight fight, the votes for PSM+PKR added together are more than the votes collected by Umno.
Since a re-election in Selangor is very high stakes affair, BN should pull out all the stops to recover the crown jewel state so that oppressed Selangorians will no longer have to put up with Air Lombong being piped to our homes.
Sinar Harian - Gangguan bekalan air

(2) Ijok & Kuala Kubu Baru

Ijok is one of the seats that MIC can win back from PKR.
This seat is so vulnerable that Khalid Ibrahim who was Adun from 2008 to 2013 did not care nor dare to defend it. Catching a glimpse of Khalid in Ijok is as rare as encountering a tenggiling in Bangsar or Nurul Izzah in Pantai Dalam.
Ijok has got 34 percent Indian voters. PKR managed to retain the seat in the last election only on a 739-vote majority. This thin edge can easily be reversed if there is a very small swing by Indian voters.
TACTIC: BN must get Hindraf to campaign for them
Sigh. Shrug.
There are no permanent friends or foes in politics, correct?
LeeKeeHiongHannahYeoh
ABOVE: Lee Kee Hiong and Hannah Yeoh are always hanging out together
Kuala Kubu Baru is another constituency with a significant number of Indian voters – 21 percent. Together with the 33 percent Malay voters, its non-Chinese electorate is more than half (54%).
During the last election, three independent candidates in Kuala Kubu Baru together polled a total of 475 votes. The number of spoilt votes was 390. Independent + spoilt votes = 865. The DAP’s majority in Kuala Kubu Baru was 1,702. Should there be no multi-cornered fights and if the number of protest votes can be reduced, then BN can be said to be merely lagging behind by some 800-plus votes. 
There has been a recent report made to the MACC against the DAP Kuala Kubu Baru Adun Lee Kee Hiong photo above, pictured with Hannah Yeoh – on allegations of corruption. See, ‘Dokumen Penyelewengan Adun Kuala Kubu Baharu Diserah Kepada SPRM‘ (mStar, 1 July 2014).
There is a question mark hanging over YB Lee. BN can shift the emotional climate and ground by putting up an Indian.
TACTIC: Give Kuala Kubu Baru to MIC or a Gerakan Indian to contest instead of MCA as at present
R.I.P.
MCA, Parti Dinosaur Pupus

(3) Sg Pelek & Teluk Datuk

In the previous GE12 term (2008-2013), it was the undi ehsan from non-Chinese voters in the semi-rural areas that narrowly gave MCA their only two Selangor state seats in Kuala Kubu Baru and Sungai Pelek. But still, MCA lost these two last holdout seats subsequently in GE13.
Sungai Pelek currently has two-thirds (66%) non-Chinese voters (45% Malay + 21% Indian). Umno should contest this seat, not MCA.
Likewise in Teluk Datuk, non-Chinese voters make up almost half (49%) of the electorate. Teluk Datuk has 29 percent Malay and 20 percent Indian voters.
TACTIC: Do not let MCA ‘burn’ (read: waste) anymore BN seats
MCA are non-winnable candidates. Furthermore, the MCA – as evidenced by the behaviour of its backstabbing media – are actually campaigning for the DAP Christians.
Kalau MCA tanding, gerenti kalah. Kalau mana-mana parti lain BN tanding, there is at least a fighting chance if not pun harapan cerah.

OVERARCHING STRATEGY

Do a swap. BN will take PAS. Pakatan can have the MCA!