NUFFNANG

Wednesday 5 March 2014

Benarkah pedagang cina khianati melaka?

Benarkah pedagang cina khianati melaka?

Benarkah pedagang cina dan keling membantu Portugis menyerang Melaka dan akibat itu Melaka pun tewas pada 1511?

Jawapannya betul, jika kita cuma ada dua pilihan jawapan samada 'betul' atau 'salah'.

Atas alasan itulah ramai ahli politik yang mendakwa sebagai pejuang bangsa pada hari ini terus-terusan menyindir kaum bukan Melayu betapa nenek moyang mereka adalah pengkhianat yang tak terampun.

Anehnya, demikian besar dosa beberapa pedagang cina dan keling itu, orang Melayu ketika itu langsung tidak bertindak balas. Padahal kesan pengkhianatan tersebut menyebabkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang dibina selama 110 tahun tumbang!

Ia adalah misteri yang amat sulit untuk difahami. Lebih aneh lagi apabila setelah hampir 500 tahun barulah orang Melayu sedar hal tersebut dan mula mengungkit.
Mana perginya pejuang Melayu ketika itu? Jika Sultan Ahmad iaitu putera Sultan Mahmud sendiri dibiarkan menerima hukuman bunuh atas alasan gagal mempertahankan Melaka, kecilkah dosa pedagang yang meminjamkan kapal bagi memudahkan penyamaran Portugis memasuki kota dan seterusnya menyembelih para pengawal yang tidak menyangka?

Jikapun Sultan Mahmud yang dalam pelarian sudah tidak mempunyai kuasa menghukum namun atas pertualangan yang sangat besar itu takkan lah baginda atau hulubalang dan panglima Melaka tiada inisiatif langsung mengambil tindakan balas dendam di luar undang-undang?

Wah, sejak bila orang Melayu memiliki kesabaran setinggi itu? Takkan lah hanya Jebat sahaja yang sanggup menentang Sultan demi membalas dendam atas tindakan tidak adil sultan terhadap sahabatnya?

Atau itu adalah terjemahan hasrat orang Melayu sendiri yang sebenarnya berterima kasih pada portugis kerana membebaskan mereka daripada kekejaman sultan yang bersultan di mata beraja di hati?

Maka barangkali kita simpulkan sahaja sekalian rakyat jelata bersepakat menyingkirkan Sultan Mahmud dan untuk itu masing-masing mengambil peranan mengikut kesesuaian.

(Bersambung... kesan kejatuhan Kota Melaka)
source : waadat

No comments: