NUFFNANG

Monday 3 March 2014

Di Sebalik Tabir Kes Saman PKR Terhadap Presiden PAS

Di Sebalik Tabir Kes Saman PKR Terhadap Presiden PAS

AIDCNews – 2/3/14 – Kenyataan media Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, 27 Februari yang memutuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kata sepakat yang telah dicapai pimpinan negeri berhubung isu saman yang diambil bekas calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menimbulkan pelbagai persoalan.
Menurut Azan, kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.
Ketika ditanya kenapa baru sekarang PKR Terengganu mengambil inisiatif mencapai kata sepakat berhubung isu saman terhadap Presiden PAS, Azan dilaporkan Sinar Harian berkata sama ada di peringkat negeri atau Pusat, PKR melihat kes saman tersebut sebagai isu peribadi dan tiada kena mengena dengan parti.
Tanpa campur tangan parti katanya, PKR turut membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan autokrasi dalam pengurusan parti, sebaliknya menghormati pandangan pendirian peribadi ahli dalam isu mahkamah tersebut.
“Kedua-dua pihak juga (Pas dan PKR) menganggap kedudukan ini sama (berlandaskan peribadi) maka setelah berlakunya pengisytiharan (penghakiman ingkar terhadap Abdul Hadi) beberapa hari lepas, kita merasakan perkara ini patut kita uruskan dari awal,” katanya.
Ramai yang melihat kes ini berpunca daripada ucapan Presiden PAS pada 23 April 2013 di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, iaitu ucapan yang dibuat 20 hari selepas pembubaran parlimen Malaysia untuk membolehkan pengundian Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) pada 5 Mei 2013.
Namun, tidak ramai yang melihat ucapan Presiden PAS itu adalah kemuncak kemelut dalaman Pakatan Rakyat (PR) yang gagal diselesaikan Anwar sebagai pengerusi PR berkaitan soal pembahagian kerusi PRU 13.
PKR Terengganu dilaporkan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi dengan PAS di peringkat negeri, di mana PKR hanya diberi bertanding di satu parlimen (Kemaman) dan tiga kerusi DUN (Permaisuri, Bandar dan Telemong), sedangkan PKR mendakwa perjanjian asal, parti itu dibenarkan bertanding di dua kerusi parlimen (Kemaman dan Dungun) dan enam kerusi DUN (Permaisuri, Bandar,Telemong, Kota Putra, Sebarang Takir dan Bukit Besi).
Dalam pertandingan itu, PKR kalah di semua kawasan, kecuali di DUN Bandar yang dimenangi oleh Azan Ismail.

Pada PRU 2008, calon PKR Terengganu bertanding dua kerusi Parlimen iaitu di Dungun dan Kemaman serta lima kerusi Dun iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Permaisuri dan Kota Putera, namun kesemua calon parti itu tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN).
Kronologi kes :
- 10 Mac 2012 – PAS Terengganu dilaporkan Sinar Harian meminta PKR Terengganu ‘mengukur baju’ badan sendiri’ berkaitan dengan tuntutan parti itu mahu bertanding di sebelas kerusi DUN peringkat negeri.
-15 Feb 2013 – Ketua Penerangan PKR Terengganu, Azlan Che Mat mendakwa partinya akan bertanding 8 kerusi (2 Parlimen & 6 DUN) pada PRU 13, berbanding dengan 7 kerusi (2 parlimen & 5 DUN) pada PRU 12.
“Kita difahamkan pertambahan satu kerusi itu adalah di (DUN) Bukit Besi tetapi kita tidak dapat pastikan maklumat itu sudah melalui perbincangan muktamad atau sebaliknya.”
- 3 April 2013 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen.
- 8 April 2013 – Blog teganukita melaporkan berlaku kemelut dalam pembahagian kerusi PAS-PKR Terengganu di mana pengumuman calon dibuat secara berasingan.
“Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata, walaupun Pas telah mengumumkan calon mereka terlebih awal iaitu bertanding di kerusi Parlimen, “tetapi hak Pas, kita juga akan mengumumkan calon-calon kita nanti.
“Bagi Azan, beliau mengakui cara pendekatan Pas Terengganu agak kasar, tetapi itu katanya Pas di Terengganu sahaja, tidak seperti Pas di negeri-negeri lain.”
-9 April 2013 – Timbalan Penerangan PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani dilaporkan The Malaysian Timesberkata ada pertukaran kerusi di antara PAS dan PKR di dua tempat.
“PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Dungun yang dahulunya dipegang oleh PKR. Manakala DUN Bukit Besi pula telah ditukar dengan PKR di mana sebelum ini PAS yang pegang.”
-17 April 2013 – PAS dan PKR Terengganu mengadakan sidang media berasingan berkaitan dengan agihan kerusi PRU 13.
Sidang media PAS diadakan pada jam 12.30 tengahari, di Pejabat Perhubungan parti negeri yang menuntut tiga DUN iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar diserahkan kepada pihaknya.
Ia dikendalikan oleh wakil PAS di DUN masing-masing iaitu Naraza Muda (Bukit Besi), Mohd. Nordin Mahmood (Seberang Takir) dan Ahmad Shah Muhamed (Bandar).
“Ketiga-tiga mereka mendesak Pas Pusat dan Pas negeri membenarkan mereka bertanding di kerusi tersebut kerana menyifatkan calon PKR sebagai `bidan terjun’.
“Malah, mereka turut mendakwa calon PKR tidak mempunyai gerak kerja tersusun berbanding jentera Pas yang sudah lama bertapak di tiga DUN berkenaan.
Sidang media PKR pula kira-kira jam 6 petang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah dilaporkan Keadilandaily.com telah mengumumkan empat calon DUN PKR iaitu Azan Ismail (DUN Bandar), Shamsul Mat Amin (Bukit Besi),Wan Mokhtar Wan Ibrahim (DUN Permaisuri) dan Narawi Embong (DUN Telemong).
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Dungun yang juga kontraktor, Mohd Shamsul Mat Amin, 28, akan bertanding di DUN Bukit Besi.
“Sementara itu, untuk DUN Seberang Takir dan Kota Putera, masing-masing diwakili Mohd Nazri Abdullah dan Drs Mohd Abdul Ghani Ibrahim.
Kedua-dua calon ini disahkan Azan kepada Keadilan Daily.”

Menurut Azan, PKR Terengganu akan bertanding di satu kerusi parlimen (Kemaman) dan enam kerusi DUN.
-19 April 2013 – Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) mendedahkan PAS Terengganu telah memungkiri janji dan berlaku tidak adil terhadap PKR.
“PKR hanya diberikan 1 kerusi Parlimen dan tiga kerusi state (Permaisuri, Bandar dan Telemong) satu keputusan yang boleh dianggap tidak adil dan mencerminkan kerjasama menerusi Pakatan Rakyat. Menurut persetujuan PKR diperuntukan tiga kerusi state lagi, Kota Putra, Sebarang Takir dan Bukit Besi).
“Khabar mulanya PKR diperuntukan dua parlimen dan enam state, tetapi apa diumumkan malam tadi PKR hanuya diberikan satu parlimen (Kemaman) dan tiga state. “Kesilapan” ini dianggap sebagai satu penipuan PAS terhadap PKR.”
-20 April 2013 – Penamaan calon PRU 13. Berlaku pertindihan calon di tiga DUN.
1. DUN Kota Putera – Mohd Mahdi Musa (BN), Adam Bin Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Haji Ibrahim (PKR).
2. DUN Seberang Takir – Ahmad razif Abd Rahman (BN), Zakaria Dagang (PAS) dan Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)
3. DUN Bukit Besi – Roslee Daud (BN), Roslan Ismail (PAS) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)
- 21 April 2013 – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika berkata kepada Antarapos bahawa PAS akan bertanding di tiga DUN, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.
“Walaupun keputusan itu asalnya persetujuannya lain, tapi kita rasakan jika kemungkinan besar untuk menang itu kurang, kita terpaksa buat pindaan saat-saat akhir, jadi kita kena buat apa yang perlu dibuat. Jadi perkara ini dah selesai.
“Sebelum ini, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail memberitahu Antarapos bahawa PAS telah memberi jaminan tiada pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti itu dan perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
“Azan berkata beliau sendiri telah menghubungi Mustafa sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota itu (Azan) menyifatkan keputusan PAS secara tiba-tiba itu adalah sebagai tidak dijangka.”
-22 April 2013 – Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan menarik diri bertanding di tiga DUN, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.
“Walaupun keputusan itu agak berat diterima calon-calon PKR yang sebelum ini telah mendapat watikah daripada pusat tetapi tindakan itu dibuat setelah mengambil kira semua pihak dan perkara termasuk demi kepentingan hubungan serta pakatan yang telah dijalinkan dengan parti itu.
“Melihat kepada kesungguhan Pas untuk bertahan di tiga kawasan itu sehingga saat akhir, kedudukan seolah-olah calon PKR yang kita ketengahkan tidak layak dan menyebabkan pandangan negatif rakyat walhal itu tidak berlaku.”
-23 April 2013 – Presiden PAS, Abdul Hadi membidas sesetengah calon PKR yang didakwanya dilakukan secara tangkap muat. Abdul Hadi yang berucap di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang mendakwa berlaku pertindihan kerusi di antara PAS-PKR, kerana terdapat calon-calon PKR yang terlibat dengan pengedaran pil kuda, menjual kerusi dan berkecenderungan komunis.
-5 Mei 2013 – Keputusan PRU 13 – PKR kalah di semua kerusi yang dipertandingkan kecuali DUN Bandar.
Parlimen Kemaman
DUN Permaisuri
Ads by Media ViewerAd Options
DUN Telemung
PAS juga kalah di tiga DUN yang bertindih calon dengan PKR.
DUN Seberang Takir
DUN Kota Putera
Ads by Media ViewerAd Options
DUN Bukit Besi
-24 Mei 2013 – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan Antarapos telah menyelar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen PRU 13 lalu.
“Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.
“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9 di Petaling Jaya.
“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.”
-17 Disember 2013 – Badrul Hisham Bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard calon PKR DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang mengecam Presiden PAS.
“Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya ?
“Apa buktinya ? atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan.”
-9 Julai 2013 – Laman terengganutoday.com mendakwa PKR sabotaj PRK DUN Kuala Besut yang ditandingi PAS.
“Rafizi Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengarah PKR Terengganu melalui calon tunggal mereka di Terengganu Azan Ismail untuk tidak terlibat dalam Pilihanraya Kecil ini bagi memberi pengajaran kepada PAS yang mahu membolot kerusi Dun Kuala Besut dari PKR.
“PKR beranggapan kerusi Dun Kuala Besut sepatutnya diberikan pada PKR kerana mereka telah di anak tiri semasa PRU 13 setelah banyak kerusi yang sepatutnya milik PKR di berikan kepada PAS, PAS perlu sedar mereka perlu memberi laluan kepada PKR kerana mengikut perjanjian asal semasa PRU13 yang lepas PKR sepatutnya diberikan lebih banyak kerusi berbanding PAS.”
-12 Julai 2013 – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan Berita Harian telah mensabotaj calon PAS Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Azlan@ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long sebagai calon yang tidak mempunyai kelayakan akademik.
“Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang untuk membantu berkempen,” kata beliau selepas mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon Kompeks Rakan Muda Besut.”
-22 Julai 2013 – Bekas calon PKR, DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilaporkan astroawani.com muncul tiba-tiba ketika kempen PRK Kuala Besut.
Bekas calon PKR itu tampil mencabar Presiden PAS supaya mendedahkan nama calon PKR yang terlibat dalam pengedaran pil kuda.
Bila ditanya mengapa baru sekarang muncul untuk tampil membuat pendedahan, Mohd Shamsul menjawab “Isu ini tidak timbul sebenarnya kerana masa fitnah yang dilemparkan itu berlaku dalam musim pilihan raya dan saya menjawab semasa pilihan raya juga dan saya mahu membersihkan nama saya.”
“Sidang media ini dilakukan oleh saya sendiri tanpa ada campur tangan dari parti sendiri atau orang lain. Ini melibatkan peribadi saya dan Haji Hadi. Wartawan pun ramai di Besut, jadi saya mengambil peluang ini untuk membuat pendedahan disini,”
Mohd Shamsul mendakwa permasalahan tersebut telah pun dibincangkan dengan Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail namun tiada jawapan balas dari pimpinan Pas Terengganu.
Pada hari yang sama juga Mohd Shamsul membuat laporan polis pada jam 8.55 pagi di Balai Polis Kuala Terengganu ditemani oleh bapanya, Mat Amin Ismail Abas dan Pengarah Pilihan Raya PKR Terengganu, Yahya Zakaria.
-6 Disember 2013 – Mohd. Shamsul memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden PAS.
“Mohd. Shamsul, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi,Kuala Terengganu.
“Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.”
-23 Februari 2014 – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Presiden PAS membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR, Mohd. Shamsul.
“Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
“Menurut wakil peguam Mohd Shamsul, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan (Abdul Hadi) pada 16 Januari lalu.
-24 Februari 2014 – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR Mohd. Shamsul ke atas Abdul Hadi boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
-27 Februari 2014 – Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR, Mohd Shamsul.
“Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
“Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.”
-28 Februari 2013 – Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie dilaporkan Antarapos menyokong langkah Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi.
“Ini adalah satu pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menuduh seseorang dengan tuduhan yang tidak mempunyai fakta yang jelas.
“Pada saya tindakan yang diambil individu yang terlibat yakni yang menyaman Presiden PAS itu adalah satu tindakan mempertahankan diri. Jadi, kita tidak boleh sembarangan menuduh orang tanpa bukti yang sahih dan yang nyata, yang jelas serta boleh diterima.”
source : aidc

No comments: