NUFFNANG

Wednesday 5 March 2014

GEMPAR ! ISU MUFLIS BUKA PEKUNG ANWAR ... #PRKKAJANG #KAJANG @khairykj

GEMPAR ! ISU MUFLIS BUKA PEKUNG ANWAR ... #PRKKAJANG #KAJANG @khairykj

Pada mulanya, MiM kagum juga laporan Keldaian Daily Keadilan Daily yang menyatakan Anwar Ibrahim telah 'mendedahkan' isu rakyat Malaysia yang bangkrap sepanjang tahun 2013. 



Maklumlah, Anwar Ibrahim adalah bekas Menteri Kewangan dan mungkin ada kepandaian untuk menelaah dan membuat kajian sendiri tentang isu bangkrap dinegara ini

Rupa-rupanya, Anwar Ibrahim sekadar memetik Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, satu jabatan di bawah kerajaan BN Persekutuan!

Anda baca :
PETALING JAYA 18 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kira-kira 20,000 rakyat Malaysia bankrap sepanjang tahun 2013 dengan majoritinya terdiri daripada orangMelayu. 


Beliau memetik Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia terkini yang menunjukkan sejak Januari hingga September 2013, seramai 16,306 diisytiharkan muflis atau purata 1812 orang setiap bulan. 
“Angka Bank Negara juga menyatakan bahawa pada tahun 2013, bank-bank di Malaysia telah mencatatkan jumlah tertinggi (semenjak 2006) untuk pinjaman peribadi dan kad kredit iaitu pada jumlah RM 139 billion berbanding RM 124 Billion (2012) dan RM 67 Billion (2006) seterusnya
Jika sekadar memetik Statistik di bawah kerajaan BN Persekutuan, tidak perlulah status bekas Menteri Kewangan seperti yang dilaporkan oleh Keldaian Daily Keadilan Daily?

Malah sebelum ini, Pemuda UMNO Malaysia telah pun bersuara memperjuangkan isu bankrap ini dan DS Najib Razak sendiri telah memberi komitmen beliau untuk membantu.

Anda baca laporan akhbar tahun lepas bertarikh 18 Februari 2013 :
Pemuda Umno hari ini mencadangkan agar individu yang diisytihar muflis, bankrap dan disenaraihitam oleh insititusi kewangan diberi peluang kedua keluar dari kemelut kebankrapan melalui pelepasan automatik selepas tempoh tertentu. 
Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata amalan tersebut dilaksanakan di beberapa negara luar bagi membantu golongan itu agar tidak terus dibebani kepayahan membuat pinjaman dan disekat untuk ke luar negara umpamanya. 
"Pelepasan automatik perlu diberikan selepas tempoh tertentu. Di luar negara, ada yang menetapkan diberi pelepasan ini selepas satu hingga tiga tahun (diisytihar bankrap). 
"Cadangan ini diharap dapat dimasukkan dalam pindaan Akta Bankrap 1967 yang saya difahamkan sedang dalam peringkat akhir untuk digubal sebelum dihantar ke Peguam Negara. 
"Akta yang ada ketika ini terlalu ketat kepada mereka yang teraniaya ibarat pesalah yang menerima hukum mati ekonomi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Muflis@Bankrap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Video 18 Februari 2013
Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas, Presiden Umno yang jugaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi komitmen bahawa undang-undang kebangkrapan sedia ada akan dikaji dan dirombak bagi melepaskan individu dari kemelut kebankrapan. 
Khairy berkata cadangan itu bagaimanapun perlu diteliti dan dikaji supaya golongan muflis dan bankrap itu tidak menyalahgunakannya sehingga wujud unsur penipuan. 
Pemuda Umno juga mencadangkan agar satu insurans perlindungan khas diwujudkan kepada penjamin dalam pindaan akta tersebut agar tidak lagi teraniaya menanggung beban orang yang berhutang, katanya. 
Katanya ketika ini institusi kewangan akan membekukan atau menyita aset dan harta penjamin demi melunaskan hutang pemiutang dan perkara itu menjejaskan ekonomi dan kehidupan penjamin. 
"Mereka juga terpaksa menanggung pelbagai kos termasuk kos guaman," katanya. 
"Daripada 2005 hingga Mac tahun lepas, terdapat 243,823 orang muflis dan jumlah itu menunjukkan peningkatan 45 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. 
"Sehubungan itu Jabatan Insolvensi dan agensi berkaitan perlu lebih agresif dalam membuat publisiti dan mendidik orang ramai supaya menguruskan kewangan dengan baik," katanya. 
Dalam pada itu, resolusi mengandungi cadangan dan langkah pencegahan muflis daripada peserta forum yang pernah muflis akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan juga kepada Perdana Menteri.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, kementerian berkenaan akan berbincang dengan Jabatan Insolvensi dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah golongan belia diisytihar muflis. 
Beliau berkata tumpuan khusus akan diberi terhadap golongan belia berumur 25 tahun ke bawah yang muflis agar mereka dapat merancang semula kehidupan. 
"Kerajaan melihat jumlah belia yang muflis sebagai satu masalah yang serius kerana ia bukan sahaja menyukarkan mereka untuk meneruskan kehidupan tetapi juga merugikan negara," katanya ketika merasmikan penutupan forum itu.

Turut hadir, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Forum tersebut. 
Pada forum itu, Lim menerima resulosi dari peserta forum antara lain mengandungi masalah, cadangan dan langkah pencegahan muflis.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Lim berkata pihaknya akan mengambil kira kesemua pandangan serta cadangan peserta forum tersebut untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 yang kini dalam proses terakhir. 
"Melalui Pelan Transformasi Kerajaan, kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk melibatkan isu muflis," katanya. - Bernama
Kata mudah, bukan Anwar Ibrahim yang 'mendedahkan' isu bankrap ini. 

Selain daripada itu, Keldaian Daily Keadilan Daily juga melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim seperti berikut : 
Tambahnya pinjaman tersebut jelas mengandungi kadar faedah tinggi dan memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang. 
“Akibatnya rakyat terpaksa menampung perbelanjaan harian sama ada melalui penambahan pinjaman peribadi ataupun kad kredit yang akhirnya mendedahkan mereka kepada risiko untuk menjadi muflis kerana terdedah kepada kadar faedah yang tinggi.
Wah....hebatnya Anwar bercakap tentang 'bankrap' dan 'kadar faedah yang tinggi'. 

1. Apakah beliau sudah lupa Krisis Matawang 1997 dan ketika itu beliau adalah Menteri Kewangan?

2. Apakah beliau lupa beliau telah diberi amaran oleh Tun Dr Mahathir kerana menaikkan faedah kepada 12 peratus dan cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga bulan sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk?

3. Apakah beliau lupa tindakan beliau itu menaikkan nisbah hutang lapuk bank menyebabkan ramai peminjam muflis?

Segala ketidakefesienan Anwar Ibrahim itu didedahkan oleh Tun Dr Mahathir, mastermind dan penyelamat negara Malaysia daripada jatuh teruk semasa Krisis Matawang 1997.

Anda baca :   
Di dalam negara, Anwar memulakan apa yang dikenali sebagai “penyelesaian IMF tanpa IMF.” Pada dasarnya, kita tidak dilanda masalah ekonomi yang teruk. Kita tidak perlu meminjam daripada IMF bagi melangsaikan hutang luar kerana kita tidak banyak berhutang. Antara hutang yang ada masih belum sampai masanya untuk dibayar balik. Hutang yang telah sampai masanya untuk dibayar balik pula sudah pun kita langsaikan. 
Namun, sama ada kita perlu meminjam daripada IMF atau tidak, Anwar berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. 
Beliau percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi kita, kita perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi kita mengikut cara yang mereka kehendaki. 
Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan. 
Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kakitangan awam. 
Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. 
Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul. 
Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau. 
Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus - Tun Dr Mahathir
Dan sekarang, Anwar bercakap tentang bankrap dan faedah tinggi ! Very funny but at the same time, membuka pekung lama tentang diri beliau sendiri!

Dan individu ini yang akan bertanding di DUN Kajang!

source : dr mim

No comments: